omniture

Airbiquity Bekerjasama dengan Cyngn untuk Membantu Syarikat Pengendalian Bahan Mengembangkan Armada Kenderaan Menjadi Sistem Autonomi

Airbiquity
2021-07-22 16:00 27

Kerjasama Teknologi Membolehkan Syarikat Memanfaatkan Kelebihan Teknologi Pemanduan Sendiri tanpa Menggantikan Keseluruhan Armada Kenderaan 

SEATTLE, 22 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Airbiquity®, peneraju global bagi perkhidmatan kenderaan terhubung, hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan Cyngn, penyedia teknologi kenderaan autonomi (AV). Produk utama Cyngn, DriveMod ialah penyelesaian autonomi menyeluruh yang boleh digunakan dengan fleksibel pada pelbagai jenis kenderaan dalam pelbagai persekitaran. Dengan menyepadukan platform pengurusan perisian melalui udara OTAmatic® Airbiquity dengan sistem pemanduan autonomi DriveMod milik Cyngn, organisasi boleh melabur dalam teknologi AV perindustrian yang mula menjana nilai pada hari ini sambil bersedia untuk menangani cabaran masa hadapan. Menurut Global Market Insights Inc., pasaran peralatan pengendalian bahan dianggarkan akan mencecah USD200 bilion menjelang tahun 2027.

Airbiquity has partnered with Cyngn to help material handling companies evolve vehicle fleets into autonomous systems.
Airbiquity has partnered with Cyngn to help material handling companies evolve vehicle fleets into autonomous systems.

Penyelesaian AV perindustrian sering memerlukan syarikat untuk menggantikan keseluruhan armada kenderaan mereka yang sedia ada. Kerjasama antara Airbiquity dan Cyngn mengubah paradigma tersebut. Gabungan teknologi hasil daripada kerjasama ini akan membolehkan syarikat-syarikat yang beroperasi dalam pasaran pengendalian bahan mengembangkan armada kenderaan mereka dengan selamat ke dalam sistem AV yang boleh dikemas kini dan diperbaiki dari semasa ke semasa yang membawa kepada peningkatan kecekapan pengurusan armada autonomi dan masa hidup.

"Setelah mengumumkan pengembangan OTAmatic kami ke dalam kenderaan industri bukan automotif, kerjasama ini mengesahkan lagi keperluan terhadap teknologi pengurusan kemas kini perisian melalui udara bergred perindustrian yang selamat dan terjamin bagi memastikan kenderaan autonomi beroperasi dengan paling cekap," kata Kamyar Moinzadeh, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Airbiquity. "Melalui kerjasama dengan Cyngn, kami berpeluang untuk membantu membimbing masa depan kenderaan autonomi dan menjadikan teknologi kami dapat diakses oleh lebih banyak industri lagi."

OTAmatic ialah penyelesaian pengurusan data dan perisian melalui udara (OTA) yang menggabung dan mengautomasikan kemas kini perisian kenderaan terhubung serta pengurusan data daripada awan dengan selamat. Syarikat perniagaan menggunakan OTAmatic untuk merancang dan melaksanakan kempen OTA secara berkesan dengan menyasarkan kenderaan dan peranti yang dipertingkatkan, kawalan kerahsiaan dan dasar berasingan, komunikasi pengguna yang boleh disesuaikan dan penggunaan penyelesaian yang fleksibel.

"Armada kenderaan autonomi menjana sejumlah besar data yang kami manfaatkan bagi memperoleh pemahaman yang lebih mendalam dan mewujudkan peluang peningkatan kecekapan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Cyngn, Lior Tal. "Dengan menggunakan teknologi terkini melalui udara Airbiquity yang paling canggih dan terbukti dalam industri, syarikat memperoleh akses kepada keupayaan yang sentiasa berkembang ini tanpa mengganggu operasi harian mereka."

DriveMod ialah penyelesaian kenderaan autonomi menyeluruh Cyngn yang memberikan analisis pintar, kecerdasan buatan, ciri-ciri keselamatan canggih dan keupayaan pemanduan sendiri pada kenderaan perindustrian. Teknologi ini merupakan kenderaan agnostik yang bermaksud DriveMod berfungsi dalam pelbagai jenis kenderaan perindustrian tanpa mengira usia, jenis kenderaan atau pengeluar. DriveMod membolehkan armada pelbagai bentuk dan saiz untuk dipandu secara autonomi melalui retrofit mudah atau dimasukkan terus ke dalam kenderaan pengeluar peralatan asal (OEM) semasa pemasangan.

Dari semasa ke semasa dan dengan lebih banyak data, DriveMod akan membangunkan pemahaman yang lebih mendalam tentang domain tempat ia beroperasi. Maklumat ini yang digabungkan dengan kemas kini perisian melalui udara OTAmatic akan memastikan armada kenderaan autonomi terus menjana nilai dan kecekapan baharu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OTAmatic Airbiquity, sila klik di sini.
Untuk menyaksikan DriveMod Cyngn berfungsi, sila tonton video ini.

Source: Airbiquity
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation Trucking and Road Transportation Contracts