omniture

NSO Group Menjawab Dakwaan Palsu Forbidden Stories

NSO Group
2021-07-22 14:09 29

TEL AVIV, Israel, 22 Julai 2021 /PRNewswire/ --

Kenyataan dari seorang Jurucakap NSO -

"Ia mesti dihentikan!

"Memandangkan kempen media terancang dan tersusun dengan baik baru-baru ini yang diketuai oleh Forbidden Stories dan didorong oleh kumpulan minat khusus serta disebabkan perlanggaran fakta sepenuhnya, NSO mengumumkan bahawa ia tidak akan lagi menjawab pertanyaan media tentang perkara ini dan tidak akan melayan kempen yang berniat jahat dan fitnah ini.

"Kami akan menyatakan sekali lagi:

"Senarai tersebut bukanlah senarai sasaran atau potensi sasaran Pegasus.

"Bilangan di dalam senarai itu tiada kaitan dengan NSO group.

"Sebarang dakwaan bahawa nama dalam senarai itu semestinya berkaitan dengan sasaran Pegasus atau potensi sasaran Pegasus adalah salah dan palsu.

"NSO ialah sebuah syarikat teknologi. Kami tidak mengendalikan sistem dan kami juga tidak mempunyai akses kepada data pelanggan kami, namun mereka berkewajiban untuk memberikan kami maklumat tersebut dalam siasatan.

"NSO akan menyiasat dengan teliti sebarang bukti yang boleh dipercayai tentang penyalahgunaan teknologinya seperti yang sering kami lakukan dan akan menghentikan sistem yang perlu.

"NSO akan meneruskan misinya dalam menyelamatkan nyawa, membantu kerajaan di seluruh dunia mencegah serangan keganasan, menamatkan sindiket pemerdagangan pedofilia, seks dan pengedaran dadah, mengesan kanak-kanak yang hilang dan diculik, mengesan mangsa yang terperangkap di bawah bangunan runtuh dan melindungi ruang udara daripada gangguan pencerobohan oleh dron berbahaya."

Tentang NSO Group

NSO Group ialah pembangun teknologi terkemuka yang melesenkan penyelesaian perisian kepada kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk menyiasat dan mencegah tindakan keganasan, memerangi jenayah dan meningkatkan keselamatan awam. Produk NSO telah berjaya digunakan untuk:

  • Mencegah keganasan termasuk keganasan senjata, bom kereta dan pengebom bunuh diri di hab pengangkutan, taman awam, pasar, lokasi konsert, gelanggang sukan dan lain-lain kawasan awam
  • Menamatkan eksploitasi kanak-kanak, sindiket pemerdagangan seks dan pengedaran dadah serta operasi pengubahan wang haram
  • Mencari dan menyelamat kanak-kanak yang diculik
  • Membantu pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kecemasan dalam mengesan mangsa yang terperangkap di bawah bangunan yang runtuh semasa bencana alam atau kegagalan pembinaan

DIEDARKAN OLEH MERCURY PUBLIC AFFAIRS, LLC, EJEN ASING BERDAFTAR BAGI PIHAK Q CYBER TECHNOLOGIES LTD. MAKLUMAT LANJUT TERDAPAT PADA FAIL DENGAN JABATAN KEHAKIMAN, WASHINGTON, DC.

Source: NSO Group
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Homeland Security