omniture

Aplikasi Perancang Landasan Tempa Kejayaan Cemerlang

Eurail Group G.I.E.
2013-06-06 16:54 144

UTRECHT, Netherlands, 6 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Aplikasi percuma dan luar talian direka bagi membantu pemegang pas landasan yang sentiasa bergerak

Menggunakan sebuah telefon pintar untuk merancang percutian anda ke Eropah dengan menaiki kereta api kini menjadi lebih mudah dan lebih murah sejak pelancaran Aplikasi Perancang Landasan.

Pada awalnya ia dihasilkan untuk pemegang pas InterRail dan Eurail, namun kini Aplikasi Perancang Landasan memastikan bahawa pemegang pas dan pengguna landasan lain mempunyai maklumat jadual masa Eropah luar talian tanpa melibatkan kos perayauan yang tinggi. Peta bandar dan fakta negara untuk semua negara-negara yang mengambil bahagian sudah dimasukkan dan anda boleh mencari stesen kereta api yang terhampir dengan anda menggunakan ciri realiti tambahan terbina dalam yang sungguh menyenangkan. Pemegang pas juga mempunyai akses senarai mengikut negara yang mengandungi faedah-faedah tambahan seperti perjalanan bot dan feri percuma dan dengan harga diskaun, diskaun hotel dan tiket muzium.

Lebih 30,000 orang pengembara telah menikmati faedah daripada penggunaan Aplikasi Perancang Landasan sejak pelancaran rasminya pada bulan Februari, dan ini mewakili hampir 25% daripada semua pemegang pas dalam bulan-bulan pertama tahun 2013. Pemegang pas InterRail daripada United Kingdom, Jerman dan Norway adalah antara pengguna tertinggi untuk sumber perjalanan yang inovatif ini. Tambahan pula, Aplikasi Perancang Landasan telah dipilih oleh RailwayTechnology.com sebagai salah sebuah aplikasi terbaik untuk para pengguna landasan.

Dilancarkan oleh Eurail Group, Aplikasi Perancang Landasan boleh didapati di App Store dan Google Play dan telah dibangunkan oleh HaCon, pemain utama Eropah untuk penyelesaian perancangan, penjadualan dan maklumat. HaCon juga telah membekalkan aplikasi mudah alih kepada German Railways (Deutsche Bahn), Austrian Railways (OBB), dan juga Railteam Alliance, yang merupakan antara syarikat-syarikat landasan kereta api dan pengangkutan yang besar.

Eurail Group adalah organisasi yang mengkhusus kepada pengurusan Pas Eurail dan InterRail bagi pihak ahli-ahlinya; sejumlah besar landasan kereta api dan laluan perkapalan yang mengambil bahagian. Pas InterRail boleh didapati oleh penduduk benua Eropah melalui InterRail.eu dan landasan-landasan kereta api yang mengambil bahagian, manakala Pas Eurail pula boleh didapati oleh penduduk bukan benua Eropah melalui sebuah rangkaian ejen jualan yang sah.

Sila lawati http://www.eurailgroup.org/railplanner untuk maklumat lanjut.

SUMBER  Eurail Group G.I.E.

Source: Eurail Group G.I.E.
Keywords: Computer/Electronics Mobile Entertainment Transportation Travel