omniture

Violette menjadi Pengarah Kreatif Alat Solek Guerlain

GUERLAIN
2021-07-23 22:50 426

PARIS, 23 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Dengan kreativiti, keberanian, wanita Paris yang bergaya, bercita rasa tinggi dan rasa komitmen beliau yang tulen, Violette seolah-olah ditakdirkan untuk menyertai sebuah Syarikat yang sinonim dengan bidang kecantikan Perancis dan inovasi yang berterusan serta masih menekankan pemodenan walaupun berusia lebih 190 tahun.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8929251-violette-becomes-guerlain-creative-director-of-makeup/

" Kisah saya dengan Guerlain benar-benar merupakan kisah kewanitaan saya… Sebagai seorang gadis kecil, Météorites dengan mutiara kecilnya yang berwarna pastel untuk kulit memberi kesan estetik sebenar kepada saya. Saya akan merenung kotak tersebut dengan rasa terpesona dan tidak sabar untuk menjadi seorang wanita dewasa… Saya membayangkan diri saya di meja solek sedang memakai gincu, minyak wangi dan mencelup berus pada Météorites yang luar biasa ini. Hari ini, saya telah dijemput untuk mencatatkan fasa seterusnya dalam sejarah Guerlain sebagai Pengarah Alat Solek. Itulah keajaiban dunia kecantikan."

Berkenaan Guerlain, Violette menyatakan: "Guerlain ialah seorang wanita! Seorang Maharani moden… dan anak kelahiran Paris yang sejati. Saya amat gembira dapat menyertai Syarikat ikonik dengan warisan yang begitu kaya yang membolehkan saya mewariskan nilai Guerlain melalui alat solek kepada generasi baharu dan berkongsi dengan mereka tanpa mengira jantina bagi meraikan kecantikan hari ini dan masa hadapan.

Sebagai perintis, Guerlain House perlu menunjukkan komitmen melalui penglibatan dalam alam sekitar dan kewanitaan dengan cara yang luas dan pelbagai." 

Falsafah Violette ialah "langit ialah batasannya" atau dalam perkataan lain "tiada yang mustahil". Sebagai seorang wanita muda, beliau telah membina kedudukan untuk dirinya dalam dunia solekan. Dan sebagai seorang wanita Perancis yang menerima pengiktirafan di Amerika Syarikat dalam masa beberapa bulan sahaja setelah berpindah secara mengejut ke sana pada tahun 2015 (tanda astrologi beliau ialah Aries yang menjelaskan tentang sikap kegigihan beliau dan gemarkan risiko). Beliau telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat utama sejak permulaan kerjaya beliau (seperti dengan Dior sebagai Pereka Alat Solek dan yang terbaru dengan Estée Lauder yang beliau telah memegang jawatan sebagai Pengarah Kecantikan Global pada usia hanya 33 tahun.) Violette telah berjaya mencipta nama untuk dirinya sendiri – nama pertama beliau dalam bidang ini – yang melakarkan hasil kerja beliau ke dalam catatan sejarah bidang kecantikan kontemporari. Dunia beliau ialah sesuatu yang unik dan berkembang maju yang menggabungkan kreativiti spontan, cita rasa Paris, teknik kemahiran dan minat seni beliau.

"Sama seperti Guerlain, saya merasakan seni sebagai sumber inspirasi yang tiada batasan. Saya selalu menyatakan bahawa seni merupakan cinta dalam kehidupan saya." 

Portfolio beliau dipenuhi dengan ribuan imej daripada kerjasamanya dengan majalah terkenal termasuk Vogue, Harper's Bazaar, W Magazine, T Magazine, Dazed, Teen Vogue dan Elle. Dan walaupun fotografi fesyen mungkin menjadi pilihan dalam minat beliau, beliau mengetahui dengan lebih baik berbanding orang lain bahawa solekan itu adalah tidak bermakna sekiranya ia bukan seni yang menonjolkan kecantikan dalam setiap seorang daripada kita. Dengan pengikut yang ramai di seluruh media sosial (iaitu 400 ribu pengikut di Instagram), beliau telah mencipta saluran YouTube Violette_fr sendiri pada 6 tahun yang lalu untuk berkongsi tutorial solekan dan foto tentang kecantikan.

Sebagai seorang wanita yang menggunakan alat solek dengan mudah dan senang, berkongsi pengalaman beliau dengan komuniti peminat yang berminat merupakan sesuatu yang bersifat kenalurian. Itulah sebabnya beliau melancarkan barisan alat solek sendiri pada bulan April 2021 yang semestinya dinamakan sebagai VIOLETTE_FR.

Hari ini, Guerlain dan Violette akan mula mencatat fasa baharu dalam sejarah kecantikan. Secara berpasangan.

Laura Durr – Pengurus Perhubungan Awam dan E-Perhubungan Awam Antarabangsa ldurr@guerlain.fr 
Laureen Baldacchino – Pegawai Perhubungan Awam dan E-Perhubungan Awam Antarabangsa lbaldacchino@guerlain.fr

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1578555/GUERLAIN_PARIS_Logo.jpg?p=medium600 
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1578556/guerlain_violette_creative_director.jpg?p=medium600

 

Violette becomes Guerlain Creative Director of Makeup.
Violette becomes Guerlain Creative Director of Makeup.

 

Contact:
Alyssa ZUl
Regional Communication and CRM Executive Asia Pacific
Email: azul@guerlain.fr

Source: GUERLAIN
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Workforce Management/Human Resources Broadcast feed announcements Personnel announcements