omniture

Realty ONE Group akan Memulakan Operasi di Costa Rica

Realty ONE Group
2021-07-22 18:57 2231

LAS VEGAS, 22 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Realty ONE Group, sebuah jenama gaya hidup moden yang dipacu tujuan dan salah SATU rangkaian francais yang paling pesat berkembang pada masa kini, telah menjual hak francais kepada pemilik baharu di Costa Rica yang akan membawa COOLTURE yang menarik, model perniagaan unik dan sistem perniagaan proprietari syarikat tersebut ke Amerika Tengah.

Sergio E. Gonzalez, seorang usahawan dengan pengalaman lebih dua dekad dalam hartanah dan telah 30 tahun mendiami negara ini, ingin merekrut para profesional hartanah yang bersemangat dan memulakan operasi di pejabat baharu dengan pantas di Costa Rica, sebuah laluan strategik bagi Realty ONE Group untuk berkembang ke Amerika Selatan.

"Kami telah menemui satu lagi pemilik yang bersemangat dan dinamik yang sama seperti kami yang percaya dalam membuka peluang kepada kerjaya baharu yang memberi impak dan lebih berjaya buat para profesional hartanah dan mencipta pengalaman HEBAT untuk pembeli dan penjual," kata Kuba Jewgieniew, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Realty ONE Group.

"Realty ONE Group memberi saya peluang untuk membantu lebih ramai profesional hartanah dan menjadi sangat kompetitif dengan model perniagaan serta jenama yang benar-benar sempurna," kata Gonzalez yang merupakan ahli Lembaga Pengarah aktif merangkap Presiden, Tribunal Etika di Costa Rica.

Realty ONE Group International telah melabur dengan banyak dalam infrastrukturnya untuk memberikan perkhidmatan dan sokongan yang luar biasa kepada pemilik francais sedia ada dan akan datang. Syarikat ini sedang mengembangkan kesemua aspek perniagaannya mencakupi platform proprietari seperti zONE, ONE University dan ONE support yang siap sedia untuk membantu 100,000 orang profesional hartanah di seluruh dunia.

 UNBrokerage mempunyai lebih 16,000 orang profesional hartanah di lebih 300 buah pejabat di 45 buah negeri, Washington D.C. dan Kanada dan mengumumkan baru-baru ini bahawa ia akan membuka pejabatnya di Singapura dan Sepanyol.

Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com.

Tentang Realty ONE Group 

Ditubuhkan pada tahun 2005, Realty ONE ialah sebuah syarikat terkemuka dalam industri yang membawa perubahan kepada perniagaan francais hartanah secara radikal dengan model perniagaan yang unik, 'coolture' yang menyeronokkan, infrastruktur teknologi dan sokongan unggul terhadap para profesional hartanahnya. Syarikat ini telah berkembang pesat dengan mempunyai lebih 16,000 orang profesional hartanah di lebih 300 buah pejabat di seluruh 45 buah negeri di Amerika Syarikat, Washington D.C dan Kanada. Realty ONE Group diberi penarafan pada kedudukan satu peratus teratas dalam negara oleh REAL Trends, diiktiraf oleh Entrepreneur Magazine sebagai 5 Francais Hartanah Terbaik dan telah berada dalam senarai Inc. 500 sebagai Syarikat yang Paling Pesat Berkembang selama tujuh tahun berturut-turut. Realty ONE Group mara ke hadapan dengan membuka peluang, bukan sahaja kepada para pelanggannya tetapi juga kepada profesional dan pemilik francais hartanah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.RealtyONEGroup.com.

 

 

Source: Realty ONE Group
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Corporate Expansion