omniture

Pengalaman Filem Masa Depan, Campari Cipta Filem Pendek Pertama dengan Kecerdasan Buatan Ilham Daripada Kreativiti Pintar Fellini

Campari
2021-07-23 17:15 28

Campari kembali dengan projek Red Diaries 2021 baharu: Fellini Forward, suatu ode untuk Federico Fellini 

MILAN, 23 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Campari, sebuah aperitif Itali yang ikonik, mengumumkan kembalinya Campari Red Diaries dengan Fellini Forward; suatu projek rintis yang meneroka kreativiti pintar Federico Fellini menggunakan teknologi baharu dan pembelajaran mesin untuk menyaingi karya pembikin filem terhebat sepanjang zaman dalam set filem pendek baharu dan unik di Rom. Sebuah dokumentari unik yang menyusuli proses ini akan dilancarkan di Festival Filem Venice pada 7 September dan Festival Filem New York pada 29 September. Dokumentari ini kemudiannya akan dilancarkan pada platform atas permintaan (SVOD) di pasaran terpilih yang membolehkan orang ramai menjelajah masa depan filem dan kreativiti.

Campari announces Red Diaries 2021: Fellini Forward; a project set to explore the creative genius of Federico Fellini using Artificial Intelligence with an accompanying documentary telling the story of the pioneering project, launching at Venice Film Festival on 7th September 2021.
Campari announces Red Diaries 2021: Fellini Forward; a project set to explore the creative genius of Federico Fellini using Artificial Intelligence with an accompanying documentary telling the story of the pioneering project, launching at Venice Film Festival on 7th September 2021.

Sejak penubuhannya, Campari telah melewati batasan kreativiti untuk mengusahakan keunikan, mengungkap minat dan bakat para seniman dalam pelbagai bidang menuju penciptaan. Daripada nama-nama terkenal di dunia hinggalah kepada bakat-bakat muda dan baharu, hubungan antara Campari dengan seni terutamanya dalam sektor perfileman semakin utuh tahun demi tahun. Setelah mengusahakan iklan dengan Federico Fellini untuk salah satu kolaborasi jenama beliau pada tahun 1984, pada tahun 2021, Red Diaries Campari: Fellini Forward meneruskan warisan jenama tersebut dengan menggabungkan kreativiti dan inovasi dalam industri perfileman dengan teknologi yang paling berwawasan. Hasil daripada sepasukan pakar penerbitan dan inovasi studio UNIT9, alat kecerdasan buatan khusus telah diterokai dan dibangunkan untuk menunjukkan kreativiti pintar Federico Fellini dengan cara yang belum pernah dilakukan setakat ini. Francesca Fabbri Fellini, anak saudara Fellini, terlibat dengan projek ini sejak ia dimulakan bersama-sama dengan para Pengarah Zackary Canepari dan Drea Cooper (dokumentari), Maxililian Niemann (filem pendek) dan sepasukan krew yang lebih besar yang memperkenalkan mereka kepada beberapa orang rakan kongsi utama Fellini yang berkongsi nasihat serta pengetahuan langsung tentang bapa saudaranya dan menyumbang kepada lakonan, reka bentuk kostum serta penulisan skrip untuk filem pendek tersebut. Kerjasama yang lancar antara manusia dengan Kecerdasan Buatan ini menunjukkan penyatuan antara unsur sentimental dan rasional, emosi dan pacuan data bagi mencipta sebuah karya seni baharu.

Dalam projek tersebut , Francesca Fabbri Fellini mengulas: "Pakcik saya Federico, asli dengan cara beliau memaparkan kehidupan menggunakan unsur-unsur fantasi sebagai satu cara beliau berkomunikasi. Pada pendapat saya, projek seperti ini adalah cara yang tepat untuk menghormati warisan beliau. Walaupun beliau telah menggunakan banyak inspirasi dari masa silamnya, beliau sentiasa berpandangan ke hadapan. Pendekatan yang sama telah digunakan untuk projek ini dengan Campari; ia berakar umbi daripada warisan silam namun futuristik dengan penggunaan Kecerdasan Buatan."

Sepanjang proses tersebut, ahli asal krew Fellini terlibat dan berbincang serta memberikan pemahaman penting tentang karya Maestro tersebut. Ini merangkumi pengendali kamera Fellini iaitu Blasco Giurato (The Clowns, 1970), pereka setnya yang memenangi Oscar sebanyak tiga kali Dante Ferretti (Orchestra Rehearsal, 1978; City of Women, 1980; And the Ship Sails On, 1983; Ginger and Fred, 1986; The Voice of the Moon, 1990) dan Luigi Piccolo, Pengarah Sartoria Farani, sebuah kedai jahit Itali yang terkemuka yang menyimpan kostum baik pulih daripada filem terhebat Felini termasuk Satyricon (1969), The Clowns (1970) dan Amarcord, (1973). Mereka masing-masing diberi mandat untuk menentukan apa yang boleh atau tidak boleh dianggap sebagai ciri-ciri Fellini dalam sesuatu karya. Ini telah menghasilkan sebuah filem pendek yang menarik berlatarkan pusat bandar Rom yang menerokai kehidupan dan impian Fellini dengan watak-watak dan susunan yang istimewa dan tersendiri dalam seluruh penceritaan.

Pasangan Pengarah Dokumentari ZCDC, Zackary Canepari dan Drea Cooper, merakam pembikinan filem pendek ini dan mengundang pakar Kecerdasan Buatan dan kreativiti penting iaitu Marcus du Sautoy dan Dr. Emily L. Spratt untuk menyertai set tersebut bagi berkongsi pendapat mereka tentang inisiatif yang menakjubkan ini. Hava Aldouby, Pakar Sejarah Seni dan Fellini serta Anita Todesco, kurator Galleria Campari turut terlibat dalam rundingan ini yang memberikan mereka pandangan meluas tentang subjek yang dibincangkan dan mencetuskan perdebatan tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Kecerdasan Buatan dari segi kreativiti dan lain-lain.

Marcus du Sautoy, Pakar Kecerdasan Buatan & Kreativiti berkata: " Kita hendaklah melihat kecerdasan buatan sebagai suatu bentuk kerjasama yang luar biasa; ia merupakan suatu alat baharu, seperti Galileo yang mendapat teleskop dan melihat lebih jauh ke dalam alam semesta daripada sebelum itu. Kecerdasan buatan merupakan alat yang membolehkan kami menganalisis data pada skala yang tidak mungkin dapat dicapai oleh manusia. Dalam projek ini, salah satu pencapaian terbaik Kecerdasan Buatan ialah dengan mengambil filem-filem Fellini dan menganalisis setiap satunya mengikut kerangka satu demi satu. Menggunakan alat ini dalam industri kreatif merupakan langkah ke hadapan yang amat menarik dan akan membantu usaha mencari idea-idea yang kita terlepas pandang pada masa ini – Kecerdasan Buatan dapat membantu menerobos kebiasaan dalam mewujudkan cerita-cerita baharu."

Melalui projek Campari Red Diaries 2021 Fellini Forward, Campari berhasrat untuk meneruskan warisan inovasi dan kreativiti yang dimulakan oleh pengasasnya, memberi inspirasi kepada generasi dan bakat kreatif masa depan di seluruh dunia untuk menonjolkan sendiri minat mereka. Campari juga telah mencipta program latihan yang unik dengan para pelajar yang terlibat dalam projek futuristik Fellini dari seluruh dunia termasuk Centro Sperimentale di Cinematografia (CSC) di Itali, American Film Institute di Los Angeles dan International Academy of Audio-visual Sciences (CSIA) di Switzerland untuk meneroka kreativiti pintar Fellini menggunakan teknologi kecerdasan buatan dan berbincang dengan ahli utama krew filem di setiap peringkat penerbitan bagi melihat sendiri cara kerjasama antara minda manusia dengan kecerdasan buatan digabungkan dalam penciptaan filem pendek ini. "Apabila berada di set rakaman, saya benar-benar merasakan bahawa lokasi, suasana dan watak-watak adalah bercirikan Fellini! Bahagian yang paling memberi inspirasi dalam projek ini ialah proses itu sendiri. Bermula dari awal hingga akhir, saya melihat suatu penciptaan magis dan fantasi yang benar-benar menggambarkan Maestro dan seninya" kata Giulia Bonomelli, siswazah Reka Bentuk Produksi daripada CSC. Andrea Munafo, seorang siswazah Fotografi menambah "Amat menarik apabila melihat Kecerdasan Buatan bekerjasama dengan pemikiran manusia. Saya masih memikirkan bahawa tanpa sentuhan manusia, filem tidak boleh dicipta."

Jean Jacques Dubau, Ketua Pemasaran Campari Group mengulas : "Kami sangat gembira dapat kembali dengan projek Campari Red Diaries pada tahun 2021 yang menghargai warisan kreatif salah seorang pembuat filem paling hebat sepanjang zaman iaitu Federico Fellini. Di Campari, kami berusaha untuk melewati batasan inovasi dalam kreativiti dan telah mengamalkannya selama lebih 160 tahun dengan wawasan untuk meninggalkan warisan yang berkekalan buat generasi akan datang dan mengalu-alukan mereka supaya meneroka Red Passion (Semangat Membara), suatu desakan untuk mengamalkan kreativiti yang tidak boleh diabaikan. Kami berharap ikhtiar Fellini Forward ini akan membawa orang lama dan generasi baharu menjelajah kreativiti pintar dengan cara baharu sambil menikmati koktel Campari yang ikonik seperti Negroni."

Fellini Forward akan ditayangkan di Festival Filem Venice dengan acara karpet merah pada 7 September yang disusuli dengan pelancaran di Amerika Utara di Festival Filem New York pada 29 September. Dokumentari ini akan tersedia untuk tontonan semua sejurus selepas itu pada platform atas permintaan (SVOD) di pasaran terpilih. Sila ikuti saluran media sosial Campari untuk maklumat lanjut @campariofficial.

Untuk menonton sedutan di sebalik tabir Fellini Forward, lihat sedutan video YouTube di sini: https://bit.ly/Campari-Red-Diaries-Fellini-Forward

#Campari #RedPassion #RedDiaries #FelliniForward

www.campari.com  
https://www.youtube.com/EnjoyCampari  
https://www.facebook.com/Campari  
https://instagram.com/campariofficial  
https://twitter.com/campari 

NOTA KEPADA EDITOR

TENTANG CAMPARI RED DIARIES

Pada tahun 2017, Campari meneruskan warisan ini dan bekerjasama dengan para pengarah bertaraf dunia yang memenangi anugerah untuk mewujudkan satu siri iklan dan filem pendek yang ikonik sebagai cara untuk berkomunikasi, melalui penciptaan Campari Red Diaries. Sejak pelancaran platform ini, Campari telah bekerjasama dengan pelbagai pelakon yang sangat berkaliber seperti Clive Owen, Zoe Saldana, dan Ana de Armas untuk menghidupkan karya beberapa orang pengarah filem terunggul di dunia termasuk Paolo Sorrentino, Stefano Sollima dan Matteo Garrone dan pada tahun ini, dengan adanya projek ini, jenama tersebut meneroka lebih jauh melalui usaha sama dengan pasangan Pengarah Dokumentari ZCDC untuk meneroka dan memberi penghormatan kepada kepintaran kreativiti Federico Fellini, seiring dengan teknologi Kecerdasan Buatan baharu terkini.

TENTANG CAMPARI  

Campari yang ikonik ialah wain merah Itali yang sukar dilupakan dan berada pada kedudukan utama dalam senarai koktel paling terkenal di dunia. Campari telah ditubuhkan di Milan pada tahun 1860 oleh Gaspare Campari dan dipelopori oleh anak lelakinya Davide, yang mencipta suatu minuman tersendiri dan baharu dengan resipi rahsia yang tidak pernah diubah. Dengan warna merah yang bertenaga, citarasa unik dan pelbagai lapisan Campari adalah hasil gabungan herba, tumbuhan beraroma dan buah-buahan dalam alkohol dan air. Selain unik dan tersendiri, Campari juga amat versatil dan menawarkan kemungkinan yang tidak terbatas serta di luar jangkaan. Sebagai sumber inspirasi yang  penuh bersemangat sejak penciptaannya yang dilihat melalui kreativiti pintar pengasasnya, seniman dalam bidang yang berbeza serta pelayan bar terbaik di dunia, Campari merangsang naluri untuk merungkai minat anda dan memberi inspirasi kepada penciptaan yang tiada batasan. 

TENTANG CAMPARI GROUP   

Campari Group merupakan peneraju utama dalam industri minuman keras global dengan portfolio yang terdiri daripada lebih 50 jenama premium dan super premium merentas keutamaan Global, Serantau dan Tempatan. Keutamaan Global yang menjadi fokus utama Kumpulan ini merangkumi Aperol, Appleton Estate, Campari, SKYY, Wild Turki dan Grand Marnier. Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 1860 dan kini merupakan syarikat utama yang keenam terbesar di dunia dalam industri minuman keras premium. Ia mempunyai jangkauan pengedaran global yang didagangkan di lebih 190 buah negara di seluruh dunia dengan menerajui kedudukan di Eropah dan Amerika. Strategi pertumbuhan Campari Group bermatlamat untuk menggabungkan pertumbuhan organik melalui pembinaan jenama yang kukuh dan pertumbuhan luar melalui pengambilalihan jenama dan perniagaan terpilih. Beribu pejabat di Milan, Itali, Campari Group memiliki 22 buah kilang di seluruh dunia dan mempunyai rangkaian pengedarnya sendiri di 21 buah negara. Campari Group mempunyai kira-kira 4,000 orang pekerja. Saham syarikat induknya iaitu Davide Campari-Milano N.V. (Reuters CPRI.MI - Bloomberg CPR IM) telah disenaraikan di Bursa Saham Itali sejak tahun 2001. Untuk maklumat lanjut:  http://www.camparigroup.com/en Sila nikmati jenama kami dengan bertanggungjawab.

TENTANG UNIT9

Dengan mencipta jenama terkenal sejak tahun '97,  UNIT9 merupakan rakan inovasi global dengan satu-satunya misi untuk mewujudkan pengalaman yang menakjubkan antara kreativiti bertaraf dunia, teknologi canggih dengan kepakaran berkualiti yang unggul dan sempurna. Diasaskan oleh sepasukan pakar berwawasan daripada pelbagai disiplin yang berpengalaman dan mahir dalam: Kecerdasan Buatan, pengalaman Maya dan Hibrid, Realiti Terimbuh, Filem & Animasi, Reka Bentuk Produk, Teknologi Baru Muncul dan Berpengalaman, Reka Bentuk Digital, Permainan dan Pengalaman. Inilah sebabnya ia dinobatkan oleh AdAge sebagai Production Company of the Year 2019 (Syarikat Produksi Tahun 2019) dan Campaign menganugerahkannya sebagai Tech Company of the Year (Syarikat Teknologi Tahun Ini) selama dua tahun berturut-turut pada tahun 2020 dan 2021. Daripada melukis gunung menggunakan robot yang dikawal Twitter hinggalah kepada meniru wajah Lionel Messi dengan terperinci dan mencipta gaun karpet merah AR yang didayakan 5G, UNIT9 mempelajari, menguji, membangun dan melakukan inovasi yang berterusan dan telah berada dalam sektor ini selama lebih dua dekad. 200 orang, 5 buah pejabat, 9 zon masa: Satu syarikat, Satu Matlamat: Menghasilkan Karya Mengagumkan.

PENGHARGAAN UTAMA DOKUMENTARI  

Pengarah, Drea Cooper, Zackary Canepari 
Penerbit , Gary Kout, Harry Starkey-Midha 
Penerbit Eksekutif , Adam Dolman
Penyunting , Toby Conway-Hughes 
Pengarah Fotografi , Michael Paleodimos 
Komposer , Matthew Joynt 
Pembantu Penerbit , Joe Youens
Penyampai , Campari
Penyumbang Idea, Francesca Fabbri Fellini, Anita Todesco, Profesor Marcus du Sautoy 
Maximilian Niemann, Marc D'Souza, Dr. Emily L. Spratt, Hava Aldouby, Dante Ferretti, Andrea Munafo, Giulia Bonomelli 

PENGHARGAAN UTAMA FILEM PENDEK  

Pengarah, Maximilian Niemann 
Penerbit , Harry Starkey-Midha 
Penyunting , Alex Burt 
Komposer , Jascha Viehl
Pengarah Fotografi , Jalaludin Trautmann 
Pereka Kostum , Danielle Ciancio 
Pereka Produksi , Laura Pozzaglio 

BARISAN PELAKON 

Fellini Semasa Kecil , Simone Coppo 
Wanita Berbaju Merah , Neva Leoni 
Ketua Angkatan Laut , Hal Yamanuochi 
Wanita Berbulu/Singa Betina , Cetty Arancio 
Wanita Ketawa/Burung Merak , Evelina Meghnagi 
Penguin , Luca Massaro , Valerio Malorni , Pietro Romano 
Gajah , Zagor Borghesi 
Kumpulan Pemuzik , Marco Carboni , Giancarlo Greco , Gebremeskek D Yemane 
Badut , Ilaria Cecere , Francesco Rivista 
Barman , Vincenzo Iantorno 
Fellini Dewasa , Mariano Aprea 
Pembantu Fellini , Nav Ghotra 

PRODUKSI DIGITAL/PEMBANGUNAN AI

Pengarah Kreatif, Maximilian Niemann
Pengarah Projek, Marc D'Souza 
Penerbit Eksekutif, Martino Butti
Penerbit, Yi Nong Dong
Pengurus Projek, Piotr Przygoda
Konsep Kreatif, Davide Bianca
Penulis Skrip Lakon Layar, Eros Tumbarello
Ketua Teknikal, Andrew Oaten 
Pengarah Teknikal, Maciej Zasada 
Pengarah Seni, Karol Goreczny
Pereka UX, Matt Silverstein
Pembangunan Bunyi, Jascha Viehl
Pengarah 3D , Sandeep Kamal

PENGHARGAAN PROJEK  

Agensi kreatif, WT 
Pembangunan Produksi dan Kecerdasan Buatan , UNIT9 
Strategi PR Global ,  Hill+Knowlton Strategies 
Agensi Kreatif Digital, We Are Social 
Fotografi, FM 

Short film director, Maximilian Nieman, using Artificial Intelligence tools during the creation of Campari Red Diaries 2021: Fellini Forward, a pioneering project set to explore the creative genius of Federico Fellini.
Short film director, Maximilian Nieman, using Artificial Intelligence tools during the creation of Campari Red Diaries 2021: Fellini Forward, a pioneering project set to explore the creative genius of Federico Fellini.
In the new Campari Red Diaries 2021 Fellini Forward project, Artificial Intelligence created outputs used by the short film crew, sound boarded by members of Fellini’s original crew and heir; (from left to right) his niece Francesca Fabbri Fellini and his former camera operator, Blasco Giurato.
In the new Campari Red Diaries 2021 Fellini Forward project, Artificial Intelligence created outputs used by the short film crew, sound boarded by members of Fellini’s original crew and heir; (from left to right) his niece Francesca Fabbri Fellini and his former camera operator, Blasco Giurato.
A sneak peak behind the scenes of Campari Red Diaries 2021: Fellini Forward; a short film captured thanks to the collaboration between humans and Artificial Intelligence in a journey set to explore the creative genius of Federico Fellini.
A sneak peak behind the scenes of Campari Red Diaries 2021: Fellini Forward; a short film captured thanks to the collaboration between humans and Artificial Intelligence in a journey set to explore the creative genius of Federico Fellini.
Campari Red Diaries 2021: Fellini Forward, featuring Artificial Intelligence & Creativity Expert Simonyi Professor for the Public Understanding of Science at Oxford University, Marcus du Sautoy and Artificial Intelligence Expert, Art Historian, Data Scientist Fellow, Data Science Institute at Columbia University, Dr Emily L. Spratt in a pioneering project set to explore the creative genius of one of the most iconic film directors of all time, Federico Fellini, using machine learning tools.
Campari Red Diaries 2021: Fellini Forward, featuring Artificial Intelligence & Creativity Expert Simonyi Professor for the Public Understanding of Science at Oxford University, Marcus du Sautoy and Artificial Intelligence Expert, Art Historian, Data Scientist Fellow, Data Science Institute at Columbia University, Dr Emily L. Spratt in a pioneering project set to explore the creative genius of one of the most iconic film directors of all time, Federico Fellini, using machine learning tools.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1577633/campari_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1577629/campari_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1577630/campari_3.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1577631/campari_4.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1577632/campari_5.jpg?p=medium600

 

 

Source: Campari
Related Links:
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Broadcast Technology Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Multimedia/Online/Internet Retail Future Events