omniture

CGTN: CPC jadi teladan untuk pembangunan global

CGTN
2021-07-26 10:04 176

BEIJING, 26 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Ucapan Presiden Cina Xi Jinping pada sambutan ulang tahun ke-100 Parti Komunis China (CPC) mencerminkan pencapaian hebat Parti dalam memimpin pembangunan sosio-ekonomi China.

CPC sets example for global development
CPC sets example for global development

Pada ulang tahun kali ini, perubahan dan dasar yang berorientasikan rakyat yang dipromosikan oleh CPC telah mengubah China pastinya diingati, yang mengangkat 740 juta rakyat keluar daripada kemiskinan dalam tempoh 40 tahun yang lalu, mengurangkan nisbah bilangan kemiskinan sebanyak 94.4 peratus mata. 

Pemikiran dan teori ekonomi aliran utama Barat semata-mata tidak dapat menjelaskan jangkauan pencapaian yang telah dibuat oleh China di sepanjang 50 tahun lalu, seperti bagaimana ia telah berkembang daripada negara yang miskin dan mundur hingga menjadi pemimpin global dalam pengeluaran produk teknikal hari ini.

Pembangunan infrastruktur China, pembandaran yang pesat, dan keupayaan untuk meningkatkan kesejahteraan dan kebahagiaan rakyatnya tidak dapat ditandingi oleh negara-negara lain. China terhutang budi kepada kepimpinan CPC atas keajaiban ekonominya.

Walau bagaimanapun, China tidak hanya mengambil berat tentang pembangunannya sendiri. China telah berusaha tanpa mengira lelah untuk mempromosi multilaterisme dan menyelesaikan masalah iklim global.

Seperti yang dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri Greece dan Presiden Socialist International George A. Papandreou, komitmen China terhadap keterbukaan dan multilaterisme ialah kepentingan utama bukan hanya terhadap kemakmuran China malah juga dalam mengatasi cabaran global bersama dengan berkesan. Cabaran bersama menuntut penyelesaian bersama. Matlamat yang dikongsi dan menerima kepelbagaian ialah jalannya.

Pandemik semasa telah menunjukkan betapa pentingnya keharmonian antara manusia dan alam. Ia telah menunjukkan kita melalui cara yang paling kejam tentang wujudnya kaitan antara alam sekitar, nutrisi, kebajikan haiwan dan penyakit zoonotik. Kita telah menyedari bahawa dasar yang menangani perubahan iklim harus seiring dengan dasar yang bermatlamat untuk melindungi kepelbagaian biologi.

China percaya bahawa menangani perubahan iklim bukan hanya sekadar masalah yang perlu dibasmi, malah juga ialah peluang untuk pertumbuhan ekonomi yang lestari. Ia dapat menjadi daya pendorong untuk pemodenan dengan potensi memberi manfaat kepada dunia membangun serta yang maju selaras dengan garis panduan SDG (matlamat pembangunan lestari) PBB.

Semua negara memiliki tanggungjawab yang besar untuk pengurangan agar dapat menurunkan emisi global per kapita. Sudah tentu, negara-negara yang lebih kaya harus menanggung beban yang paling berat dan mempertimbangkan perbezaan antara dunia maju dan membangun.

"Decode the Real China" ialah siri 13-episod yang mengundang 13 ahli politik berprofil tinggi, yang termasuk bekas-bekas perdana menteri dan duta-duta ke China, untuk mentafsir ucapan 1 Julai Presiden Xi daripada perspektif keajaiban pembangunan yang dicipta oleh China di bawah CPC, kerjasama multilateral, prospek kerjasama BRI dan respons kepada perubahan iklim global.

Siri ini memberi tumpuan kepada keberkesanan kepimpinan CPC dan pencapaian pembangunan China melalui pandangan negara-negara lain, dengan matlamat untuk menunjukkan dunia akan China dalam tiga dimensi yang sebenar dan komprehensif.

Lihat siri untuk muat turun multimedia:
https://www.cgtn.com/opinions/decisionmakers.html

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service