omniture

Produk kecantikan kulit mewah, La Mer Penambahan Terkini di LazMall Prestige Lazada

Pembeli Asia Tenggara boleh menikmati pengalaman kecantikan eksklusif di Lazada
Lazada Group
2021-07-26 12:00 63

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Lazada, platform eDagang terkemuka Asia Tenggara, dan La Mer, "Jenama Penjagaan Kulit Premium No.1" di Asia Tenggara[1], hari ini mengumumkan kerjasama mereka dan pelancaran kedai rasmi LazMall bagi La Mer bagi rantau ini – di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand. Super Brand Opening di Malaysia, yang diadakan pada 11 Ogos 2021[2], akan memberi pengguna akses eksklusif untuk menikmati pengalaman luar biasa oleh La Mer menerusi Lazada.

Produk kecantikan kulit mewah, La Mer Penambahan Terkini di LazMall Prestige Lazada
Produk kecantikan kulit mewah, La Mer Penambahan Terkini di LazMall Prestige Lazada

 

 

Kerjasama eDagang yang strategik ini ternyata akan meluaskan jangkauan pelanggan La Mer di seluruh Asia Tenggara, memandangkan para pembeli kini semakin biasa membeli-belah dalam talian daripada jenama-jenama mewah secara mudah dan selamat. Sebagai salah satu daripada pelancaran jenama kecantikan seluruh rantau yang paling dinanti-nantikan di Lazada, La Mer menawarkan pengalaman beli-belah maya premium bagi pengguna. Kerjasama ini akan membuka peluang untuk menawarkan perkhidmatan kepada segmen pengguna yang mempunyai jangkaan yang tinggi, keperluan kulit tersendiri dan juga hasrat memberi hadiah. Pengalaman jenama dan platform keseluruhan akan ditambah baik menerusi pelbagai aktiviti dinamik. Kerjasama strategik ini akan mengukuhkan kedudukan Lazada dan La Mer masing-masing.

Emmanuelle Vernet, Naib Presiden dan Pengurus Besar La Mer, Asia Pasifik, berkata: "Sebagai jenama penjagaan kulit premium nombor satu di Asia Tenggara, kami percaya Lazada ialah rakan kerjasama yang paling sesuai untuk meluaskan pengalaman yang kami bawakan kepada pengguna baharu dan sedia ada. Menerusi kerjasama dengan destinasi platform kecantikan nombor satu, kami boleh menawarkan pengalaman produk dan perkhidmatan peribadi, termasuk rundingan kulit maya 1-1[3] dan Masterclass[3] (Kelas Pakar) maya. Para pengguna Lazada juga akan mendapat akses pertama kepada tawaran eksklusif Lazada dan khidmat pembalutan hadiah mewah La Mer dengan setiap pembelian. Untuk berinteraksi dengan pengguna dalam masa nyata, La Mer akan mengadakan acara maya menerusi program penstriman langsung LazLive, bagi berkongsi secara dekat kisah jenama, warisan produk serta petua kecantikan dengan pengguna Asia Tenggara."

Antara produk berprestasi tinggi, Crème de la Mer menonjol sebagai produk utama kegemaran ramai dengan sejarah warisan dan pengiktirafan jenama sebagai "Krim Mewah No.1[1]" di seluruh pasaran Asia Tenggara. Diadun rapi dengan ramuan mujarab La Mer - Miracle Broth™, eliksir memperbaharui sel dan menentang kerengsaan terkenal La Mer ini menunjukkan komitmen kami kepada keperincian, inovasi, dan hasil buatan yang berkualiti.

Selain daripada menawarkan produk-produk terkemuka La Mer, termasuk Crème de la Mer, The Treatment Lotion, The Concentrate dan The Eye Concentrate, kedai perdana tersebut juga akan menawarkan rangkaian Skincolor, Pembersih, Tonik, dan Little Luxuries (produk saiz percubaan serba mewah La Mer).

Mengulas mengenai Super Brand Opening tersebut, James Chang, Ketua Akaun Strategik dan Runcit, Kumpulan Lazada berkata: "Kami sukacita untuk mengalu-alukan jenama kecantikan mewah La Mer ke dalam keluarga LazMall menerusi tawaran premium platform kami - LazMall Prestige. Melalui portal dalam aplikasi tersendiri ini, jenama-jenama turut serta boleh menyesuaikan dan membawakan pengalaman jenama intim dengan hanya beberapa klik pada aplikasi. Lazada sentiasa peka kepada kehendak hati pelanggan – dan ini termasuk meluaskan portfolio kecantikan premium kami untuk membawakan produk tulen dan berkualiti 100% dan juga kisah-kisah jenama yang terpilih terus kepada pengguna. Kami berharap untuk meluaskan lagi kerjasama kami dengan La Mer, dan membawakan lebih banyak inisiatif ke Asia Tenggara menerusi  LazMall Prestige."

[1] Berasaskan prestasi jualan pada Tahun Kalendar 2020 di Thailand, Singapura, Malaysia, Indonesia | Beaute Research Gedung beli-belah & butik.

[2] Tarikh Pembukaan Jenama Hebat Lazada La Mer: 11 Ogos 2021- Thailand, Filipina, Malaysia; 12 Ogos 2021- Singapura, Indonesia.

[3] Boleh didapati menerusi janji temu sahaja.

Mengenai Kumpulan Lazada

Diasaskan pada 2012, Kumpulan Lazada adalah peneraju platform eDagang di Asia Tenggara. Kami kini menjadi pemangkin untuk kemajuan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam melalui perdagangan dan teknologi. Dengan rangkaian pembayaran dan logistik terbesar di rantau ini, Lazada kini telah menjadi sebahagian daripada keperluan seharian pengguna dan kami bertekad untuk mencapai 300 juta pelanggan pada 2030. Sejak 2016, Lazada telah menjadi platform utama Kumpulan Alibaba, yang disokong oleh infrastruktur teknologi terbaik dari Alibaba.

Mengenai LA MER
La Mer ialah sebuah jenama yang menzahirkan harapan, pemulihan dan rasa hormat seorang insan terhadap kuasa kehidupan laut. Segalanya bermula lima puluh tahun lalu apabila Dr. Max Huber, seorang ahli fizik, memulakan usaha mencari penawar selepas mengalami kemalangan makmal. Setelah dua belas tahun gigih menjalankan 6,000 eksperimen, Miracle Broth — eliksir mujarab yang terkenal ditemui. Sejak menyertai The Estée Lauder Companies pada 1995, La Mer kini menjadi jenama penjagaan kulit terulung di dunia.

Source: Lazada Group
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Electronic Commerce Household/Consumer/Cosmetics Retail Web Site Licensing/marketing agreements New products/services Future Events