omniture

Pemacu Keadaan Pepejal M.2 NVMe Gen3 x4 LX2030 dan LX3030 PNY: Lebih Berdaya Tahan untuk Keperluan Pemplotan Chia(R)

PNY Technologies Asia Pacific Limited
2021-07-21 21:03 306

HSINCHU, 21 Julai 2021 /PRNewswire/ -- PNY mengumumkan hari ini mengenai pelancaran barisan SSD dengan ketahanan ultra tinggi LX2030 dan LX3030 ke dalam peranekaan pemacu keadaan pepejal syarikat. Rangkaian SSD LX baharu ini menawarkan tahap ketahanan yang jauh lebih tinggi direka untuk aplikasi "bukti ruang dan masa" seperti Chia (XCH) Plotting. 

PNY LX2030 and LX3030 M.2 NVMe Gen3 x4 Solid State Drives, the ideal solution for “proof of space and time” applications like plotting Chia Coin.
PNY LX2030 and LX3030 M.2 NVMe Gen3 x4 Solid State Drives, the ideal solution for “proof of space and time” applications like plotting Chia Coin.

Direka Bentuk untuk Pemplotan
SSD M.2 NVMe LX2030 dan LX3030 PNY merupakan penyelesaian yang ideal untuk aplikasi "bukti ruang dan masa" seperti pemplotan Chia Coin. Bagi menjamin keselamatan rantaian blok, data perlu dihasilkan terlebih dahulu dalam proses yang dikenali sebagai "pemplotan" yang hanya memerlukan fail sekali setiap plot. Proses ini ditulis dengan intensif, maka SSD yang diingini untuk pemplotan memiliki lebar jalur dan ketahanan tulisan berkekalan tinggi (TBW, atau terabait bertulis). Biasanya, tahap prestasi dan ketahanan tulis ini hanya dapat dilihat pada SSD kelas perusahaan.

Teknologi Lifextension
Rangkaian pemacu LX PNY memanfaatkan teknologi Lifextension untuk menawarkan perkadaran TBW Pemplotan Chia sehingga 54,000 dalam LX3030 2TB. Bagi menyampaikan TBW Pemplotan yang tinggi, siri LX SSD PNY menggunakan Enjin AI canggih, LDPC dan I/F Kilat bagi meningkatkan ketahanan NAND, menjadikannya sebagai kos unit yang terbaik untuk pemplotan. Tanpa perlu mengorbankan apa-apa, anda dapat memanfaatkan sepenuhnya teknologi Lifextension dan sehingga 18X ketahanan yang lebih baik dengan menambah pemacu LX ke dalam sistem.

Kenyataan Daripada Pasukan CHIA
"Saya amat teruja kerana PNY telah bekerjasama dengan Phison untuk menyampaikan SSD pertama bagi pemplotan Chia. LX3030 disesuaikan untuk beban kerja pemplotan Chia yang memerlukan jumlah lebar jalur yang tinggi. Pengguna mampu tenang apabila mengetahui bahawa ia tidak merosakkan pemacu dengan mudah - LX3030 1TB dapat menghasilkan 2PB plot sebelum mula lusuh. Kesemua ini terdapat dalam faktor bentuk M.2 80mm demi keserasian yang luas. LX2030 permulaan amat bagus untuk sistem faktor bentuk yang kecil dan komputer meja serta komputer riba 4-6 teras seperti pembinaan NUC," kata Jonmichael Hands, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Penyimpanan di Chia.

Spesifikasi Produk SSD LX

  • TBW Pemplotan Chia:
    • LX3030 2TB: 54,000
    • LX3030 1TB: 27,000
    • LX2030 2TB: 10,000
  • Prestasi Baca dan Tulis Pemplotan Chia
    • LX3030 - Baca: 3,200MB/s & Tulis: 2,400MB/s
    • LX2030 - Baca: 3,200MB/s & Tulis: 1,000MB/s
  • Faktor Bentuk: M.2 2280

Ketersediaan Produk
SSD M.2 NVMe Gen3 x4 LX2030 dan LX3030 PNY boleh didapati sekarang; Hubungi pengurus akaun PNY untuk butiran lanjut atau melalui www.pny.com.tw

Ikuti Perkembangan Terkini mengenai PNY Technologies dan berita XLR8 Gaming. 
Ikuti @PNYAsia di Facebook, Twitter, Instagram dan sertai komuniti korporat kami di LinkedIn

Latar Belakang PNY Technologies
Ditubuhkan pada tahun 1985, PNY Technologies®, Inc. meraikan kecemerlangan perniagaan selama lebih 35 tahun sebagai pengeluar dan pembekal yang terkemuka bagi Kad Ingatan Kilat, Pemacu Kilat USB, Pemacu Keadaan Pepejal, Modul Naik Taraf Ingatan Komputer, Kad Grafik Pengguna NVIDIA® GeForce®.

Muat turun imej: 
https://www.pny.com.tw/en/download/PNY-LX-SSD-photos

Source: PNY Technologies Asia Pacific Limited
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Computer Accessories New products/services Blockchain