omniture

Osram Membentuk Masa Hadapan Pencahayaan dengan Teknologi LED Pintar dan Cekap

Osram
2013-06-06 18:13 224


Pameran Pencahayaan Antarabangsa Guangzhou 2013 (9-12 Jun): Osram bakal mempamerkan lebih 300 produk dan penyelesaian yang meningkatkan kualiti kehidupan dan menangani cabaran pencahayaan masa kini

HONG KONG, 6 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Bagi memenuhi keperluan kecekapan tenaga yang semakin meningkat, Osram bakal mempersembahkan pelbagai penyelesaian pencahayaan yang pintar dan cekap di Pameran Pencahayaan Antarabangsa Guangzhou 2013. Semua penyelesaian ini mengukuhkan kedudukan utama Osram dalam pasaran pencahayaan dan komitmen berterusan untuk memacu perubahan ke arah pencahayaan keadaan pepejal (SSL) dan masa hadapan yang lebih hijau serta cerah. Ini termasuklah:

  • LED Duris S 5 Osram, dengan jangka hayat 35,000 jam yang menakjubkan dalam keadaan bersuhu tinggi sehingga 105 darjah Celsius, adalah sumber cahaya ideal untuk keperluan pencahayaan linear dan dalam bangunan termasuk reka bentuk naik taraf, lampu ke bawah dan panel lampu. Pakej LEDnya yang inovatif membuatkan komponen itu teguh, tetapi juga menjimatkan kos perbelanjaan pembuatan lampu.
  • Pertukaran kepada pencahayaan keadaan pepejal bukan sahaja berlaku di kalangan organisasi profesional, tetapi juga di tempat kediaman. Ramai pengguna tempat kediaman mengakses teknologi ini khususnya melalui produk versatil seperti lampu LED Klasik A  Osram. Sumber cahaya moden ini sesuai untuk pelbagai lokasi, dari ruang tamu hinggalah ke bilik tidur, dan boleh dijadikan alternatif yang mesra alam untuk lampu pijar tradisional dan lampu CFL-i. Rangkaian produk Klasik A yang menyeluruh  itu termasuklah penyelesaian yang mempunyai tahap output lumen daripada 250 hingga 810.
  • Walaupun pencahayaan LED akan digunakan dengan meluas pada masa hadapan, peralatan kawalan elektronik Osram terus membekalkan penyelesaian yang menjimatkan tenaga untuk kedua-dua pencahayaan tradisional dan keadaan pepejal. Contohnya, peralatan QTP-OPTIMAL berbantu T5/T8 yang versatil bagi syarikat itu membuatkan pencahayaan tradisional memberikan penjimatan kos yang signifikan. Bagi mereka yang mencari penyelesaian pencahayaan yang paling mesra alam, pemacu Optotronic Osram dan siri produk PrevaLED  Osram, seperti Nilai Linear PrevaLED dan modul Kiub LED PrevaLED, adalah pilihan-pilihan yang menarik.
  • Rangkaian lampu Osram menawarkan kawalan yang tiada tandingan dan menjimatkan kos untuk mengawal cara ruang tamu, ruang kerja dan ruang libur diterangi. LEDTOUCH Batten – sebuah lampu LED kuasa sederhana yang terkandung dalam bekas aluminium yang anggun dan menawarkan ciri-ciri sambungan pakai dan pasang yang mudah – adalah contoh terbaik dan cahaya menjimatkan kuasa paling ideal untuk ruang pejabat atau ruang belajar. Sementara itu, lampu LEDTOUCH Tracklight L pula, dengan pilihan pemusingan dan pemalapan yang meluas, menawarkan jangka hayat yang panjang serta kepelbagaian menyeluruh. Penyelesaian ini telah dicalonkan untuk dimasukkan ke dalam senarai 10 Produk Terbaik Anugerah Pencahayaan 2013 kerana keanjalan dan rekaannya yang anggun bagi pencahayaan kedai runcit.
  • Penyelesaian Traxon Osram pula, termasuklah sistem-sistem pencahayaan yang lengkap, mampan dan pintar menukarkan wawasan kreatif menjadi pengalaman pencahayaan berbeza yang terpahat dalam ingatan dalam kedai-kedai runcit, ruang seni bina, kemudahan hospitaliti dan tapak hiburan. Pengunjung Pameran Pencahayaan Guangzhou 2013 akan menjadi antara orang-orang pertama yang bakal menyaksikan penyelesaian terkini – sistem luaran media ultra-terang  IMAGIC WEAVE® HO dan sistem pencahayaan linear Plug'n'Play – kedua-duanya bakal dipertontonkan hebat buat pertama kalinya di Asia Pasifik. Penonton pertunjukan juga boleh menikmati kemampuan pencahayaan dinamik di hujung jari mereka melalui iPad.

Produk-produk ini dan banyak lagi boleh ditemui di ruang pameran Osram (B10) yang terletak di Dewan 3.1 di Pameran Pencahayaan Guangzhou 2013. Kita jumpa di sana!

MENGENAI OSRAM

OSRAM GmbH dari Munich, Jerman adalah salah sebuah daripada dua pengilang lampu utama di dunia. Portfolio syarikat itu merangkumi seluruh rantaian nilai daripada komponen-komponen – termasuk lampu, semikonduktor opto, diod pemancar cahaya (LED) – sehingga ke  peralatan kawalan elektronik serta lampu lengkap, sistem pengurusan cahaya dan penyelesaian pencahayaan. Osram mempunyai kira-kira 39,000 orang kakitangan di seluruh dunia dan menjana hasil sebanyak 5.4 bilion Euro dalam tahun fiskal 2012 (tahun fiskal yang berakhir pada 30 September 2012). Lebih daripada dua pertiga hasilnya datang daripada produk-produk cekap tenaga. Aktiviti perniagaan syarikat itu telah ditumpukan kepada cahaya – juga kualiti kehidupan– selama lebih 100 tahun. Maklumat tambahan boleh ditemui di internet pada pautan www.osram.com.

PENAFIAN

Dokumen ini mengandungi kenyataan dan maklumat berkaitan masa hadapan – iaitu kenyataan mengenai proses-proses yang akan berlaku pada masa hadapan, bukan pada masa lampau. Kenyataan-kenyataan berkaitan masa hadapan boleh dikenalpasti dengan perkataan-perkataan seperti "jangka", "harapkan", "mahu", "berniat","merancang", "percaya", "bercita-cita", "menganggarkan", "akan", "ramal" atau istilah-istilah yang serupa. Kenyataan-kenyataan ini dibuat berdasarkan jangkaan masa kini dan beberapa andaian oleh pihak pengurusan OSRAM. Oleh itu ia tertakluk kepada beberapa risiko dan ketidakpastian. Sejumlah besar faktor-faktor, di mana sebahagiannya tidak menjadi tanggungjawab OSRAM, mempunyai impak ke atas aktiviti perniagaan, kejayaan, strategi perniagaan dan keputusan OSRAM. Faktor-faktor ini mungkin membawa ke arah keputusan sebenar, kejayaan dan pencapaian OSRAM berbeza jauh daripada butiran-butiran mengenai keputusan, kejayaan dan pencapaian yang dinyatakan secara tersurat dan tersirat dalam kenyataan-kenyataan berhubung dengan masa hadapan.

SUMBER: Osram

Source: Osram
Related Links:
Keywords: Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news