omniture

Tinggal 15 Hari Sebelum Bermulanya Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg

St Petersburg Economic Forum
2013-06-05 18:12 130

ST. PETERSBURG, Rusia, 5 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Tema utama SPIEF 2013 ialah "Mencari Penyelesaian untuk Membina Ekonomi Global Baharu". Peserta-peserta forum akan terdiri daripada wakil- wakil terkemuka politik, perniagaan dan kewangan daripada serata dunia. Mereka akan berkumpul dan mengambil bahagian dalam dialog mengenai cara paling berkesan bagi membina sistem yang berdaya maju dan mapan untuk dunia yang sentiasa berubah.

Untuk menonton Siaran Berita Multimedia, sila layari:
http://www.multivu.com/mnr/61905-st-petersburg-economic-forum-2013

Tahun ini ramai pengurus daripada syarikat-syarikat senarai pemeringkatan Forbes dan Fortune telah mengesahkan penyertaan mereka dalam SPIEF: Juergen Fitschen (Deutsche Bank AG), Klaus Kleinfeld (Alcoa Inc), Hubertus von Grunberg (ABB Group), Patrick Kron (Alstom Group), Johannes Teyssen (E.ON SE), John T. Chambers (Cisco Systems Inc), Ivan Glasenberg (Glencore International Plc), Michael Dell (Dell Inc), Rex W. Tillerson (ExxonMobil Corporation), Robert Dudley (BP Plc), Paal Kibsgaard (Schlumberger Ltd), Michael L. Corbat (Citigroup Inc), Paul Polman (Unilever NV), Herman Gref (Sberbank) Alexey Miller (Gazprom OJSC), Igor Sechin (Rosneft Oil Company), Vagit Alekperov (Lukoil OJSC) dan banyak lagi.

Program rasmi SPIEF akan berkisar mengenai tajuk-tajuk tunjang berikut «Agenda Pertumbuhan Global », «Rusia dalam Agenda Global», «Pemangkin Perubahan Baharu», «Dialog untuk satu Perubahan».

Oleh kerana Rusia memegang tampuk kepimpinan G20 pada tahun ini, pada 20 Jun SPIEF akan menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak Perdagangan B20, perjumpaan ketua-ketua dalam kumpulan penasihat perniagaan B20 yang akan bertemu untuk membincangkan cadangan khusus bagi merangsang ekonomi global, mewujudkan pekerjaan baharu dan memperbaiki sistem kewangan dan pembiayaan, yang akan dibentangkan di Sidang Kemuncak G20 di St. Petersburg. Forum ini juga akan menjadi tempat untuk forum perdagangan Rusia-Asia yang akan membolehkan semua peserta, pemimpin-pemimpin dunia dan pakar-pakar menyumbang kepada pembentukan satu agenda global.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Forum: http://www.forumspb.com

Sumber: St Petersburg Economic Forum

Source: St Petersburg Economic Forum
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news