omniture

Kiraan detik 100 hari bermula untuk CIIE keempat

CIIE
2021-07-27 16:01 34

SHANGHAI, 27 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-4 yang merupakan ekspo bertemakan import terbesar di dunia akan diadakan di Shanghai dari 5 hingga 10 November telah diumumkan oleh para penganjur semasa taklimat bagi menandakan pengiraan detik 100 hari pada 26 Julai hingga penganjuran acara tersebut.

Venue of the CIIE
Venue of the CIIE

CIIE ke-4 ini akan merangkumi pameran perniagaan, pameran negara, Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao dan pelbagai aktiviti lain. Seorang pegawai Biro CIIE menyatakan semua persiapan berjalan lancar.

Ekspo pada tahun ini akan menampilkan enam bidang pameran perniagaan - produk makanan dan pertanian, automobil, industri pintar dan teknologi maklumat, barangan pengguna, peralatan perubatan dan produk penjagaan kesihatan serta perkhidmatan perniagaan tukar beli.

Setakat hari ini, kawasan pameran yang dirancangkan seluas 360,000 meter persegi telah ditempah dan fokus kini telah beralih kepada memperoleh pembeli dan menganjurkan pameran tersebut.

Pegawai tersebut menyatakan bahawa CIIE pada tahun ini akan menyaksikan lebih banyak penyertaan daripada syarikat-syarikat Global 500 dan peneraju perindustrian berbanding tahun lepas. Lebih 80 peratus daripada syarikat Global 500 dan peneraju perindustrian yang telah menyertai Ekspo ketiga akan sekali lagi mengambil bahagian dalam edisi tahun ini. Lebih 30 buah syarikat Global 500 dan peneraju perindustrian baharu akan membuat penampilan sulung mereka dalam ekspo ini.

Agensi dari Jepun, Denmark, Poland dan New Zealand telah menempah kawasan pameran yang lebih besar berbanding tahun lepas dan mereka juga telah mengumumkan bahawa lebih banyak syarikat kecil dan sederhana mereka akan menyertai acara ini.

Menurut suatu tinjauan awal, sejumlah besar produk, teknologi dan perkhidmatan baharu akan melakukan penampilan sulung mereka di China atau dunia.

Bahagian baharu untuk teknologi tenaga rendah karbon dan perlindungan alam sekitar, perubatan biologi, pengangkutan pintar serta peralatan kediaman dan pintar akan ditambah dalam kawasan pameran perniagaan pada tahun ini. Bahagian khas untuk syarikat inkubasi juga akan disediakan dalam kawasan pameran Industri Pintar dan Teknologi Maklumat, Peralatan Perubatan dan Produk Penjagaan kesihatan serta Automobil bagi menghubungkan sumber inovasi asing dengan pasaran China.

Bahagian khas yang mempamerkan produk terkemuka dari negara Eropah Tengah dan Timur juga akan ditambah pada Ekspo tahun ini.

Selaras dengan usaha untuk meningkatkan tahap profesionalisme ekspo ini, lebih banyak langkah telah diambil untuk menjemput para pelawat profesional serta lebih banyak kebebasan diberikan kepada pakatan pempamer dan jawatankuasa khusus.

Pameran negara ini ingin menjemput negara-negara untuk mempamerkan imej negara mereka dan menunjukkan kelebihan perdagangan dan pelaburan mereka pada laman web rasmi (https://www.ciie.org/zbh/en/) melalui teknologi pemodelan VR dan 3D.

Setakat hari ini, lebih 50 buah negara telah mengesahkan penyertaan mereka dalam pameran negara ini.

Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao pada tahun ini akan berkisarkan tentang kerjasama ekonomi global dan terdiri daripada sebuah forum utama dan beberapa subforum.

Topik-topik yang akan dibincangkan di forum ini akan meliputi tadbir urus global, perubahan iklim dan perdagangan serta ekonomi digital.

Pegawai tersebut juga telah berikrar untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik berkaitan dengan tempat makan, kemasukan ekspo, logistik, pengangkutan dan perkongsian maklumat semasa CIIE ke-4 nanti. Beliau menekankan bahawa langkah-langkah pencegahan dan kawalan epidemik yang ketat akan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan.

Sila hubungi: Nie Qingxin
Tel.: 0086-21-67008870/67008988

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1077995/CIIE_Logo.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1581106/ciie_venue.jpg?p=medium600

 

 

Source: CIIE
Keywords: Agriculture Auto Computer/Electronics Consumer Electronics Environmental Products & Services Green Technology Health Care/Hospital High Tech Security Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Retail Transportation Trade show news Future Events