omniture

Zenvia Inc. Mengumumkan Harga Tawaran Awam Awal

Zenvia
2021-07-22 19:43 48

SÃO PAULO, 22 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Zenvia Inc. ("Zenvia"), sebuah platform komunikasi pengalaman pelanggan yang memperkasakan perniagaan dalam mewujudkan perjalanan yang unik bagi pelanggan akhir mereka sepanjang kitaran hayat mereka di seluruh rangkaian vertikal B2C yang luas di seluruh Amerika Latin, hari ini mengumumkan harga tawaran awam awalnya iaitu 11,538,461 saham biasa Kelas A pada harga tawaran awam bernilai USD13.00 setiap saham ("Tawaran"). Penaja jamin mempunyai pilihan untuk membeli hingga 1,730,769 saham biasa Kelas A tambahan daripada Zenvia pada harga tawaran awam awal dengan menolak potongan harga dan komisen penaja jamin.

Saham biasa Kelas A Zenvia dijangka akan mula didagangkan di Pasaran Modal Nasdaq pada 22 Julai 2021 di bawah simbol penanda "ZENV" dan tawaran ini dijangka akan ditutup pada 26 Julai 2021 yang tertakluk kepada syarat-syarat penutupan yang lazim.

Serentak dengan dan bergantung pada pelengkapan Tawaran tersebut, Twilio Inc. telah bersetuju untuk membeli tambahan sebanyak 3,846,153 saham biasa kelas A yang akan dikeluarkan oleh Zenvia dalam penempatan persendirian yang dikecualikan daripada pendaftaran mengikut Akta Sekuriti 1933, sebagaimana yang dipinda, pada harga yang bersamaan dengan USD13.00 setiap saham biasa kelas A. Kami menjangkakan bahawa penempatan persendirian serentak ini akan ditutup tidak lama selepas penyempurnaan Tawaran ini.

Penyata pendaftaran yang berkaitan dengan Tawaran ini telah difailkan dan diisytiharkan berkuat kuasa pada 21 Julai 2021 oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Salinan penyata pendaftaran boleh diakses melalui laman web Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa di www.sec.gov.

Goldman Sachs & Co. LLC, Morgan Stanley & Co. LLC, Banco Bradesco BBI S.A., Itau BBA USA Securities, Inc. dan UBS Securities LLC bertindak sebagai penyelaras global untuk Tawaran yang dicadangkan dan XP Investments US, LLC bertindak sebagai penaja jamin utama bersama untuk Tawaran yang dicadangkan ini.

Tawaran sekuriti ini hanya dibuat melalui prospektus bertulis yang membentuk sebahagian daripada penyata pendaftaran yang berkuat kuasa dan salinannya boleh diperoleh daripada mana-mana sumber berikut:

  • Goldman Sachs & Co. LLC, Untuk Perhatian: Jabatan Prospektus, 200 West Street, New York, New York 10282, melalui telefon di 1-866-471-2526, faksimili: 212-902-9316 atau melalui e-mel kepada prospectus-ny@ny.email.gs.com; atau
  • Morgan Stanley & Co. LLC, Untuk Perhatian: Jabatan Prospektus, 180 Varick Street, 2nd Floor, New York, NY 10014 atau melalui e-mel kepada: prospectus@morganstanley.com.

Siaran akhbar ini tidak membentuk suatu tawaran untuk menjual atau pengumpanan tawaran untuk membeli sekuriti ini dan tidak akan ada jualan sekuriti ini di mana-mana negeri atau bidang kuasa di mana tawaran, pengumpanan, atau penjualan sedemikian menjadi tidak sah sebelum pendaftaran atau kelayakan mengikut undang-undang sekuriti mana-mana negeri atau bidang kuasa tersebut.

Tentang Zenvia 

Zenvia didorong oleh tujuan untuk memperkasakan syarikat bagi mewujudkan pengalaman yang unik dalam komunikasi pelanggan melalui platformnya yang serba lengkap dan disatukan. Zenvia memperkasakan syarikat untuk mengubah komunikasi pelanggan sedia ada mereka daripada interaksi secara fizikal yang tidak bersifat peribadi dan tidak boleh diskala menjadi pengalaman kontekstual yang hiper, mengutamakan digital dan sangat boleh diskala di sepanjang perjalanan pelanggan. Platform komunikasi CX hujung ke hujung yang disatukan milik Zenvia ini menyediakan gabungan (i) SaaS yang memfokus kepada kempen, pasukan jualan, perkhidmatan pelanggan dan penglibatan, (ii) alatan, seperti antara muka pengaturcaraan aplikasi perisian atau API, chatbot, pandangan pelanggan tunggal, pereka perjalanan, penggubah dan pengesahan dokumen serta (iii) saluran seperti SMS, Voice, WhatsApp, Instagram dan Webchat. Platform komprehensif miliknya membantu pelanggan dalam pelbagai kes penggunaan yang merangkumi kempen pemasaran, pemerolehan pelanggan, pengambilan pelanggan, amaran, perkhidmatan pelanggan, kawalan penipuan, penjualan silang dan pengekalan pelanggan serta banyak lagi. Setakat 31 Mac 2021, Zenvia telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 10,100 pelanggan aktif di seluruh Amerika Latin.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1579181/BRANDMARK_ZENVIA_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Zenvia
Related Stocks:
NASDAQ:ZENV
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Offerings