- Mengumumkan Penceramah, Pempamer, Penaja dan Rakan Kongsi Tambahan bagi Acara di Shanghai
LONDON, 5 Jun 2013 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini telah mengemaskini maklumat Ekspo Mudah Alih Asia 2013 yang bakal berlangsung dari 26-28 Jun di Pusat Pameran Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC) di Shanghai. GSMA telah menamakan beberapa penceramah baharu yang bakal membuat pembentangan dalam program persidangan itu, memperkenalkan tiga pavilion baharu dalam Ekspo itu dan juga mengumumkan syarikat-syarikat tambahan yang bakal mempamerkan produk-produk mereka di ruang pameran. GSMA juga mengesahkan penambahan beberapa rakan kongsi yang bakal menyertai Pengalaman NFC pertama di Ekspo Mudah Alih Asia, serta dalam Makmal Inovasi dan Planet App.
"Tidak sabar rasanya untuk mengalu-alukan industri mudah alih ke Shanghai dalam masa tiga minggu sahaja lagi," kata Michael O'Hara, Ketua Pegawai Pemasaran GSMA. "Ekspo Mudah Alih Asia bakal menjadi sebuah acara luar biasa yang menawarkan pelbagai program, aktiviti dan pengalaman kepada semua pengunjung. Daripada ruang pameran, yang menampilkan Bandar Terhubung dan Pengalaman NFC, program persidangan dengan para pemimpin industri mudah alih, hingga ke program terkhusus, mesyuarat dan acara, Ekspo Mudah Alih Asia bakal mempamerkan inovasi terkini dan kepimpinan pemikiran serantau."
Eksekutif Utama Bakal Mengambil Tempat di Pentas
GSMA mengumumkan beberapa penceramah baharu yang bakal membuat pembentangan dalam program persidangan Ekspo Mudah Alih Asia, termasuk beberapa Ketua Pegawai Eksekutif dan pemimpin kanan daripada syarikat-syarikat di seluruh ekosistem mudah alih serta industri-industri berkaitan. Para penceramah ucapan dasar yang baharu disahkan termasuklah:
Eksekutif-eksekutif berikut juga bakal berucap dalam persidangan selama dua hari itu:
Untuk senarai penuh para penceramah yang disahkan serta agenda persidangan terperinci, lawati www.mobileasiaexpo.com/conference.
Pengalaman NFC: Menghidupkan Teknologi NFC
Pengunjung Ekspo Mudah Alih Asia dengan telefon mudah alih pemboleh-NFC boleh mengambil kesempatan atas teknologi NFC di lokasi-lokasi di seluruh pameran itu dan di Kerry Centre serta di Pusat Membeli-belah Kerry yang berhampiran. Melalui Pengalaman NFC, para pengunjung boleh memuat turun maklumat dan peta, mencuba mesin layan diri NFC, berinteraksi dengan poster pintar, menyertai pencarian harta karun NFC sepanjang Ekspo itu berlangsung dan membeli makanan serta minuman. Rakan kongsi sokongan Pengalaman NFC termasuklah Samsung, Huawei, China UnionPay, Sandpay, Shanghai Pudong Development Bank dan Shanghai COS Software Co., Ltd., yang menyertai Rakan Kongsi Pengendali Rasmi China Mobile yang diumumkan sebelum ini. Untuk maklumat lanjut mengenai pengalaman NFC, lawati www.mobileasiaexpo.com/nfc-experience/.
Penambahan Baharu Pameran Ekspo Mudah Alih Asia
GSMA mengumumkan beberapa pempamer baharu termasuk Amazon China, Angry Birds bersama Christie Digital, Dell, Facebook, Movirtu dan Samsung. Ekspo ini juga bakal menyediakan beberapa pavilion dan zon dengan topik atau rantau yang khusus. Pavilion Inovasi diketuai oleh Rakan Kongsi Pameran WI Harper akan turut disertai oleh GCT Semiconductor, Just Will Studio, Maxthon Ltd., Roam & Wander, QuickBird dan Quixey. DVBCN adalah Rakan Kongsi Pameran untuk Pavilion Hiburan Mudah Alih, bersama-sama China Network Television, Coship Electronics Co, Ltd. dan Yancheng BiggiFi Technology Development Co., Ltd. membentuk sebahagian daripada para pempamer. Syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam Pavilion Realiti Luasan termasuklah Metaio, Senscape dan Total Immersion. Untuk maklumat lengkap mengenai Ekspo ini, lawati www.mobileasiaexpo.com/expo-overview/.
Planet App: ADC dan Sesi Makmal App Baharu
Planet App menyediakan peluang unik untuk para pengunjung meneroka pelbagai dimensi yang sangat penting dan sentiasa berubah-ubah dalam pasaran aplikasi mudah alih. Inisiatif OneAPI GSMA akan mengadakan sebuah Persidangan Pembangun Aplikasi (ADC) pada hari Rabu, 26 Jun sementara Acision akan menganjurkan ADC selama separuh hari pada hari Khamis, 27 Jun. Dalam Makmal App, BesTV akan membentangkan tiga sesi pada hari Khamis, 27 Jun, bersama Penaja Platinum SAP yang bakal membentangkan sesi sepenuh hari pada hari Rabu, 26 Jun. Forum Permainan Mudah Alih yang diadakan pada Jumaat, 28 Jun bakal melihat pemegang saham penting daripada seluruh ekosistem permainan dan mudah alih berkongsi wawasan mereka untuk masa depan permainan mudah alih. Forum Permainan Mudah Alih ditaja oleh SOCO Games dengan disokong oleh GMGC yang bertindak sebagai Penaja Sokongan. FabriQate juga bakal membentangkan beberapa sesi yang akan meneroka ciri-ciri dan fungsian Google Glass di Ruang Santai App pada hari Jumaat, 28 Jun. Untuk maklumat lanjut, lawati www.mobileasiaexpo.com/app-planet.
Maklumat Terkini Makmal Inovasi
GSMA mengumumkan penaja-penaja baharu dan syarikat-syarikat yang bakal membuat pembentangan dalam Makmal Inovasi, sebuah pentas terbuka yang terletak di pameran Ekspo Mudah Alih Asia di mana syarikat-syarikat boleh mengetengahkan produk, teknologi dan perkhidmatan, serta strategi untuk memenuhi keperluan ekosistem mudah alih. Penaja Platinum untuk Makmal Inovasi termasuklah Orange untuk Makmal Inovasi Satu dan FingerQ untuk Makmal Inovasi Dua. Syarikat-syarikat baharu yang dijadualkan untuk membentangkan sesi-sesi di Makmal Inovasi adalah FabriQate, Freescale, GCT Semiconductor, GT Advanced Technologies, Just Will Studio, MobileMonday, MUBIQUO, Orange, Roam & Wander, QuickBird dan Quixey. Untuk maklumat lanjut, lawati www.mobileasiaexpo.com/innovation-labs/.
Menerokai Hak Harta Intelektual
Buat kali pertama, Institut Standard Telekomunikasi Eropah (ETSI) dan GSMA bakal bekerjasama bagi menganjurkan Sidang Kemuncak Hak Harta Intelek ETSI-GSMA 2013 di Ekspo Mudah Alih Asia. Pertemuan ini bakal mengumpulkan pakar-pakar Hak Harta Intelek (IPR) daripada operator dan pengilang utama seluruh dunia, menyediakan peluang untuk menghadapi cabaran IPR yang memberi kesan terhadap industri telekomunikasi hari ini. Sidang Kemuncak Hak Harta Intelek ETSI-GSMA ditaja oleh Freshfields, Kenyon & Kenyon dan Powell Gilbert. Sidang Kemuncak yang hanya terbuka kepada tetamu jemputan ini akan diadakan pada 26-28 Jun, dengan program sepenuh hari perbincangan panel IPR pada hari Khamis, 27 Jun yang terbuka kepada semua pengunjung Ekspo Mudah Alih Asia. Untuk maklumat lanjut, termasuk agenda dan cara penyertaan, sila lawati http://www.mobileasiaexpo.com/ipr-forum/.
Menjadi Sebahagian Daripada Kehidupan Terhubung
Semua pengunjung Ekspo Mudah Alih Asia 2013 yang didaftarkan akan dimasukkan secara automatik dalam pertandingan cabutan bertuah 'Menangi Sebuah Kehidupan Terhubung", yang bakal berlangsung setiap hari di Bandar Terhubung di Dewan N1. Seorang pemenang setiap hari bakal dipilih bagi menerima hadiah-hadiah berikut: sebuah penghala wayarles 100W CVR Cisco, sebuah KT Kibot2, sebuah tablet Samsung Galaxy dan sebuah telefon Xperia Z Sony. Tiga pemenang berturut-turut setiap hari akan menerima sebuah iPad Mini. Untuk maklumat lanjut mengenai cabutan bertuah itu dan Bandar Terhubung, lawati www.mobileasiaexpo.com/connected-city/.
Rakan-rakan Kongsi Menawarkan Sokongan Yang Meluas kepada Ekspo Mudah Alih Asia
Rakan-rakan Kongsi Strategik Ekspo Mudah Alih Asia termasuklah Persatuan Komunikasi Mudah Alih China (CMCA), Jawatankuasa Pemasaran Internet China (IMCC), Persatuan Industri Komunikasi Shanghai (SCIA) dan Persatuan Teknologi Pengujian Terminal Komunikasi (TAF). Rakan Kongsi Media Rasmi termasuklah BesTV, Kumpulan Media Shanghai (SMG), CNBC dan Sina. China Mobile adalah Penaja Acara Platinum Ekspo Mudah Alih Asia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Ekspo Mudah Alih Asia 2013, termasuk butiran cara penyertaan, pameran atau penajaan, sila lawati www.mobileasiaexpo.com.
Mengenai GSMA
GSMA mewakili kepentingan para pengendali mudah alih seluruh dunia. Dengan kehadiran di lebih dari 220 buah negara, GSMA menyatukan hampir 800 buah pengendali mudah alih di seluruh dunia, dengan lebih 230 buah syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat perisian, pembekal peralatan, syarikat Internet serta organisasi dalam sektor industri perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan utiliti. GSMA juga menguruskan acara terkemuka industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Mudah Alih Asia.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com atau Mobile World Live, portal dalam talian bagi industri komunikasi mudah alih di www.mobileworldlive.com.