omniture

HTC Mengumumkan Pelantikan Nitesh Bansal sebagai Presiden dan COO

HTC Global Services
2021-07-28 15:19 27

TROY, Michigan dan CHENNAI, India, 28 Julai 2021 /PRNewswire/ -- HTC Global Services mengumumkan bahawa Nitesh Bansal telah dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Operasi berkuat kuasa serta-merta. Nitesh akan bertanggungjawab untuk jualan, pemasaran, penghantaran dan operasi global syarikat tersebut. Beliau akan melapor terus kepada Madhava Reddy, Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengasas dan bertanggungjawab untuk terus memacu strategi dan hala tuju syarikat.

Nitesh Bansal, President and COO, HTC Global Services
Nitesh Bansal, President and COO, HTC Global Services

Nitesh menyertai HTC Global Services setelah berkhidmat di Infosys Limited sebagai Naib Presiden Kanan yang bertanggungjawab bagi unit Kejuruteraan Global bernilai berbilion dolar - meliputi tugas-tugas dalam bidang jualan, penghantaran, pemasaran, perundingan dan strategi global. Dalam kerjayanya yang amat cemerlang selama 23 tahun di Infosys dan sebagai pemimpin P&L yang terbukti, beliau telah menubuhkan tiga unit perniagaan bernilai berbilion dolar, bekerja di pelbagai lokasi geografi dan rangkaian industri menegak serta memainkan peranan penting dalam beberapa pengambilalihan utama.

"Kami teruja kerana mempunyai seseorang yang berpengalaman dan berkaliber seperti Nitesh untuk memimpin HTC Global Services dalam fasa pertumbuhan seterusnya," kata Madhava Reddy, Ketua Pegawai Eksekutif HTC Global Services. "Pelantikan Nitesh mencerminkan strategi dan keinginan kami untuk mempercepat pertumbuhan dan menjadikan HTC Global Services sebagai sebuah syarikat hebat dalam dunia yang pantas berubah dan penuh dengan peluang serta cabaran ini. Nitesh merupakan seorang yang mempunyai visi dalam teknologi dengan rekod kejayaan dan pelaksanaan yang terbukti. Beliau memiliki semangat waja, berfokuskan kepada pelanggan serta mempunyai daya kepimpinan yang tinggi."

Nitesh amat berminat dengan AI, Automasi Proses Perniagaan, Penumpuan Digital Fizikal dan 5G - terutamanya dalam menghasilkan nilai perniagaan dan pulangan pelaburan (ROI) pelanggan. Dalam kerjaya beliau yang termasyhur, Nitesh merupakan ahli Global Futures Council for Advanced Manufacturing (Majlis Masa Depan Global untuk Pembuatan Canggih) di Forum Ekonomi Dunia, National ER&D Council of NASSCOM (Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan Kebangsaan NASSCOM), Lembaga Penasihat Industri Tauber Institute of Global Operations, Universiti Michigan, Jawatankuasa Penasihat SAE India, Lembaga Pembekal Open Networking Foundation (ONF), Persatuan Pengeluar Amerika Utara dan juga Penasihat luar kepada Persatuan Jurutera Mekanikal Amerika (ASME).

Nitesh juga telah mewakili India dalam pelbagai forum dan mesyuarat negara dua hala dan telah menjadi sebahagian daripada perwakilan dengan mantan Presiden India, Pratibha Patil dan Perdana Menteri, Narendra Modi.

Mengulas tentang jawatan baharunya, Nitesh berkata, "Saya amat teruja dengan peluang ini dan berasa rendah hati dengan kepercayaan yang diberikan oleh Encik Reddy dan seluruh organisasi HTC kepada saya. Dunia di sekeliling kita sedang berkembang pesat dan teknologi digital sentiasa mengubah cara kita berinteraksi dan menggunakannya. HTC dengan pendekatan berpusatkan pelanggan dan sejarah penyampaian perkhidmatan berkualiti tinggi berada pada kedudukan yang tepat untuk melonjak menjadi rakan niaga pilihan yang dipercayai yang boleh menyebabkan perubahan digital berlaku. Saya berharap dapat bekerjasama dengan semua pelanggan dan rakan niaga HTC untuk mencapainya bersama-sama."

Tentang HTC Global Services 

HTC Global Services ialah penyedia global terkemuka bagi Penyelesaian dan Perkhidmatan IT dan Proses Perniagaan yang inovatif. Ditubuhkan pada tahun 1990 dengan ibu pejabat di Troy, Michigan, AS, HTC menggabungkan kepakaran teknikal dan domainnya yang meluas bersama-sama dengan pendekatan rakan perniagaannya untuk membolehkan pelanggan merealisasikan transformasi perniagaan dan memaksimumkan pulangan perniagaan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.htcinc.com.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1582146/nitesh_bansal_htc_global.jpg?p=medium600

 

 

Source: HTC Global Services
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Personnel announcements