omniture

Lucid Motors Membuat Penampilan Sulung di Nasdaq Melalui Penggabungan dengan Churchill Capital Corp IV

Lucid Motors
2021-07-26 22:25 87
  • Lucid Motors memulakan dagangan hari ini sebagai Lucid Group, Inc. dengan simbol penanda baharu iaitu "LCID" setelah menyelesaikan penggabungan dengan Churchill Capital Corp IV
  • Urus niaga ini menghasilkan dana sebanyak $4.4 bilion yang dirancang oleh syarikat untuk menggunakannya bagi mempercepat pertumbuhan dan meningkatkan kapasiti pengilangannya demi memanfaatkan jangkaan permintaan
  • Syarikat ini mempunyai lebih 11,000 tempahan berbayar untuk Lucid Air dan akan menghantar kenderaan elektrik mewahnya yang baharu mengikut jadual pada separuh kedua tahun 2021
  • Pasukan kepemimpinan Lucid mencerminkan budaya kecemerlangannya yang disertai dengan kepakaran yang signifikan dalam industri automotif dan teknologi
  • Teknologi EV dalamannya akan memberikan prestasi dan kecekapan terkemuka di dunia berserta jarak EPA yang diunjurkan melebihi 500 batu dengan sekali pengecasan
  • Keupayaan kejuruteraan dan pembuatan bersepadu secara menegak termasuk kilang EV yang canggih di Casa Grande, Arizona

NEW YORK, 26 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Lucid Group yang menetapkan standard baharu bagi mobiliti lestari dengan kenderaan elektrik (EV) mewah yang canggih, hari ini menjadi syarikat tersenarai awam yang didagangkan di Pasaran Pilihan Global Nasdaq dengan saham biasa Kelas A dan waran awam yang masing-masing disenaraikan dengan simbol penanda baharu "LCID" dan "LCIDW". Lucid telah melengkapkan penggabungan yang diumumkan sebelum ini dengan Churchill Capital Corp IV pada 23 Julai 2021. Syarikat gabungan itu kini akan beroperasi sebagai Lucid Group, Inc.

Lucid Motors begins trading today as Lucid Group, Inc., under the new ticker symbol “LCID” after completing a merger with Churchill Capital Corp IV. The transaction brings in $4.4B, which the company plans to use to accelerate its growth and increase manufacturing capacity to capitalize on expected demand. Lucid also announced that it has over 11,000 paid reservations for Lucid Air and is on schedule to deliver its groundbreaking luxury electric vehicle in the second half of 2021.
Lucid Motors begins trading today as Lucid Group, Inc., under the new ticker symbol “LCID” after completing a merger with Churchill Capital Corp IV. The transaction brings in $4.4B, which the company plans to use to accelerate its growth and increase manufacturing capacity to capitalize on expected demand. Lucid also announced that it has over 11,000 paid reservations for Lucid Air and is on schedule to deliver its groundbreaking luxury electric vehicle in the second half of 2021.

Lucid akan memulakan pembukaannya di Nasdaq pada 26 Julai bagi meraikan penyenaraian awam syarikat tersebut. Penstriman langsung acara ini boleh ditonton dengan mengunjungi: https://www.nasdaq.com/marketsite/bell-ringing-ceremony.

"Misi Lucid adalah untuk benar-benar mengindustrikan kereta elektrik dan sistem rangkaian kuasa elektrik secara besar-besaran melalui pembangunan teknologi paling canggih yang dapat dibayangkan," kata Peter Rawlinson, Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Ketua Pegawai Teknologi Lucid Group. "Lucid Air mewakili EV generasi seterusnya dan mencipta standard baharu untuk keselesaan dalaman, jarak, kecekapan dan kuasa. Kami berada pada landasan yang betul bagi memenuhi unjuran penghantaran kami untuk dua tahun akan datang dan kami berharap dapat menggembirakan para pelanggan kami di seluruh dunia dengan kenderaan elektrik terbaik yang pernah dicipta."

Rawlinson menambah, "Terima kasih kepada rakan sekerja saya di seluruh negara, yang berada di ibu pejabat kami di California hinggalah ke kilang kami di Arizona atas usaha mereka yang cemerlang dan kesediaan untuk memikirkan apa yang mampu dicapai setiap hari. Saya berbangga dengan asas utama Lucid yang dibina berdasarkan rasa ingin tahu, keazaman dan prinsip kejuruteraan yang kukuh."

Michael S. Klein yang merupakan Pengerusi dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Churchill Capital Corp IV sebelum penggabungan perniagaan ini berkata, "Lucid memiliki teknologi yang terkemuka dalam industri, permintaan yang jelas terhadap produknya dan berada di landasan yang betul untuk menyampaikan kereta yang menjana pendapatan kepada para pelanggan pada separuh kedua tahun ini. Kami teruja untuk menyokong peralihan Lucid ke dalam syarikat awam dan yakin dengan keupayaannya untuk menangani keperluan yang tidak dipenuhi dalam industri automotif dengan bergerak ke arah pengelekrikan pada kadar yang pesat dan pada skala global."

Syarikat ini memulakan fasa pertumbuhan seterusnya dengan membawa Lucid Air ke pasaran dan berkembang dengan pantas bagi memenuhi matlamatnya dalam menawarkan pelbagai produk yang dikuasakan oleh teknologi rangkaian kuasa elektrik proprietari syarikat. Baru-baru ini, Lucid telah meluluskan 11,000 tempahan berbayar untuk Lucid Air termasuk Dream Edition yang ditempah sepenuhnya, Edisi Grand Touring Edition dan kedua-dua versi Touring dan Pure. Syarikat itu kini sedang menghasilkan Lucid Air di kilangnya di Arizona dan menjalankan pemeriksaan pengesahan kualiti sebagai prekursor kepada penghantaran pelanggan.

Pasukan kepemimpinan Lucid mempunyai pengalaman selama beberapa dekad di pelbagai syarikat automotif dan teknologi. Ahli Lembaga Pengarah baharunya turut memiliki pelbagai kepakaran dan mereka terdiri daripada:

  • Peter Rawlinson, Ketua Pegawai Eksekutif & Ketua Pegawai Teknologi, Lucid Group
  • Andrew Liveris, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah iaitu mantan Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif The Dow Chemical Company
  • Turqi Alnowaiser, Timbalan Gabenor dan Ketua Bahagian Pelaburan Antarabangsa, Dana Pelaburan Awam Kerajaan Arab Saudi
  • Glenn R. August, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Oak Hill Advisors, L.P.
  • Nancy Gioia, Pengerusi Eksekutif, Blue Current, Inc.
  • Frank Lindenberg, mantan Ketua Pegawai Kewangan, Mercedes-Benz Cars dan Mercedes-Benz AG
  • Nichelle Maynard-Elliott, Pengarah, Element Solutions, Inc.
  • Tony Posawatz, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Invictus iCAR
  • Janet S. Wong, Rakan Kongsi (bersara), KPMG LLP

Tentang Lucid Group
Misi Lucid adalah untuk memberi inspirasi kepada penerimagunaan tenaga lestari dengan mencipta kenderaan elektrik yang paling menawan yang berasaskan pengalaman manusia. Kereta pertama syarikat ini iaitu Lucid Air merupakan kereta sedan mewah yang canggih dengan reka bentuk berilhamkan California dan disokong oleh teknologi perlumbaan yang terbukti. Menampilkan ruang dalaman yang mewah dengan rangka luaran bersaiz sederhana, model terpilih Air dijangka mampu mencapai unjuran jarak EPA melebihi 500 batu. Lucid Air yang akan dikeluarkan di kilang baharu Lucid di Casa Grande, Arizona, dirancang akan memulakan penghantaran kepada pelanggan pada separuh kedua tahun 2021.

Hubungan Media
media@lucidmotors.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1580906/lucid_motors.jpg?p=medium600

 

Source: Lucid Motors
Related Stocks:
NASDAQ:LCID
Keywords: Auto Transportation Acquisitions, mergers, takeovers