omniture

Dole Melangkah Ke Arah Matlamat Sisa Sifar Apabila Daun Nanas Olah Semula Mula Menarik Perhatian Jenama Gaya Hidup Global

Dole Packaged Foods, LLC
2021-07-22 08:00 24

Dole Sunshine Company bekerjasama dengan Ananas Anam untuk menukar sisa pokok nanas menjadi tekstil semula jadi yang mendorong reka bentuk lestari sekali gus meningkatkan komitmennya mencapai kerugian buah-buahan sifar menjelang tahun 2025

SINGAPURA, 22 Julai 2021 /PRNewswire/-- Dole Sunshine Company hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan Ananas Anam, sebuah syarikat yang berpangkalan di London dan mengusahakan Piñatex® iaitu suatu alternatif kepada bahan kulit yang berciri inovatif, berasaskan tumbuh-tumbuhan dan semula jadi yang diperbuat daripada gentian daun nanas yang bersumber secara lestari. Melalui pengumpulan dan pengekstrakan gentian daun nanas daripada ladang di Filipina yang merupakan salah sebuah ladang nanas terbesar di dunia, Dole bukan sahaja mengambil selangkah ke hadapan ke arah Janjinya terhadap kerugian buah-buahan sifar menjelang tahun 2025 malah ia turut menyumbang kepada dunia yang semakin mementingkan alternatif terhadap bahan lestari kerana jenama gaya hidup global mencari alternatif ini bagi produk keluaran mereka.

Dole yang melancarkan enam Janji jangka panjangnya pada bulan Jun 2020 komited untuk menghasilkan impak dengan segera dan berkekalan berkaitan sisa makanan dengan menghapuskan gula proses dan plastik serta meningkatkan akses nutrisi di seluruh dunia. Selain daripada kerjasamanya dengan Ananas Anam, Dole juga berusaha ke arah memajukan ekonomi kitaran dan mencari penyelesaian pembungkusan produknya yang baharu untuk mengurangkan bukan sahaja sisa makanan malah keseluruhan penggunaan plastik.

"Di Dole, kami percaya pada tujuan - dan oleh kerana itu, Janji kami – mesti diterapkan ke dalam semua yang kami lakukan bagi menangani cabaran global ini secara langsung.  Menangani isu sisa makanan adalah benar-benar penting bagi kami kerana ia berkaitan dengan perniagaan dan kehidupan kami dari segala aspek," kata Pier-Luigi Sigismondi, Presiden Dole Sunshine Company . "Saya percaya bahawa untuk mewujudkan penyelesaian yang boleh dilihat secara zahir serta perubahan yang benar-benar sistemik bagi menangani isu ini, kami perlu menyatukan matlamat kami dengan kreativiti, inovasi dan teknologi. Kerjasama kami dengan Ananas Anam berserta penggunaan 'jenama gaya hidup global' yang inovatif ini benar-benar menghidupkan penyatuan ini dengan cara yang baharu."

Melalui perkongsian ini, Piñatex® Ananas Anam diperbuat daripada gentian yang diekstrak daripada daun nanas hasil tuaian Dole, yang apabila dikeringkan dan diproses akan mencipta bahan bukan tenunan yang membentuk asas kepada bahan lestari.  Penggunaan gentian daun nanas ini turut membuka peluang ke arah pembangunan industri komersial yang boleh diskala bagi membangunkan komuniti pertanian dan meningkatkan mata pencarian untuk kerjasama/penanam berskala kecil. Lihat video perkongsian di sini.

"Di Ananas Anam, kami berhasrat untuk menghadapi cabaran era ini dengan membangunkan produk inovatif yang kejayaan komersialnya bersepadu dengan serta menggalakkan pembangunan sosial, ekologi dan budaya. Dengan menghubungkan individu yang bekerjasama dengan kami secara mendalam, kami membina sebuah ekosistem yang bersatu dan berkembang bersama-sama secara simbiotik untuk membawa perubahan positif kepada dunia," kata Dr. Carmen Hijosa, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Kreativiti & Inovasi Anas Ananam.

"Melalui kerjasama kami dengan Dole, entiti kami di Filipina akan mengakses lebih banyak jumlah gentian daun nanas untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap Piñatex® bukan sahaja dalam bidang fesyen malah dalam sektor upholsteri dan automotif. Bekerjasama rapat dengan pasukan Dole di lokasi akan membantu kami mewujudkan kesan sosial positif yang lebih besar dalam komuniti pertanian serta mengurangkan jejak alam sekitar yang berterusan dengan menguruskan sisa mengikut skala", kata Melanie Broye-Engelkes, Ketua Pegawai Eksekutif Ananas Anam.

Piñatex® telah digunakan oleh jenama gaya hidup global termasuk Nike, Hugo Boss, H&M, Paul Smith dan Hotel Hilton Bankside London untuk suite mesra tumbuh-tumbuhan pertama di dunia.

Tentang Ananas Anam 

Ananas Anam ialah sebuah syarikat diperakui B-Corp™ yang berpangkalan di London dan bertanggungjawab untuk membangunkan tekstil berasaskan tumbuhan yang inovatif serta mengubah dunia bahan fesyen dan menerajui usahanya ke arah kelestarian. Pendekatan rintis dan model perniagaan mereka yang progresif didorong oleh pemikiran kreatif yang mencari teknologi canggih baharu dan menunjukkan bahawa etika serta perniagaan boleh digabungkan dengan jayanya.  Hasrat Ananas Anam yang tulus dan ikhlas adalah untuk melindungi dan memupuk; serta membina masa depan yang lebih baik untuk manusia dan planet.

https://www.ananas-anam.com 

Tentang Dole Sunshine Company 

Nama Dole Sunshine Company digunakan untuk mewakili kepentingan global dan gabungan usaha Dole Asia Holdings, Dole Worldwide Packaged Foods dan Dole Asia Fresh. Dole Sunshine Company bukan sebuah entiti perniagaan sebenar dan tidak beroperasi di mana-mana negara atau rantau. Untuk maklumat lanjut tentang Dole Sunshine Company, sila layari DoleSunshine.com atau SunshineForAll.com/en/blog.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/152677/dole_packaged_foods_logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Dole Packaged Foods, LLC
Related Links:
Keywords: Agriculture Food/Beverages Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles Conservation/Recycling