omniture

Ecobat Ambil Alih Syarikat Kitar Semula Ion-Litium Eropah Terkemuka

Ecobat
2021-07-26 20:46 84

Pengambilalihan ini memperluas kedudukan Ecobat di Eropah sebagai peneraju bateri kitar semula di seluruh sektor kimia 

Gabungan keupayaan menjadikan Ecobat sebagai satu-satunya penyedia perkhidmatan yang menawarkan kitar semula ion-litium serba lengkap di seluruh Eropah 

IRVING, Texas, 26 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Ecobat, peneraju global dalam bateri kitar semula, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengambil alih Promesa, pengendali kitar semula bateri ion-litium EV terkemuka yang berpangkalan di Hettstedt, Jerman.

"Penambahan pasukan Promesa bermakna Ecobat kini merupakan satu-satunya penyedia di Eropah yang berupaya menawarkan rangkaian perkhidmatan kitar semula bateri ion-litium yang lengkap kepada pelanggan kami, daripada mengumpul, menyahcas dan menanggalkan bateri hingga kepada menghancur dan mengasing serta menyusunnya untuk pelupusan secara besar-besaran (black mass)," kata Jimmy Herring, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Ecobat. "Dengan pengambilalihan ini, Ecobat akan terus mengembangkan kedudukan kami dalam sektor kitar semula bateri ion-litium dengan rancangan pelaburan masa depan yang sedang dilaksanakan untuk meningkatkan kapasiti di kemudahan Promesa kami serta membina keupayaan penanggalan bateri tambahan di seluruh Jerman."

Permintaan terhadap kitar semula bateri ion-litium EV terus meningkat di Eropah dan di seluruh dunia dan ia dijangka bernilai $4.7 bilion dalam masa 10 tahun. Lokasi Promesa yang strategik di pusat pembuatan kenderaan dan bateri litium Jerman menyediakan Ecobat dengan titik kemasukan yang penting ke salah satu pasaran paling penting untuk mengakses bateri dan sekerap dari kilang OEM. Sektor kitar semula bateri ion-litium EV sedang meningkat di Eropah pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 31.6%. Selain itu, Promesa mewakili bahagian penting dalam proses kitar semula bateri dan rantaian nilai dan akan menyediakan Ecobat dengan akses terhadap permit perniagaan penting bagi 3,200 tan sebatian kimia. Kontrak ini meliputi pelbagai bahan buangan yang berkait dengan beraneka bahan kimia bateri daripada isi rumah hingga kepada kenderaan elektrik dan menawarkan Ecobat dengan peluang pertumbuhan yang sangat besar.

Tentang Ecobat
Sebuah syarikat yang menerajui pengumpulan, kitar semula, pengeluaran dan pengedaran sumber penyimpanan tenaga yang penting untuk kehidupan moden.

Daripada bateri yang digunakan dalam kenderaan dan infrastruktur tenaga boleh diperbaharui hinggalah kepada sistem kuasa sandaran yang menyokong hospital dan pusat data, bahan yang kami kitar semula dan hasilkan merupakan komponen penting dalam teknologi yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan penyimpanan tenaga di seluruh dunia. Dengan penggunaan kenderaan elektrik yang semakin meningkat dan pergantungannya terhadap bateri, kami terus memperluas perkhidmatan kami dalam menguruskan pengumpulan dan kitar semula. Semua ini merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk melindungi planet ini.

Tentang Promesa
PROMESA GmbH & Co. KG beribu pejabat di Hettstedt, Jerman dan diasaskan oleh VVG GmbH & Co. KG untuk rawatan dan kitar semula sistem bateri litium. Teknologi ini telah dibangunkan dalam dekad yang lalu yang membolehkan kitar semula bateri primer litium dan pengumpulan ion-litium yang selamat. Keseluruhan proses ini direka cipta untuk mengendalikan bateri dan sistem pengumpulan daripada sektor pasca pengguna, perindustrian dan ketenteraan. 

Hubungan Media
Edelman untuk Ecobat
ecobat@edelman.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1580875/Ecobat_Logo.jpg?p=medium600

Source: Ecobat
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers