omniture

Pengarah Filem Hollywood, Neill Blomkamp Menyertai Gunzilla Games sebagai Ketua Pegawai Wawasan

Gunzilla Games
2021-07-21 20:00 46

FRANKFURT, Jerman dan LOS ANGELES, 21 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Gunzilla Games, sebuah syarikat pembangun permainan video yang ditubuhkan untuk mencipta evolusi penembak AAA berbilang pemain seterusnya dengan penekanan penceritaan yang kukuh, mengalu-alukan Neill Blomkamp, seorang penerbit, pengarah dan penulis skrip lakon layar calon Oscar sebagai Ketua Pegawai Wawasan baharu bagi studio tersebut.

Neill Blomkamp joins Gunzilla Games as Chief Visionary Officer to work on a yet unannounced AAA multiplayer shooter
Neill Blomkamp joins Gunzilla Games as Chief Visionary Officer to work on a yet unannounced AAA multiplayer shooter

Neill Blomkamp menyertai syarikat tersebut bagi menentukan visi dalam permainan penembak AAA berbilang pemain yang tajuknya belum lagi diumumkan untuk PlayStation®5, Xbox Series X|S dan Komputer Peribadi, yang sedang dibangunkan oleh Gunzilla di pejabatnya di Frankfurt, Jerman (Ibu Pejabat); Los Angeles, Amerika Syarikat; dan Kyiv, Ukraine.

"Gunzilla mempunyai visi yang kukuh yang jelas terserlah. Menerusi suatu pasukan berbakat luar biasa dan sudah lama bergiat dalam industri, syarikat ini mencipta permainan penembak AAA berbilang pemain yang baharu dan menyeronokkan melangkaui sempadan permainan, kebebasan pemain, pilihan pelangganan serta pengalaman naratif dalam genre penembak. Pengalaman saya sendiri yang besar dalam bidang perfileman akan membantu membentuk cara baharu bagi penceritaan interaktif dan visual generasi seterusnya. Dan dengan memanfaatkan segala teknologi pembangunan permainan video yang terbaik pada masa kini, kami akan bersama-sama mencipta pengalaman yang luar biasa seperti yang belum pernah kita lihat sebelum ini," kata Neill Blomkamp.

"Sebagai Ketua Pegawai Wawasan, Neill akan menjadi ahli utama pasukan kami. Menambah perspektif pembuatan filem kepada pembangunan permainan video membawa hiburan interaktif ke tahap seterusnya. Kami semua berkongsi visi yang sama dan Neill merupakan pelengkap yang sempurna dengan peranan sebagai ketua penceritaan dan seni visual dalam pasukan kami. Kami amat berbangga apabila beliau menyertai kami - tatkala kami mewujudkan dunia kami sendiri, beberapa inspirasi kami sebenarnya berasal daripada hasil kerja beliau. Kami selalu berharap dapat menambah sedikit keajaiban beliau dalam permainan kami - kini ia menjadi kenyataan. Pasukan ini telah berusaha dengan gigih semasa proses pra-pengeluaran sepanjang tahun yang lalu - dengan penyertaan Neill pada peringkat ini mendekatkan lagi usaha kami dalam memenuhi misi menghasilkan evolusi permainan penembak seterusnya,", tambah Vlad Korolev, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Gunzilla Games.

Neill Blomkamp ialah pengarah dan penulis skrip lakon layar pelbagai penerbitan filem terkenal termasuk cereka sains seram District 9, Elysium dan Chappie serta banyak lagi. Filem terbarunya, Demonic, akan dilancarkan di panggung dan saluran penstriman pada 20 Ogos 2021.

Tentang Gunzilla: 

Ditubuhkan pada tahun 2020, Gunzilla Games merupakan pembangun AAA bebas baharu yang mengusahakan IP penembak berbilang pemain generasi seterusnya di tiga lokasi metropolitan: Frankfurt, Jerman (Ibu Pejabat); Los Angeles, AS; dan Kyiv, Ukraine. Syarikat ini dipimpin oleh bekas ahli lembaga pengarah Crytek, Ketua Pegawai Keselamatan, Alexander Zoll bersama-sama dengan usahawan siri dan Ketua Pegawai Eksekutif, Vlad Korolev. Gunzilla dibina berdasarkan keinginan untuk berinovasi dan melangkaui kemajuan industri. Pasukan Gunzilla yang berbakat hebat berasal daripada pelbagai studio dan penerbit yang terkemuka dalam industri.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1578085/gunzilla_billboardad.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1578086/Gunzilla_Games_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Gunzilla Games
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Personnel announcements