omniture

LIFESAVER(R) Systems Melancarkan Produk Respons Kecemasan Baharu untuk Pasaran Kemanusiaan

LIFESAVER systems
2013-06-05 15:22 145

COLCHESTER, England, 5 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Kiub LIFESAVER® adalah penambahan terbaharu kepada keluarga LIFESAVER®, yang dibangunkan untuk krisis-krisis kemanusiaan dan bencana alam. Kiub LIFESAVER® adalah sebuah produk yang mampat dan lasak yang teroptimum untuk sektor kemanusiaan kerana keringkasan pembuatannya, mudah dibawa dan senang digunakan. Setiap kiub boleh menghasilkan 5 tan air minuman steril di mana saja ia diperlukan, pada bila-bila masa.

Kiub LIFESAVER® menggabungkan teknologi LIFESAVER® yang terbukti berkesan dan telah dipatenkan – sebagai satu-satunya teknologi penapisan air mudah alih yang dapat menyingkirkan semua patogen mikrobiologi bawaan air termasuk bakteria, virus, sista, parasit dan kulat daripada air tanpa memerlukan sebarang bahan kimia, kuasa atau cahaya ultraungu.

Kiub LIFESAVER® akan mengubah kit peralatan respons bencana untuk agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Mudah ditindan untuk pengaturan kedudukan pantas, kiub ini memberikan kemampuan untuk menghasilkan air minuman steril kepada komuniti berisiko dan memberi ruang kepada pasukan penyelamat untuk menumpukan kepada usaha menyediakan bekalan makanan, keperluan kesihatan dan tempat berteduh. Kiub LIFESAVER® adalah penambahan mampat, ringan dan terkesan kos untuk pertubuhan bukan kerajaan dan organisasi bantuan global yang mencari penyelesaian yang terbukti untuk memberikan bantuan serta-merta kepada mereka yang memerlukan.

Pengarah Urusan, Ashton Hunt berkata; "Pembangunan untuk kiub LIFESAVER® menunjukkan komitmen kami untuk sektor kemanusiaan. Kami mengambil maklum balas daripada OXFAM dan DFID, dan dalam masa kurang dari 12 bulan mereka dan menguji, kini kami mempunyai sebuah produk yang unik dan bertaraf dunia untuk dihasilkan."

Diperakui dengan ISO 9001, sistem-sistem LIFESAVER telah mengeluarkan produk berasaskan teknologi unik mereka selama lebih 6 tahun, berkhidmat dalam empat pasaran utama dunia: kemanusiaan, persediaan menghadapi bencana, ketenteraan dan peruncitan. Dengan ramai pelanggan ketenteraan sedunia, botol dan jerigen LIFESAVER digunakan di seluruh Eropah, Asia Selatan dan Timur Tengah. Dalam pasaran kemanusiaan, LIFESAVER bekerjasama rapat dengan Oxfam, Palang Merah, Shelternow dan Medicine Sans Frontiers, serta menjadi sebahagian daripada Kemudahan Respons Pantas UK untuk pengaturan kedudukan masa singkat dengan Jabatan Pembangunan Antarabangsa UK (DFID). Produk-produk runcit LIFESAVER sedia dibeli secara terus daripada http://www.lifesaversystems.com.

Nota kepada editor:

  • Untuk maklumat lanjut mengenai Michael Pritchard, Pencipta-Pengasas, sila layari http://www.lifesaversystems.com/michaelpritchard
  • Teknologi LIFESAVER diperakui oleh London School of Hygiene and Tropical Medicine (Pusat Pengajian Kebersihan dan Perubatan Tropika)
  • LIFESAVER ditonjolkan dalam 'Tomorrow's World' sebuah rancangan istimewa Horizon saluran BBC 2 (Mei 2013)
  • LIFESAVER bakal membuat kemunculan di DSEI pada bulan September 2013

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Rachael Gordon, Pengurus Pemasaran melalui rachaelgordon@lifesaversystems.com atau +44(0)1206-580999.

SUMBER LIFESAVER systems

Source: LIFESAVER systems
Keywords: Environmental Products & Services Food/Beverages New products/services