WASHINGTON, 6 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Dalam usaha bagi memecut pembangunan mampan seluruh dunia, Majlis Bangunan Hijau A.S. (USGBC), pencipta program bangunan hijau LEED, hari ini mengumumkan – pada Hari Alam Sekitar Dunia – sebuah kempen baharu yang menawarkan pensijilan LEED percuma untuk projek-projek bangunan hijau pertama bagi mempunyai pensijilan dalam 112 buah negara di mana LEED masih belum bertapak.
Dinamakan sebagai "LEED Earth", kempen ini menyasarkan untuk membawa pensijilan LEED dan bangunan-bangunan dengan prestasi yang lebih baik ke dalam pasaran baharu. Semua jenis bangunan dialu-alukan untuk menghantar penyertaan merentasi seluruh suite sistem pemeringkatan LEED.
"LEED adalah sebuah bahasa global dan boleh menjadi mangkin untuk perubahan yang lebih baik ke arah masa depan mampan. USGBC komited untuk membawa LEED ke setiap negara di dunia sambil terus menggalakkan inovasi dan pencapaian dalam pasaran global yang sedia ada," kata Rick Fedrizzi, Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi Pengasas USGBC. "Bangunan adalah penyumbang tunggal utama pengeluaran gas hijau dalam mana-mana sektor, dan cara yang paling murah untuk meringankan tekanan alam sekitar ke atas planet kita yang semakin berubah ini. LEED adalah alat untuk melaksanakan tugas tersebut."
Dengan projek-projek LEED di 140 buah negara dan wilayah, seluas 1.5 juta kaki persegi tanah pembinaan yang mendapat pensijilan LEED setiap hari, bersamaan dengan hampir empat Bangunan Empire State setiap minggu. Bagi menyertai program dan mendaftarkan sebuah projek, hubungi kami di LEEDEarth@usgbc.org. Untuk maklumat syarat-syarat dan peraturan kempen ini, sila klik di sini. Kongsikan penglibatan anda dalam kempen ini atau ikuti kemas kini di Twitter dengan hashtag #LEEDEarth.
Majlis Bangunan Hijau A.S. (USGBC)
Majlis Bangunan Hijau A.S. (USGBC) komited untuk mencapai masa depan yang makmur dan mampan melalui bangunan-bangunan hijau yang cekap kos dan menjimatkan tenaga. USGBC bekerja ke arah misinya untuk perubahan pasaran melalui program pensijilan bangunan hijau LEED, tawaran pendidikan yang kukuh, rangkaian cawangan tempatan dan rakan sekutu, Persidangan dan Ekspo Binaan Hijau Antarabangsa tahunan, dan sokongan terhadap polisi umum yang menggalakkan dan membolehkan bangunan dan masyarakat hijau. Untuk maklumat lanjut, lawati usgbc.org, dan berhubung melalui Weibo dan LinkedIn.
Hubungi: Joe Crea
USGBC
+1-202-595-3988
jcrea@usgbc.org