omniture

Juara Renang Dunia Enam Kali, Yuliya Efimova Bekerjasama Dengan InstaForex Sejurus Sebelum Sukan Olimpik Bermula

InstaForex
2021-07-21 19:08 41

LIMASSOL, Cyprus, 21 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Perenang legenda, Yuliya Efimova telah menjadi duta jenama InstaForex dan salah seorang bintang terbaik di balai kemasyhuran InstaForex. Yuliya turut menonjol dalam kumpulan bakat ini dengan menjadi Juara Dunia sebanyak 6 kali, Juara Eropah sebanyak 10 kali dan memegang koleksi pingat yang menakjubkan berjumlah 41 dalam semua acara utama.

Six-time world swimming champion Yulia Efimova became an InstaForex brand ambassador
Six-time world swimming champion Yulia Efimova became an InstaForex brand ambassador

"Yuliya Efimova memiliki segala-segalanya untuk mewakili nilai-nilai kami," kata Ildar Sharipov, Presiden InstaFintech Group. "Ia bukan sahaja tentang keupayaan beliau dalam mengalahkan pesaing yang paling kuat dari seluruh dunia tetapi juga gabungan usaha bersungguh-sungguh dan berkongsi 100% tenaga positif dengan para peminat beliau. Gabungan semangat yang kompetitif dan positif ini bukanlah sesuatu yang kerap anda temui. Itulah sebabnya tiada calon lain yang lebih sesuai untuk InstaForex. Ia merupakan suatu penghormatan untuk bekerjasama dengan salah seorang atlet wanita yang paling terkenal dan popular ini".

"Saya tidak pernah terlibat dengan perdagangan dalam talian," ujar Yuliya. "Namun, kepelbagaian yang ditawarkan oleh InstaForex berserta sentuhan yang inovatif adalah amat mengagumkan! Itulah sebabnya saya amat gembira menjadi duta jenama InstaForex dan berharap dapat memberikan sumbangan kepada kejayaan jenama ini".

Kontrak tersebut ditandatangani untuk wilayah global dan menunjukkan aktiviti yang banyak agar ia mendatangkan kegembiraan kepada para pelanggan InstaForex dan para peminat Efimova.

Tentang InstaForex 

InstaForex ialah broker dalam talian yang menawarkan perkhidmatan kewangan merangkumi dagangan Forex, CFD, saham, niaga hadapan, opsyen dan mata wang kripto. Sebagai ahli InstaFintech Group, ia menawarkan pelbagai perkhidmatan perdagangan yang komprehensif yang dapat memenuhi permintaan pedagang dan pelabur berpengalaman serta pendatang baharu dalam pasaran kewangan. InstaForex juga terkenal dengan minatnya dalam bidang sukan dan telah bekerjasama dengan atlet yang paling berbakat termasuk Juara Catur Dunia, Magnus Carlsen, legenda biathlon, Ole Einar Bjørndalen serta Borussia Dortmund dan Liverpool FC.

Tentang Yuliya Efimova 

Yuliya Efimova berada dalam kedudukan 10 terbaik dalam sejarah Kejohanan Dunia antara semua perenang dari segi jumlah bilangan anugerah untuk acara jarak individu. Koleksi beliau terdiri daripada 17 pingat: 6 emas, 7 perak dan 4 gangsa. Oleh itu, adalah tepat untuk menyatakan bahawa Yuliya Efimova merupakan salah seorang perenang yang menerima anugerah paling banyak di dunia pada masa ini.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1578066/instaforex.jpg?p=medium600

 

 

Source: InstaForex
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Sporting Events Sports Contracts Financial Technology