omniture

IG Berbangga Menjadi Penaja Serantau The Apprentice Asia di Saluran AXN Asia

IG
2013-06-05 18:07 745

KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Jun 2013 /PRNewswire/ -- IG, penyedia CFD nombor satu dunia telah menjadi penaja serantau rancangan The Apprentice Asia.

Ketua IG Asia Pasifik, Tamas Szabo berkata, "Pelabur serius dan pedagang profesional seluruh Asia ingin mengambil peluang ke atas pasaran kewangan global dan mereka mahu berdagang dengan seseorang yang boleh dipercayai. Kami berbangga kerana kami dapat menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang sejajar dengan teknologi perdagangan penuh inovasi.  Kerjasama dengan penerbitan berkualiti seperti rancangan The Apprentice Asia, melalui saluran hiburan umum No.1 Asia, AXN, memberikan kami peluang keemasan untuk mempamerkan perkhidmatan dan produk kami ke seluruh rantau ini."

Sama seperti semua cabaran lain yang dihadapi oleh para peserta The Apprentice dalam memburu kemenangan, episod IG juga menuntut para peserta menunjukkan kebolehan dan kepakaran perniagaan mereka dalam mengurus dan membuat keputusan yang tepat dalam keadaan tertekan kepada Tony Fernandes serta penasihat-penasihat beliau.

Komen En. Szabo lagi: "Ciri-ciri dan kualiti seorang pedagang yang cemerlang adalah ciri-ciri dan kualiti yang sama yang diperlukan untuk memenangi Apprentice Tony Fernandes. Tidak perlu kami ceritakan rahsianya, namun kami tahu semua orang tentu akan menikmati episod kami yang unik dan mengujakan – pastikan anda menonton tayangannya pada 19hb Jun kelak!"

Episod IG akan ditayangkan pada 19 Jun di Asia Timur dan Filipina; serta pada 21 Jun di Taiwan dan India.

Mengenai IG

IG adalah sebuah syarikat yang terkawal dan dilesenkan sepenuhnya, termasuk oleh MAS dan IE Singapore di Singapura, ASIC di Australia, JFSA di Jepun dan FSA di UK.

*IG adalah penyedia runcit CFD terbesar di dunia berdasarkan hasil (tidak termasuk FX). Sumber: Kenyataan kewangan yang diterbitkan. Setakat bulan Ogos 2012.

CFD (atau Kontrak Perbezaan) adalah persetujuan bagi menukarkan perbezaan nilai sesebuah aset antara masa sebuah kontrak dimulakan dengan masa kontrak itu tamat.

IG Markets menasihati bahawa perdagangan menggunakan Kontrak Perbezaan mungkin tidak sesuai dengan semua orang dan boleh mengakibatkan kerugian melebihi pelaburan asal. IG tidak dilesenkan sebagai sebuah penasihat kewangan dalam mana-mana negara dan hanya menyediakan perkhidmatan perdagangan CFD kepada pelanggan "berdasarkan perlaksanaan" sahaja. Maklumat di dalam rancangan itu bukan ditujukan kepada penduduk, atau digunakan oleh, mana-mana orang dalam mana-mana negara atau bidang kuasa di mana penggunaannya bercanggah dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Rancangan itu ditaja oleh IG Markets Ltd (ABN 84 099 019 851, ASIC AFSL 220440) di Australia dan oleh IG Asia Pte Ltd (Co. Reg. No. 200510021K) di Singapura.

http://www.igmarkets.com 

Untuk maklumat lanjut: En. Chris Weston, Ketua Perancang Strategi Pemasaran, Chris.Weston@igmarkets.com

SUMBER  IG

Source: IG
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Joint ventures Licensing/marketing agreements