China dan Indonesia kedua-dua turun beberapa kedudukan dalam indeks, menunjukkan bahawa lebih mudah untuk menjalankan perniagaan dalam bidang kuasa negara tersebut, tetapi negara-negara ini masih antara yang paling sukar; Hong Kong adalah salah satu negara yang paling mudah untuk berurus niaga.
LONDON, 25 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Hong Kong kekal sebagai tempat yang hebat untuk menjalankan perniagaan mengikut Indeks Kerumitan Perniagaan Global (GBCI) oleh TMF Group, sebuah firma perkhidmatan profesional terkemuka.
Laporan ini menganalisis bidang utama pentadbiran dan pematuhan perniagaan di 77 bidang kuasa, dari masa yang diperlukan bagi menubuhkan syarikat kepada perubahan dalam perundangan cukai, dasar berkaitan gaji dan manfaat serta cabaran dalam membuka akaun bank. Secara keseluruhan, lebih daripada 290 kriteria yang berbeza diambil kira dalam penarafan tahun ini.
Hong Kong yang berada di kedudukan kedua selepas Denmark, adalah salah sebuah bidang kuasa yang paling mudah di dunia bagi menjalankan perniagaan yang kebanyakannya disebabkan oleh sikap terbuka terhadap globalisasi dan syarat-syarat yang mudah. Sebagai contoh, dalam bidang perakaunan, bidang kuasanya adalah mengikut prinsip perakaunan Hong Kong yang hampir selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS). Satu lagi faktor ialah penubuhan perniagaan biasanya hanya mengambil masa seminggu dan hanya satu badan kerajaan yang perlu dimaklumkan. Memecat pekerja yang kurang berprestasi ialah proses yang agak mudah, yang memerlukan sekitar 3-4 minggu. Hong Kong juga merupakan bidang kuasa yang mesra digital: dokumen entiti undang-undang rasmi tidak memerlukan cap, lambang atau meterai rasmi agar sah dari segi undang-undang.
Rantau Asia Pasifik yang lebih luas memberikan banyak cabaran dan peluang. China adalah salah satu ekonomi terbesar di dunia tetapi sentiasa menjadi salah sebuah bidang kuasa yang paling sukar di dunia bagi menjalankan perniagaan, namun aliran terkini menunjukkan perkara ini mungkin boleh berubah. Kedudukan negara tersebut bertambah baik daripada tempat ke-6 kepada tempat ke-12 sepanjang tahun lalu, dengan Indonesia mengikut aliran yang sama, turun daripada kedudukan pertama kepada tempat ke-6. Negara Indonesia benar-benar menunjukkan komitmen dalam keterbukaan terhadap pelaburan langsung asing dengan memperkenalkan undang-undang baharu bagi mengurangkan tahap kerumitan secara aktif.
Perbezaan di rantau ini dibuktikan dengan Korea Selatan dan India yang tampil di kedudukan teratas sebagai 20 bidang kuasa yang paling kompleks, manakala Singapura, Australia dan New Zealand berada jauh di kedudukan paling bawah indeks yang menjadikan negara-negara tersebut sebagai kawasan yang lebih mudah untuk menjalankan perniagaan.
Satu pendedahan yang menarik daripada laporan ini adalah tiada satu pun daripada bidang kuasa di rantau ini membenarkan para pekerja diberhentikan tanpa mengemukakan sebab-sebab tertentu. Pada peringkat global, angka tersebut kini berada pada 20%, berbanding 29% pada tahun 2020, suatu fakta yang kebanyakannya didorong oleh pandemik COVID-19 dan pelaksanaan undang-undang untuk melindungi para pekerja.
Paolo Tavolato, Ketua APAC di TMF Group mengulas: "Rantau Asia Pasifik dilambangkan melalui kepelbagaian dan peluangnya yang hebat. Secara umum, negara-negara di rantau ini telah berusaha untuk menerapkan undang-undang yang lebih mesra perniagaan. Hong Kong ialah hab untuk perniagaan di APAC dan negara ini telah mempermudah lagi persekitaran korporatnya. Cabaran masih lagi wujud di negara-negara seperti China dan Indonesia tetapi saya percaya bahawa peluang pelaburan di sana sudah cukup untuk menarik syarikat dan para pelabur".
Kedudukan sepuluh teratas dan terbawah
1. Brazil
2. Perancis
3. Mexico
4. Colombia
5. Turki
6. Indonesia
7. Argentina
8. Bolivia
9. Costa Rica
10. Poland
68. Mauritius
69. El Salvador
70. Belanda
71. Amerika Syarikat
72. Kepulauan Virgin British
73. Curaçao
74. Ireland
75. Pulau Cayman
76. Hong Kong
77. Denmark
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Giampaolo Arghittu, Pengurus Komunikasi Luar Global, TMF Group
Giampaolo.arghittu@tmf-group.com
D: +44-7983-314-989
Daniel Resendes, Eksekutif Komunikasi Luar, TMF Group,
e-mel: daniel.resendes@tmf-group.com
T: +55-11-978-923-227
Tentang TMF Group
9,100 orang pakar dan 120 buah pejabat kami di 85 bidang kuasa di seluruh dunia memberikan perkhidmatan kepada badan korporat, institusi kewangan, pengurus aset, pelanggan persendirian dan pejabat keluarga dengan menyediakan perkhidmatan yang terdiri daripada perakaunan, cukai, gaji, pentadbiran dana, pengurusan pematuhan dan entiti yang penting untuk kejayaan perniagaan global.
Kami mengetahui cara untuk membuka laluan ke pasaran paling menarik di dunia – walau betapa rumit sekalipun – dengan lancar, selamat dan cekap. Itulah sebabnya lebih 60% daripada syarikat yang tersenarai dalam Fortune Global 500 dan FTSE 100 serta hampir separuh daripada 300 firma ekuiti swasta terkemuka bekerjasama dengan kami. Model penyampaian global kami yang unik, yang disokong oleh platform digital kami yang inovatif, bermaksud kami boleh meliputi sektor yang pelbagai seperti pasaran modal, ekuiti swasta, hartanah, farmaseutikal, tenaga dan teknologi, dengan pakar di lapangan yang menyediakan sokongan tempatan.
Dengan purata pertumbuhan tahun demi tahun sebanyak 8% sejak 2013, TMF Group ialah rakan niaga yang dipercayai dan boleh diharap. Sama ada beroperasi merentasi satu atau pelbagai sempadan dengan bilangan kakitangan yang kecil atau beribu-ribu orang, kami mempunyai sokongan perniagaan yang penting yang anda perlukan bagi memperluas, mengendalikan dan mengembangkan urus niaga di samping sentiasa kekal patuh di mana-mana sahaja.
TMF Group – kami memudahkan dunia yang kompleks.