SHENZHEN, China, 24 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Maya Global PV Pintar & Penyimpanan Tenaga Berskala Besar Huawei FusionSolar 2021, dianjurkan oleh Huawei dan dikendalikan oleh pv magazine bermula pada 22 Julai. Acara tersebut menghimpunkan pemimpin-pemimpin pemikiran dalam industri fotovolta (PV) untuk membincangkan mengenai perkembangan terkini dan peluang pasaran dalam penyimpanan tenaga utiliti dan meneroka bagaimana sistem penyimpanan tenaga rentetan pintar Huawei Digital Power akan menjadikan PV sebagai sumber tenaga utama pada masa depan.
Huawei Digital Power telah mengumpul pengalaman selama lebih daripada sepuluh tahun dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) penyimpanan tenaga dan telahpun menghantar bateri litium 5 GWj+ yang dipersiapkan ke arah pelbagai senario termasuk loji janakuasa solar berskala utiliti, aplikasi kediaman, kuasa tapak, tenaga pusat data, antara lain.
Dalam ucapan perasmian beliau, Dr. Fang Liangzhou, Ketua Pegawai Pemasaran di Huawei Digital Power Technologies Co., Ltd., mengetengahkan visi Huawei Digital Power dan ciri-ciri utama sistem penyimpanan tenaga rentetan pintar. Beliau menyatakan, "Visi Huawei Digital Power memberi tumpuan pada Pendigitalan Kuasa Utama untuk Masyarakat Pintar Sifar-karbon. Kami percaya bahawa kunci untuk membina sistem kuasa berorientasikan masa depan yang berasaskan tenaga boleh diperbaharui merupakan integrasi teknologi digital dan elektronik kuasa."
Menurut Dr. Fang, bagi menangani pelbagai cabaran yang menyukarkan sistem penyimpanan tenaga tradisional, Huawei mengintegrasikan teknologi digital dan elektronik kuasa dalam PV dan sistem penyimpanan tenaga serta memperkenalkan reka bentuk modular rentetan pintar yang memperbaiki pengurusan sistem penyimpanan tenaga melalui pengoptimuman tahap-pek dan tahap-rak bateri. Pengoptimuman tahap-pek dapat meningkatkan kapasiti pengecasan dan nyahcas sebanyak 6%, manakala pengoptimuman tahap-rak pula menawarkan peningkatan 7% yang selanjutnya. Sementara itu, seni bina pelesapan haba tersebar yang inovatif melanjutkan jangka hayat bateri dan teknologi pintar seperti AI dan BMS awan digunakan bagi meningkatkan keselamatan sistem daripada reaktif menjadi proaktif.
"Penyelesaian penyimpanan tenaga rentetan pintar Huawei meningkatkan kapasiti nyahcas, mengurangkan kos O&M, memastikan keselamatan dan keandalan serta mencapai penurunan LCOS sebanyak 20%," kata Chen Guoguang, Presiden Huawei Smart PV, di acara maya tersebut. "Buat pelanggan solar kami, kami menyasarkan untuk membina ekosistem penuh, penyelesaian tenaga hujung-ke-hujung. Bukan sahaja dalam penjanaan tenaga, tetapi juga dalam penyimpanan dan penggunaan tenaga, bagi menurunkan lagi LCOE dan mendayakan pariti grid PV kepada pariti grid simpanan PV+."
Dengan penurunan kos penyimpanan tenaga dan inovasi teknikal yang berterusan, pasaran simpanan tenaga berskala utiliti berkembang pesat di seluruh dunia, dengan pertumbuhan yang lebih banyak dijangka berlaku. Sam Wilkinson, Pengarah, Teknologi Bersih dan Tenaga Boleh Diperbaharui, IHS Markit, berkongsi ramalan beliau mengenai pasaran penyimpanan tenaga bersama khalayak global. "Tahun 2021 merupakan permulaan tempoh pertumbuhan yang amat kukuh untuk industri ini. Kami meramalkan pada tahun ini bahawa industri ini akan meningkat lebih dua kali ganda dan akan menyaksikan lebih sepuluh gigawatt dipasang buat julung kalinya, yang menyamai 28 gigawatt jam (GWj) kapasiti penyimpanan tenaga. Pertumbuhan ini juga bukan sahaja terhasil daripada pasaran mantap yang utama, tetapi juga daripada banyak peluang baru muncul yang lebih kecil," kata Wilkinson.
Jorge de Miguel, Ketua Khidmat Nasihat Teknikal, Vector Renewables, memperkenalkan lima aplikasi berskala besar sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) di acara tersebut dan menyatakan bahawa pelbagai jenis perkhidmatan BESS dapat digunakan untuk memaksimumkan jumlah pendapatan loji janakuasa PV. Seorang lagi penceramah yang memberi pencerahan mengenai penyelesaian Simpanan Tenaga PV+ ialah Felipe Hernandez, Pengarah Urusan FRV X & Engineering. Beliau menyebut bahawa peluang perniagaan banyak terdapat dalam BESS mandiri mahupun penyelesaian simpanan tenaga PV + hibrid di seluruh dunia dan mendedahkan pelbagai lapisan dalam timbunan nilai kedua-dua pendekatan.
Di samping itu, Hariram Subramanian, Ketua Pegawai Teknologi di Huawei Smart PV – Eropah, menjelaskan kepada khalayak mengenai Penyelesaian Penyimpanan-PV Rentetan Pintar Huawei untuk Senario skala-Utiliti. Beliau menekankan bahawa penting untuk mewujudkan grid yang stabil dengan konsep pembentukan grid dan menggunakan reka bentuk modular yang akan menjadikan loji janakuasa lebih berdaya tahan dan mantap.
Dengan kadar penembusan tenaga boleh diperbaharui yang tinggi dalam grid elektrik, BESS bersedia untuk memainkan peranan yang lebih besar bagi mempercepatkan peralihan ke arah masa depan rendah-karbon. "Kami benar-benar percaya bahawa integrasi teknologi digital akan menyerlahkan potensi simpanan tenaga yang sepenuhnya, lalu memacu industri ke arah matlamat keneutralan karbonnya. Kita bersama-sama dapat membina masyarakat pintar sifar-karbon dan merealisasikan keneutralan karbon pada masa terdekat," simpul Dr. Fang.
Sekiranya anda terlepas acara tersebut, anda boleh mendaftar bagi menonton sesi rakaman penuh.
Latar Belakang Huawei
Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Kami mempunyai lebih daripada 197,000 kakitangan dan kami beroperasi di lebih daripada 170 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga bilion orang di seluruh dunia.
Visi dan misi kami adalah untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan mendorong sambungan merata dan menggalakkan akses yang sama rata ke rangkaian; membawa infrastruktur awan dan kecerdasan buatan ke semua empat pelosok dunia bagi menyediakan kuasa pengkomputeran unggul di mana anda memerlukannya, apabila anda memerlukannya; membina platform digital bagi membantu semua industri dan organisasi menjadi lebih tangkas, cekap dan dinamik; menakrifkan semula pengalaman pengguna dengan AI, lalu menjadikannya lebih diperibadikan buat orang ramai dalam segenap aspek kehidupan mereka, sama ada ketika mereka berada di rumah, di pejabat atau semasa dalam perjalanan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:
http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.youtube.com/Huawei