omniture

Blue Prism Sandang "Vendor Hebat" Gartner 2013

Blue Prism
2013-06-04 16:33 113

LONDON, 4 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Blue Prism, perintis perisian pengautomatan robotik,dinobatkan sebagai "Vendor Hebat" dalam 'Perkhidmatan Proses Perniagaan' dalam laporan Gartner 2013. *Laporan yang berpengaruh ini mengiktiraf Blue Prism sebagai syarikat yang inovatif, berimpak dan menarik.

Alastair Bathgate, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Blue Prism berkata, "Kami berbesar hati Gartner mengiktiraf kehebatan kami. Kami percaya pengiktirafan ini mengesahkan kepentingan pengautomatan proses perniagaan, inovasi yang mendukung teknologi kami dan nilai menarik bagi operasi perniagaan. Semua ini mendorong permintaan global yang tinggi bagi teknologi kami -- yang memarakkan lagi perkembangan pesat syarikat kami di peringkat antarabangsa."

Perisian pengautomatan robotik Blue Prism membolehkan operasi perniagaan dan BPO (Penyumberan Luar Proses Perniagaan), mengautomasi proses perniagaan, dengan pantas dan cekap kos – tanpa memerlukan perisian kejuruteraan yang kompleks.  Proses perniagaan kini boleh diautomasi dengan selamat 3–5 kali lebih pantas berbanding pendekatan tradisional.  Teknologi Blue Prism juga menyediakan sokongan dan tadbir urus operasi yang penting – tanpa memerlukan sumber pembangunan IT.

Penggunaan teknologi pengautomatan robotik Blue Prism menjimatkan kos berkaitan penyepaduan IT dan pembangunan aplikasi yang perlu dibina dari awal bagi banyak organisasi termasuk Co-operative Banking Group, Shop Direct, RWE npower, Fidelity Investments dan NHS. Teknologi ini meningkatkan kecekapan proses perniagaan dan membolehkan pasukan IT menumpu kepada cabaran perniagaan lain yang penting.  Teknologi itu juga menyediakan satu alternatif dengan kecekapan yang tinggi serta menjimatkan kos bagi penyumberan luar negara,penyumberan dekat dan penyumberan luar.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gartner, Inc., Cool Vendor in Business Process Service report (laporan Vendor Hebat dalam Perkhidmatan Proses Perniagaan), (April 2013): http://www.gartner.com/reprints/blueprism?id=1-1FKOC6H&ct=130510&st=sg

Penafian:  Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan di dalam penerbitan kajiannya dan tidak menasihatkan pengguna teknologi memilih hanya vendor yang mempunyai rating tertinggi sahaja.  Penerbitan kajian Gartner mengandungi pendapat organisasi penyelidik Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan sebarang jaminan, nyata mahupun tersirat,berhubung kajian ini,termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian bagi tujuan tertentu.

Mengenai Blue Prism

Dibentuk pada 2001, dengan pejabat di London, Manchester dan Miami, Blue Prism menyediakan perisian pengautomatan robotik yang unik untuk organisasi yang beroperasi di seluruh dunia.  Kini, syarikat ini beroperasi dalam sektor BPO, Kerajaan, Perkhidmatan Kewangan, Tenaga, Telekomunikasi dan Penjagaan Kesihatan. http://www.blueprism.com/

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Nick Hall
Hubungan Berita
Emel: nick@hallcommunications.co.uk

Pat Geary
Blue Prism
Tel: +44-(0)870-879-3000

SUMBER Blue Prism

Source: Blue Prism
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Awards