- mKesihatan Boleh Meningkatkan Gaya Hidup, Membolehkan Rawatan Jarak Jauh Penyakit Kronik dan Melengkapi Penyedia Penjagaan Kesihatan Kaedah untuk Membuat Keputusan Klinikal yang Lebih Baik
LONDON, 5 Jun 2013 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini telah menerbitkan penyelidikan yang menunjukkan impak besar sosio-ekonomik yang akan berlaku di Eropah dengan penggunaan mKesihatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa mKesihatan boleh menjimatkan hampir €100 bilion dalam kos penjagaan kesihatan di EU menjelang tahun 2017, serta menambah €93 bilion dalam KDNK. Laporan baharu GSMA ini, yang dihasilkan dengan kerjasama PwC, juga menunjukkan bahawa, dengan menggunakan penyelesaian mKesihatan sepenuhnya, menjelang tahun 2017 sistem penjagaan kesihatan di EU boleh:
Menikmati penjimatan kos yang banyak
Mempertingkatkan gaya hidup
Mempertingkat kecekapan sumber
"Penularan penyakit kronik yang semakin berkembang, kos penjagaan kesihatan yang tinggi serta populasi yang meningkat tua bermakna banyak negara-negara EU mengalami krisis sumber penjagaan kesihatan yang boleh dibantu oleh teknologi mudah alih," kata Michael O'Hara, Ketua Pegawai Pemasaran GSMA. "Akses lebih baik kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kecekapan kos yang dipacu oleh mKesihatan akan membantu ekonomi EU memberikan sistem penjagaan kesihatan yang mampan dan berkesan. Namun, masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan oleh pengawal selia dan kerajaan dalam EU untuk memberi insentif, menggalakkan dan memacu penggunaan mKesihatan untuk faedah semua penduduk rantau tersebut."
Mengatasi halangan penggunaan
Melainkan pelbagai halangan yang ada – daripada segi peraturan, ekonomi, struktur dan teknologi – yang menghalang mKesihatan digunakan secara komersil dan mencapai skala diatasi, penggunaan mKesihatan akan terhad kepada 10 peratus sahaja daripada potensinya pada tahun 2017. Ini bakal mengehadkan realisasi faedah kepada lima peratus daripada potensinya. Impak ini bermakna:
Kunci utama bagi memanfaatkan potensi mKesihatan adalah peranan kerajaan, pengawal selia dan pembayar, seperti syarikat insurans, mencipta persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan dan membuka jalan bagi penggunaannya. Tindakan-tindakan penting yang boleh membantu memacu penggunaannya termasuklah:
Bagi melaksanakan saranan-saranan ini dengan berkesan, GSMA menyeru semua pihak berkepentingan bertindak pantas memastikan faedah berpotensi mKesihatan boleh direalisasikan bagi mengatasi cabaran-cabaran penjagaan kesihatan semasa dan masa hadapan negara-negara EU.
Untuk melihat laporan dan maklumat lanjut mengenai program mKesihatan GSMA, sila lawati: www.gsma.com/connectedliving/socio-economic-impact-of-mhealth.
Mengenai GSMA
GSMA mewakili kepentingan para pengendali mudah alih seluruh dunia. Dengan kehadiran di lebih 220 buah negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih dunia dengan lebih daripada 230 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat perisian, pembekal peralatan dan syarikat Internet, dan juga organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan utiliti. GSMA juga menganjurkan cara-acara unggul dalam industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Mudah Alih Asia.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com atau Mobile World Live, gerbang dalam talian untuk industri komunikasi mudah alih, di www.mobileworldlive.com.