omniture

Milestone Systems Berada di Kedudukan Nombor Satu di EMEA dan Berkongsi Tempat Pertama Dalam Pemeringkatan Global

Milestone Systems
2013-06-06 16:00 125

COPENHAGEN, 6 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Laporan Analisis Pasaran Pengawasan Video 2013 daripada HIS

Milestone Systems, syarikat platform terbuka perisian pengurusan video IP diiktiraf vendor terulung di rantau Eropah/Timur Tengah/Afrika (EMEA)dan berkongsi tempat pertama di peringkat global untuk pasaran VMS berdasarkan laporan industri pengawasan yang dijalankan oleh IMS Research, kini sebahagian daripada IHS Inc. (NYSE:IHS).

IHS Inc. telah menerbitkan edisi kesepuluh laporan IMS Research bertajuk World Market for CCTV and Video Surveillance Equipment, dengan keputusan berdasarkan data kewangan tahun 2012. Ia mengandungi maklumat tentang pembekal yang menyediakan komponen pengawasan video analog dan digital seperti kamera, penyelesaian rakaman dan pengekod video.

Milestone Systems dianggarkan telah mendapat keuntungan tertinggi untuk perisian VMS di EMEA dalam tahun 2012 dan keuntungan tertinggi yang sama di peringkat global, menurut IHS. "Ini kali pertama dua syarikat berkongsi tempat tertinggi dalam pasaran global VMS," kata Jon Cropley, Penganalisis Utama di IHS.

Kini selepas 15 tahun dalam perniagaan, Milestone Systems terus menunjukkan pertumbuhan yang mantap di pelbagai rantau, dan terus berevolusi di arena antarabangsa. IMS Research (kini dipunyai oleh IHS Inc.) dalam laporan awalnya mengenai keuntungan perisian pengawasan telah meletakkan Milestone secara konsisten  di kedudukan tempat pertama atau kedua di peringkat global dalam kumpulan enam pesaing teratas. Pasaran dunia untuk perisian pengawasan jelas telah berpecah, terutama dengan adanya keluaran tempatan di mana bahasa dan nilai matawang memainkan peranan utama. Beberapa peratusan perubahan kedudukan disebabkan oleh varians dalam nilai tukaran matawang.

Edisi 2013 laporan IHS yang mendapat sanjungan tinggi ini menganalisa kedudukan terkini pasaran pengawasan video dan meramal hala tuju masa depannya. Ia mengetengahkan keadaan pasaran serata dunia yang sentiasa berubah-ubah. Ia juga membincangkan pengaruh-pengaruh politik dan kewangan dan menganalisa impak trend teknologi seperti perubahan daripada CCTV analog kepada rangkaian pengawasan video, perubahan kepada rangkaian kamera keselamatan berdefinisi tinggi (HD)dan piawaian saling kendali terbuka. Menurut laporan terbaru, saiz pasaran dunia untuk peralatan pengawasan video diramalkan akan berganda antara tahun 2012 dan 2017.

"Competition is healthy, spurring continued commitments to improvements that benefit the customers and the providers themselves. Look at what this means for the industry: the top players have all grown their revenue which shows that user demand for IP solutions is very strong," says Lars Thinggaard, President and Chief Executive Officer (CEO) at Milestone Systems.

"Persaingan adalah sesuatu yang sihat, menggalakkan komitmen berterusan untuk penambahbaikan yang memberi manfaat kepada pelanggan dan pembekal. Kesannya kepada industri : syarikat-syarikat terkemuka telah menambah keuntungan yang menunjukkan permintaan tinggi pelanggan terhadap penyelesaian IP," ujar Lars Thinggaard, Presiden and Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Milestone Systems.

"Kepimpinan bermaksud sentiasa tekal menjadi organisasi yang teguh dalam memberikan produk hebat dan menjaga perhubungan – bagaimana sesebuah syarikat memilih cara mengendalikan perniagaannya akan mementukan kejayaan jangka panjang syarikat.  Milestone adalah sebuah syarikat yang berteraskan konsep keterbukaan, menggalakkan lebih banyak sumbangan dan pilihan."

Selain daripada pemasangan perisian XProtect Milestone yang menawarkan keperluan pengawasan kompleks dan mudah kepada lebih 100,000 pelanggan, Milestone System  mempunyai ekosfera rakan kongsi yang mengagumkan : 7000 rakan kongsi saluran dan 750 rakan kongsi penyelesaian telah digerakkan sekitar platform terbuka, memberi lebih nilai dan inovasi kepada semua. Berurusan dengan lebih daripada 100 pengilang kamera, Milestone kini menyokong lebih 2000 model perkakasan rangkaian video. Kit Pembangunan Perisian XProtect(SDK) dan Antara muka Program Aplikasi (APIs)kini membolehkan integrasi inovatif dengan pembekal penyelesaian pihak ketiga, dan banyak lagi yang akan menyusul.

Lars Thinggarad berkata: "Visi Milestone ialah untuk memacu percantuman pengawasan video dan sistem perniagaan berasaskan IP. Untuk mencapai tujuan ini, platform terbuka kami mengambil kepakaran rakan-rakan kongsi kami dan memperkasakan lebih banyak inovasi.Ini menambah nilai kepada seluruh industri dan juga pelanggan.  Itulah kepimpinan yang mahu kami tonjolkan."

Mengenai IHS Inc.

ISH (NYSE:IHS)adalah peneraju sumber informasi, wawasan dan analitik dalam bidang-bidang kritikal yang membentuk lanskap perniagaan masa kini. Perniagaan dan kerajaan di lebih daripada 165 buah negara di seluruh dunia bergantung kepada kandungan yang komprehensif, analisa bebas daripada pakar dan kaedah penghantaran yang anjal untuk membuat keputusan berimpak tinggi dan membangunkan strategi dengan pantas dan berkeyakinan. IHS telah berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak tahun 1959 dan menjadi syarikat dagangan awam di pasaran saham New York pada tahun 2005. Berpengkalan di Englewood, Colorado, Amerika Syarikat, IHS terlibat dalam kelestarian pertumbuhan pulangan dan mempunyai 6000 orang kakitangan di 31 buah negara di seluruh dunia.

http://www.ihs.com

Mengenai Milestone Systems

Milestone Systems, yang telah ditubuhkan pada tahun 1998 ialah peneraju industri global dalam perisian pengurusan video platform terbuka IP. Perisian Milestone yang menawarkan pengawasan yang sangat berkuasa, mudah untuk diuruskan, andal dan terbukti dengan pemasangan oleh beribu-ribu pelanggan, menyokong pilihan anjal dalam perkakasan rangkaian dan penyepaduan dengan sistem-sistem yang lain. Dijual melalui rakan kongsi di lebih 100 buah negara, penyelesaian Milestone membantu organisasi mempunyai"kebolehan video"- mengurus risiko, melindungi manusia dan aset, mengoptimumkan proses dan mengurangkan kos.

http://www.milestonesys.com

SUMBER  Milestone Systems

Source: Milestone Systems
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Awards