omniture

Five Elms Menutup Dana Ekuiti Pertumbuhan V Bernilai $780 juta

Five Elms Capital
2021-07-22 20:00 57

KANSAS CITY, Missouri, 22 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Five Elms Capital, sebuah firma ekuiti swasta pertumbuhan global terkemuka yang memberi tumpuan 100% kepada pelaburan dalam perisian B2B bertaraf dunia, hari ini mengumumkan penutupan Five Elms V dengan komitmen modal bernilai $780 juta.

Five Elms V akan menyasarkan pelaburan ekuiti bernilai antara $5 hingga $75 juta. Dana baharu ini menerima sokongan yang kukuh daripada pelbagai pelabur institusi global baharu dan sedia ada yang menjadikan jumlah aset di bawah pengurusan Five Elms bernilai lebih $1.5 bilion.

"Kami amat bersyukur atas sokongan berterusan daripada rakan kongsi terhad kami yang sedia ada. Pasukan kami amat teruja dengan bilangan pengasas daripada syarikat portfolio Five Elms yang telah melabur secara peribadi dalam Five Elms V," kata Fred Coulson, Pengasas dan Rakan Kongsi Pengurusan. "Dana baharu ini akan membolehkan kami terus menyokong pengasas bertaraf dunia dalam pengambilan bakat yang luar biasa, meningkatkan budaya, mengoptimumkan operasi dan meneruskan M&A sambil terus membangunkan platform yang disukai pengguna."

Pengumpulan dana ini menghasilkan momentum yang luar biasa bagi Five Elms. Sorotan pada tahun lepas termasuk:

  • 8 kejayaan dalam penjualan kepentingan syarikat yang memacu nilai keluar sebanyak $3.8 bilion
  • 10 kenaikan pangkat selain daripada tambahan seramai 19 ahli baharu dalam pasukan pelaburan
  • Pengambilan kepemimpinan kanan seramai lebih 70 orang di seluruh portfolio Five Elms

Sejak penubuhan firma tersebut pada tahun 2006, Five Elms telah berjaya bekerjasama dengan 50 buah syarikat perisian dengan operasi di 16 buah negara. Dengan dana baharu ini, Five Elms akan terus melabur dalam syarikat perisian peringkat pertumbuhan dengan cadangan nilai terkemuka dalam industri dan budaya syarikat yang menakjubkan. Dengan lebih 60 orang profesional dan modal baharu bernilai $780 juta, firma ini mempunyai sumber yang unik untuk terus melabur dan menyokong pemimpin kategori di seluruh rangkaian perisian yang luas dan pelbagai.

Evercore Private Funds Group bertindak sebagai ejen penempatan global eksklusif untuk Five Elms V dan Foley & Lardner LLP bertindak sebagai penasihat pembentukan dana.

Tentang Five Elms 

Five Elms Capital ialah pelabur pertumbuhan terkemuka dalam perniagaan perisian bertaraf dunia yang disukai pengguna. Five Elms menyediakan modal dan sumber untuk membantu syarikat mempercepat pertumbuhan dan mengukuhkan lagi peranan mereka sebagai peneraju industri. Five Elms mempunyai pejabat di Amerika Utara dan Eropah serta melabur dalam platform perisian terbaik di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fiveelms.com.

Source: Five Elms Capital
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics