omniture

Cytiva dan Pall Corporation melabur sebanyak USD1.5 bilion selama dua tahun untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi penyelesaian bioteknologi

Cytiva
2021-07-27 14:05 40

 -- Pelaburan utama memperluas kapasiti pembuatan bagi produk sains hayat di 13 buah tapak Cytiva dan Pall Corporation dalam membantu memenuhi permintaan pelanggan.

-- Pembukaan tapak baharu di AS dan UK untuk merealisasikan model pembuatan serantau. Syarikat ini merancang untuk melantik 2,000 rakan sekutu sepenuh masa secara keseluruhan dalam tempoh dua tahun akan datang.

-- Pelaburan ini dibuat setelah lima pengambilalihan strategik yang dilaksanakan oleh syarikat ini pada tahun ini dan menjadi tambahan kepada pelaburan kapasiti berterusan Cytiva yang dianggarkan bernilai USD500 juta hingga tahun 2022.

AMERSHAM, United Kingdom, 27 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Satu pelan pertumbuhan strategik yang berterusan daripada Cytiva dan Pall Corporation yang merupakan sebahagian daripada Danaher (NYSE: DHR) Corporation, akan memperluas kapasiti dan perkhidmatan pembuatan di seluruh kawasan geografi untuk pelanggan sains hayat global.

Pelaburan tersebut yang sudahpun dijalankan merangkumi tapak baharu, pengembangan kilang sedia ada dan merupakan tambahan kepada pelaburan yang diumumkan sebelum ini.  Ia dilakukan susulan lima pengambilalihan yang dibuat oleh syarikat setakat ini pada tahun ini.

Emmanuel Ligner, Eksekutif Danaher Group berkata: "Para pelanggan kami memberitahu kami bahawa mereka memerlukan akses kepada pembuatan yang tangkas, rantaian bekalan global yang kukuh dan lebih banyak pilihan serantau. Pelaburan ini membantu memperluas lagi program pengembangan kami agar kami dapat memenuhi keperluan masa kini dan masa depan pelanggan kami dengan pantas dan seterusnya, keperluan pesakit mereka."

Pengembangan kapasiti Cytiva dan Pall Corporation akan meningkatkan pembuatan produk utama yang digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan biologi.

Pelaburan syarikat ini:

  • Lebih USD600 juta dalam resin kromatografi – media untuk menganalisis atau menulenkan biomolekul – menubuhkan tapak pembuatan baharu di AS.
  • Lebih USD400 juta dalam media kultur sel – dalam bentuk cecair atau serbuk yang digunakan untuk menghasil dan membiakkan sel sebelum ia ditulenkan– mengembangkan operasi di AS, UK dan Austria.
  • Lebih USD300 juta dalam teknologi sekali guna – termasuk beg bioreaktor bagi pembiakan sel yang digunakan untuk membuat ubat-ubatan dan penapis picagari peribadi dalam penyelidikan saintifik – memperluas operasi di AS dan UK serta menyediakan kemudahan baharu di Cardiff, Wales.
  • Lebih USD200 juta bagi meneruskan pengembangan kerja di tapak Cytiva dan Pall Corporation di seluruh China serta rantau Asia Pasifik, Eropah dan AS.

Pelaburan ini juga menangani beberapa cabaran utama yang ditonjolkan dalam Global Biopharma Resilience Index yang dijalankan oleh Longitude iaitu sebuah syarikat Financial Times dan diterbitkan oleh Cytiva pada bulan Mac 2021. Ini termasuk pengambilan pekerja dan bakat latihan, kerjasama R&D, daya ketahanan rantaian bekalan, model pembuatan serta dasar dan peraturan kerajaan.

Tentang Pall
Pall Corporation ialah peneraju dalam penapisan, pemisahan dan penulenan yang menyediakan penyelesaian bagi memenuhi keperluan pengurusan bendalir yang penting kepada pelanggan di seluruh spektrum sains hayat dan industri yang luas. Sebahagian daripada kumpulan Danaher (NYSE: DHR) yang merupakan inovator sains dan teknologi Pall bekerjasama dengan pelanggan untuk memajukan teknologi kesihatan, keselamatan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Produk yang direka bentuk oleh syarikat ini membolehkan inovasi produk dan proses serta meminimumkan sisa dan pelepasan karbon. Pall Corporation memberikan perkhidmatan kepada para pelanggan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pall.com.

Tentang Cytiva
Cytiva ialah peneraju sains hayat global dan mempunyai lebih 8,000 rakan sekutu di seluruh 40 buah negara yang mengkhusus dalam memajukan dan mempercepat terapeutik. Sebahagian daripada kumpulan (NYSE: DHR) yang merupakan inovator sains dan teknologi, Cytiva ialah rakan kongsi yang dipercayai  oleh pelanggan yang terdiri daripada pelbagai skala dan skop, Cytiva memberi kepantasan, kecekapan dan kapasiti untuk aliran kerja pembuatan dan penyelidikan yang membolehkan pembangunan, pembuatan dan penghantaran ubat-ubatan transformatif kepada pesakit. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cytiva.com.

 

 

Source: Cytiva
Related Stocks:
NYSE:DHR
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals