omniture

LifeSignals menerima Kelulusan 510 (k) FDA untuk Platform Pemantauan Jarak Jauh Berbilang Parameter LX1550 LifeSignals

LifeSignals Inc
2021-07-28 17:24 19

Pengesahan lanjut tentang keupayaan menyampaikan pemantauan tanda vital pesakit jarak jauh secara berterusan dalam persekitaran hospital dan juga rumah. 

FREMONT, California, 28 Julai 2021 /PRNewswire/ -- LifeSignals Inc., hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima kelulusan Kelas II 510 (k) FDA untuk Platform Pemantauan Jarak Jauh Berbilang Parameter LX1550 LifeSignals. Ini adalah susulan daripada penandaan CE baru-baru ini dan mengesahkan lagi usaha LifeSignals untuk mencipta platform tanpa wayar yang inovatif yang boleh digunakan oleh klinisian untuk mengumpulkan data fisiologi pesakit secara berterusan dalam persekitaran rumah dan penjagaan kesihatan.

The LifeSignals LX1550 enables remote wireless monitoring of patient vital signs.
The LifeSignals LX1550 enables remote wireless monitoring of patient vital signs.

Teras bagi platform ini ialah sebuah biosensor berbilang parameter sekali guna yang boleh dipakai yang merekodkan data elektrokardiografi (ECG 2 saluran), Kadar Degupan Jantung, Kadar Pernafasan, Suhu Kulit dan Postur Badan hingga lima hari. Data fisiologi yang disulitkan ini kemudiannya boleh dihantar daripada biosensor dengan kadar kebolehpercayaan tinggi melalui aplikasi geganti ke suatu platform berasaskan awan yang selamat. Para klinisian dan Penyedia Penjagaan boleh mengakses papan pemuka pemantauan jarak jauh berasaskan awan ini untuk melihat data fisiologi pesakit dan menguruskan tetapan amaran.

Platform Pemantauan Jarak Jauh ini direka cipta untuk membolehkan syarikat teknologi kesihatan meningkatkan portfolio produk dan perkhidmatan mereka dengan pantas dalam memberikan pemantauan tanda vital kepada pangkalan pesakit yang paling luas, dari mana-mana lokasi. Aplikasi geganti dan papan pemuka ini adalah mesra pembangun dengan API kit pembangunan perisian yang sedia digunakan dan sesuai untuk pelaksanaan berskala besar.

"COVID-19 telah mendayakan pemantauan pesakit secara jarak jauh di seluruh dunia dan saya berbangga dengan cara pasukan LifeSignals bertindak balas untuk membangunkan Platform ini dalam masa yang begitu singkat," kata Surendar Magar, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif. "Kelulusan 510 (k) FDA ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan dan misi syarikat. Ia telah dilaksanakan dengan jayanya di hospital-hospital untuk memantau pesakit COVID-19 di India dan sedang mula digunakan di Eropah, UK, Singapura dan Filipina. Tumpuan kami sekarang adalah untuk memperkenalkan pemantauan tanda vital jarak jauh berkos rendah dengan pantas kepada syarikat-syarikat teknologi kesihatan AS yang ingin memperluas perkhidmatan dan meningkatkan mutu penjagaan pesakit mereka."

www.lifesignals.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1582121/lifesignals.jpg?p=medium600

Source: LifeSignals Inc
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals FDA Approval