omniture

Denim Mengesahkan Status Kalis Resesi Baharu dengan Pelancaran Destinasi Membeli-belah Denim Terbesar Dunia di Selfridges

Selfridges
2013-06-06 09:00 124

LONDON, 6 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Denim Studio yang dibuka dengan rasminya hari ini, Khamis 6 Jun di Selfridges, Oxford Street adalah yang pertama dan terbesar seumpamanya di dunia dengan keluasan lebih 26,000 kaki persegi. Melebihi saiz dua kolam renang Olimpik atau lebih separuh saiz padang bola, kawasan ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan khusus wanita yang mahu membeli denim dengan padanan sempurna. Pelancaran ini juga membuktikan bahawa pasaran denim yang pernah merudum lewat tahun 90an dan awal tahun 2000, kini melonjak kembali untuk terus kekal bertapak di persada fesyen. Keinginan  golongan wanita kepada denim  rekaan berjenama dengan harga purata £220 sepasang, tidak pernah dapat dipuaskan sepenuhnya.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila layari:
http://www.multivu.com/mnr/61906-selfridges-denim-studio-launch

Peningkatan yang baik dalam jualan kategori denim di Selfridges sepanjang empat tahun lalu, melebihi 50%, mendorong gedung ini untuk melancarkan pelan penambahan dua tahun lalu, yang membawa kepada pembukaan Denim Studio hari ini – sebuah pelaburan bernilai lebih daripada £6 juta. Kini, ia berkeluasan lebih lima kali ganda berbanding ruang denim yang terdahulu, dengan dua kali ganda jumlah jenama yang dijual. Selfridges meramalkan ia akan menjual hampir dua pasang seluar jeans setiap minit pada waktu ia menjalankan jualan harian.

Dengan lebih 11,000 pasang jeans tersedia, Denim Studio menawarkan pilihan gaya denim terbanyak di bawah satu bumbung dengan perkhidmatan bantuan yang direka khusus bagi mencari seluar jeans yang sempurna dan memberikan pengalaman yang sangat menarik. Denim Studio akan menjadi satu-satunya tempat di dunia ini di mana anda boleh memilih seluar jeans dengan harga serendah £11 sehingga mencecah setinggi £11,000, serta koleksi kasual dan pakaian sukan yang sesuai dengan gaya denim. Selfridges telah mengarahkan setiap jenama yang dipaparkan di Denim Studio disusun supaya menjadi pakaian eksklusif bertaraf dunia khusus untuk meraikan pembukaan persekitaran perniagaan baharu yang rintis ini.

Selain daripada pilihan produk luar biasa seperti J Brand, Hudson Jeans, Stella McCartney dan Victoria Beckham Denim, peminat setia denim seperti Lee and Levi's dan label-label baharu 3x1, Black Denim dan Kill City, Denim Studio juga akan memperkenalkan perkhidmatan pakar denim paling dinamik.  Daripada perkhidmatan bayaran layan diri untuk peanggan yang tergesa-gesa, hinggalah ke Studio Padanan yang mempunyai 18 buah bilik acu 'penglihatan penuh' dan suite Membeli belah Peribadi terulung yang khusus untuk denim, dengan kehadiran jurugaya yang memberikan nasihat pakar, serta dilengkapi dengan perkhidmatan Tukang Jahit Denim yang menawarkan jaminan pindaan dilaksanakan dengan sempurna dalam tempoh dua jam sahaja.

Denim Studio juga mempunyai servis digital canggih dikenali sebagai Jeanius Bar, di mana para pelanggan boleh mendapat perundingan maklumat gaya yang berkaitan, nasihat pakar dan ribuan gambar-gambar yang dipaparkan pada skrin sentuh tablet elektronik gergasi. Jeanius Bar turut berfungsi sebagai ruangan sosial di mana golongan wanita digalakkan berkongsi, berinteraksi dan menikmati pengalaman membeli belah bersama-sama dengan wanita lain di dalam dan di luar gedung membeli belah tersebut.

Apa yang lebih utama, Denim Studio adalah bukti ketahanan dan kemalaran mutlak sebuah gaya yang dianggap paling ikonik dan demokratik dalam sejarah fesyen.

Nota kepada editor:

Selfridges kini adalah penyandang gelaran pusat membeli belah terbaik dunia semasa, yang dianugerahkan kepadanya dua kali berturut-turut oleh kumpulan gedung membeli belah terbesar dan paling dihormati di dunia (IGDS - Intercontinental Group of Department Stores). Anugerah kedua diberikan kepada Selfridges pada Sidang Kemuncak Dunia yang diadakan di Paris pada Jun 2012. Gelaran ini sah untuk dua tahun pada setiap penggal.

-Tamat-

SUMBER  Selfridges

Source: Selfridges
Keywords: Fashion Retail Textiles Corporate Expansion