omniture

Jual Barangan, Perkhidmatan dan Terima Derma dengan Telname Anda

Telnames
2013-06-06 17:09 120

LONDON, 6 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Penyepaduan akaun PayPal™ membantu perniagaan kecil menerima pembayaran mudah alih dengan mudah dan pantas

Telnames (http://telnames.com) hari ini mengumumkan di The Business Startup Show bahawa tidak lama lagi para pelanggan boleh berhubung dengan akaun PayPal™ (http://paypal.com) mereka dengan mudah dan pantas dengan menggunakan Telname mereka bagi mendirikan kedai muncul mini, menerima bayaran untuk perkhidmatan dan menerima derma.

"Dengan kebolehan untuk menerima bayaran dengan mudah dan pantas daripada para pelanggan yang mengunjungi laman web mudah alih mereka melalui sebuah telefon pintar, boleh dikatakan Telnames telah meruntuhkan setiap halangan yang menghalang perniagaan kecil menjana pendapatan dan menambahkan pelanggan dengan laman web yang mudah tetapi berkesan yang boleh digunakan dengan semua peranti," kata Khashayar Mahdavi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Telnames.

Perniagaan kecil boleh menyepadukan akaun Paypal mereka dengan mudah menggunakan papan pemuka laman web itu, yang ditawarkan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan Telnames. Mereka boleh menjual sehingga lima produk atau perkhidmatan berbeza, atau menerima derma, tanpa perlu membayar sebarang komisen jualan kepada Telnames (komisen Paypal standard tergunapakai). 

Ribuan perniagaan telah bertukar ke mudah alih dalam masa yang singkat dengan perkhidmatan Telnames yang memenangi anugerah, yang telah dilancarkan di UK setahun yang lalu di The Business Startup Show.

Perkhidmatan lengkap dan terangkum Telnames serta pendaftaran domain .tel selama setahun hanya berharga GBP24.95 setahun. Untuk maklumat lanjut dan untuk mengetahui ketersediaannya, sila lawati http://telnames.com.

Mengenai Telnames -- http://www.telnames.tel

Nota kepada Editor

Hubungan media: Nicky Denovan, Evoked Set -- http://evokedset.tel

Sumber: Telnames

Source: Telnames
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services