omniture

Milla Jovovich Membuka 'The Talent Store' di Fidenza Village dalam Kolaborasi Bersama Vogue Italia

Value Retail PLC
2013-06-04 23:53 195

LONDON, 4 Jun 2013 /PRNewswire/ --'The Talent Store'yang dinanti- nantikan di Fidenza Village kembali untuk tahun kedua! Model, pelakon dan ikon gaya Milla Jovovich mengehos pelancaran butik konsep inovatif pada hari Isnin 27 Mei bersama dengan Ketua Sidang Pengarang Vouge Italia , Franca Sozzani, dan Ketua Eksekutif Value Retail, Desireé Bollier.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/mnr/61902-milla-jovovich-opens-talent-store-at-fidenza-village 

Kini dalam tahun keduanya, 'The Talent Store'adalah sebuah kerjasama eksklusif antara Fidenza Village, salah satu daripada Sembilan Chic Outlet Shopping® Villages di Eropah daripada Value Retail, dan Vogue Italia. Ia mewujudkan platform kepada pereka fesyen muda antarabangsa yang mempunyai harapan yang cerah untuk menjual koleksi mereka di butik 'pop-up' yang khusus di Village, kurang sejam perjalanan dari Milan.

'The Talent Store' mempersembahkan persalinan edisi terhad dari 18 pereka baharu yang didambakan di Itali yang dipilih oleh program'Vougue Talents', satu inisiatif Vogue Italia oleh Ketua Sidang Pengarang Franca Sozzani.

Sekumpulan besar sidang media antarabangsa, personaliti dan penyokong projek dijemput untuk meraikan pembukaan, termasuk: Candela Novembre, Maria Host-Ivessich, Umberta Gnutti Beretta, Laura Morino Teso, Patrizia Lorena D'Asburgo, Mila Anufrieva, Silvio Pinto, Luca de Ambrosis dan golongan muda yang mengambil bahagian dalam 'Talents'!

Niki Winspeare Guiccardi merupakan pengacara lagu jemputan, chef Stefano Pinciaroli yang terkenal mengelolakan katering, dan Bar Smoothie yang mendapat sambutan besar menawarkan minuman buahan segar yang dibuat khas.

Di tengah-tengah Fidenza Village, rumah kepada lebih 100 butik jenama fesyen mewah Itali dan antarabangsa, 'Talent Store' menawarkan peluang keemasan untuk melihat dan membeli pakaian edisi terhad rekaan muda berbakat yang terhangat di Itali. Berwarna-warni, grafik dan berinspirasi pop, ruang runcit berarah ini adalah konsep melepak musim panas yang bergaya Village, dengan gaya ruang istirehat teres dan bar kesihatan.

"Italy terkenal dengan bakat kreatif yang luar biasa dan kami gembira kerana Fridenza Village telah sekali lagi bergabung dengan Vogue untuk melancarkan The Talent Store, mempamerkan pereka generasi baharu yang terbaik. Kami amat teruja untuk meneruskan sokongan kami kepada pereka muda dalam Chic Outlet Shopping® dan ulang tahun Village yang ke-10. Banyak perkara untuk diraikan."

Desirée Bollier

"Saya begitu teruja untuk menghadiri dan menyokong pelancaran The Talent Store di FidenzaVillage. Ia adalah satu inisiatif yang baik yang akan memberikan pereka satu rangsangan yang besar. Saya sangat meminati bakat muda dan membeli belah jadi secara peribadinya saya tidak sabar untuk mengabungkan kedua-duanya!"

Milla Jovovich

"Kepercayaan kepada bakat-bakat muda, menyokong dan membantu mereka untuk mencapai impian mereka adalah salah satu misi Vogue Italia. Dalam DNA majalah ini, keutamaan kepada inovasi dan penyelidikan menjadikan misi ini suatu projek harian. Fidenza Village berkongsi nilai yang sama dan berusaha bersama-sama dengan penuh bersemangat untuk menggalakkan bakat fesyen antarabangsa terbaik dan mengesahkan sokongan berterusan mereka terhadap The Talent Store edisi kedua ini."

Franca Sozzani

The Talent Store di Fidenza Village akan dibuka secara eksklusif selama tiga bulan sehingga akhir Ogos 2013. Untuk maklumat lanjut lawati FidenzaVillage.com

Pereka 'The Talent Store' 2013 termasuk:-

  • ADELE DEJAK oleh Adele Dejak (BEG)
  • ALCOOLIQUE oleh Rocco Adriano Galluccio (PAKAIAN WANITA)
  • AQUAZZURA oleh Edgardo Osorio (KASUT)
  • AZZURRA GRONCHI oleh Azzurra (BEG)
  • BENEDETTA BRUZZICHES (BEG)
  • COLIAC oleh Martina Grasselli (BARANG KEMAS)
  • COME FOR BREAKFAST oleh Francesco Alagna dan Antonio Romano (PAKAIAN WANITA)
  • DANA LORENZ oleh Dana Lorenz (BARANG KEMAS)
  • DANIELE CARLOTTA oleh Daniele Carlotta (PAKAIAN WANITA)
  • FLAVIA LA ROCCA oleh Flavia La Rocca (PAKAIAN WANITA)
  • FRANCESCA EVANGELISTA oleh Francesca Evangelista (BEG)
  • KZENIYA oleh Kzeniya (BEG)
  • L'F UNISEX oleh Licia Florio dan Francio Ferrario (KASUT)
  • PAOLO ERRICO oleh Paolo Errico (PAKAIAN WANITA)
  • ROBERTO FRAGATA oleh Roberto Fragata (PAKAIAN WANITA)
  • ROSA CLANDESTINO oleh Silvia Arguello (PAKAIAN WANITA)
  • SAN ANDRES MILANO oleh Andres Caballero (PAKAIAN WANITA)
  • THOMAS BLAKK oleh Thomas Bambagioni (BEG)

Mengenai Fidenza Village

Fidenza Village, salah satu daripada Chic Outlet Shopping® Villages oleh Value Retail, terletak hanya 60 minit dari Milan dan Bologna, dan menawarkan pengalaman membeli belah mewah di cawangan utama Itali. Dengan lebih daripada 100 cawangan butik menyediakan fesyen dan kemewahan untuk kediaman, Fidenza Village menawarkan koleksi musim sebelumnya yang tulen daripada pilihan Itali yang unik dan jenama antarabangsa dengan penjimatan sehingga 70% pada harga runcit, tujuh hari seminggu sepanjang tahun. Brooks Brothers, Guess, La Perla dan Trussardi Jeans hanyalah beberapa jenama antarabangsa yang hadir, serta butik pereka Itali, termasuk Baldinini, Furla dan Simonetta. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Village termasuk perkhidmatan bas harian Shopping Express™ daripada Milan dan Verona, Pusat Maklumat Pelancong dan membeli belah peribadi. Dengan pilihan restoran, kedai makanan dan kafe, Village telah menjadi destinasi untuk pengunjung yang mencari pengalaman membeli belah unggul dan hari keluar yang menyeronokkan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari FidenzaVillage.com

Mengenai Chic Outlet Shopping®

Chic Outlet Shopping® adalah Koleksi 'perkampungan'outlet mewah oleh Value Retail, satu-satunya syarikat yang mengkhusus kepada pembangunan dan pengendalian 'perkampungan'outlet perniagaan mewah Village.  Village menawarkan koleksi asli musim lalu jenama terkemuka fesyen dan gaya hidup mewah dengan penjimatan sehingga 60%, dan kadang kala lebih lagi, pada semua harga runcit yang disyorkan, sepanjang tahun. Terletak berhampiran dengan bandar-bandar pintu masuk Eropah dan China yang menjadi kesukaan ramai - London, Dublin, Paris, Madrid, Barcelona, Milan, Bologna, Brussels, Antwerp, Cologne, Frankfurt, Munich dan, pada awal 2014, Suzhou dan Shanghai - Village sinonim dengan fesyen atasan, perkhidmatan dan layanan hebat, kalendar penuh acara keraian, dan harga yang sangat berbaloi. Dengan lokasinya di rantau budaya dan sejarah yang tersohor, Village kini menjadi destinasi pelancongan antarabangsa yang tersendiri. Usaha niaga Value Retail yang baharu membawakan Chic Outlet Shopping® Village yang tersendiri ke China, menyaksikan Village yang pertamanya - Suzhou Village™ - di lokasi bersejarah Suzhou, 50 batu ke barat Shanghai. Sama seperti ahli-ahli yang lain dalam Koleksi tersebut, Suzhou Village™ akan dikenali dengan penawaran jenama fesyen dan gaya hidup mewah antarabangsa, serta tahap layanan yang mengagumkan.

SUMBER  Value Retail PLC

Source: Value Retail PLC
Keywords: Fashion Retail Joint ventures New products/services