omniture

Kedudukan Bandar Pelajar Terbaik QS 2022

QS Quacquarelli Symonds
2021-07-28 18:00 22

Diumumkan: bandar-bandar pelajar terbaik di dunia bagi tahun 2022 

LONDON, 28 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Dengan pelajar dunia yang ingin menyambung semula rancangan pengajian antarabangsa mereka, QS Quacquarelli Symonds, penganalisis pendidikan tinggi global, hari ini telah menerbitkan edisi ke-19 bagi Kedudukan Bandar Pelajar Terbaik QS.

Keputusannya menunjukkan bahawa London berjaya mengekalkan statusnya sebagai bandar pelajar terbaik di dunia bagi tiga edisi berturut-turut, yang turut membolehkan pelajar membandingkan 115 destinasi pendidikan utama. Ia diikuti oleh Munich, dengan kedudukannya meningkat daripada tempat ke-4 ke tempat yang ke-2. Seoul, yang melonjak daripada tempat ke-10 ke tempat yang ke-3, berkongsi kedudukan pingat gangsa dengan tuan rumah Olimpik Tokyo.

Penguasaan London adalah disebabkan oleh:

  • Kepadatannya yang tinggi bagi universiti bertaraf dunia; ia memperoleh skor kedua terbaik di dunia dalam penunjuk Kedudukan .
  • Maklum balas yang sangat positif daripada pelajar yang pernah belajar di bandar itu: ia memperoleh skor sebanyak 98.4/100 untuk Pandangan Pelajar, suatu keputusan yang hanya dikalahkan oleh Berlin.
  • Peluang kerjaya yang luar biasa untuk graduan: bandar tersebut berada di kedudukan ke-4 bagi metrik Aktiviti Majikan, dengan skor 92.9/100.
  • Tahap keterbukaannya yang tinggi kepada pelajar antarabangsa, yang menyaksikan bandar tersebut mencapai skor kelima terbaik di dunia (95.9/100) bagi Campuran Pelajar.

Sorotan lain daripada edisi tahun ini termasuk:

  • Boston adalah satu-satunya bandar yang berjaya ke kedudukan sepuluh teratas, melonjak daripada tempat ke-13 ke tempat ke-9 bersama. Bandar tersebut berkongsi kedudukan dengan Paris (turun dua anak tangga) dan Montreal (turun tiga anak tangga) yang sering berada di kedudukan sepuluh teratas sebelum ini.
  • Jerman dan Australia merupakan negara yang masing-masing mempunyai dua buah bandar yang berada dalam kedudukan sepuluh bandar pelajar terbaik di dunia.
  • 15 bandar yang tersenarai dari Amerika Syarikat mengalami penurunan sistemik bagi penunjuk Keinginan.
  • Destinasi pelajar nombor satu di Amerika Latin ialah Buenos Aires (di tempat yang ke-22, naik sembilan anak tangga daripada sebelum ini).
  • Bandar Lausanne di Switzerland membuat kemunculan pertama yang mengejutkan dengan menduduki tempat yang ke-19.
  • Moscow dan Beijing memecah masuk ke dalam kedudukan tiga puluh teratas, berkongsi kedudukan di tempat yang ke-25.
  • Didorong oleh penurunan Aktiviti Majikan, kedudukan lima daripada tujuh bandar Australia telah pun jatuh.
  • Ketiga-tiga bandar dari Sepanyol mengalami penurunan dua digit dari segi kedudukan.

Ben Sowter, Pengarah Penyelidikan QS, berkata: "Respons kepada tinjauan kami daripada pelajar yang sebenarnya pernah belajar di London menjelaskan bahawa bandar ini masih menawarkan peluang budaya, ekonomi dan pendidikan yang cemerlang. Dengan terletaknya dua daripada sepuluh universiti terbaik dunia di bandar itu, ia kekal sebagai hab pendidikan terkemuka di dunia. Walau bagaimanapun, kes-kes COVID yang semakin meningkat dan kesan daripada Brexit yang masih berlarutan mungkin dapat merosakkan kedudukan istimewa London."

Kedudukan Bandar Pelajar Terbaik QS 2022: Sepuluh Teratas 

Kedudukan 2022 

Kedudukan 2019 

Bandar 

Lokasi 

1

1

London 

UK

2

4

Munich 

Jerman

3=

10

Seoul 

Korea Selatan

3=

2

Tokyo 

Jepun

5

5

Berlin 

Jerman

6

3

Melbourne 

Australia

7

8

Zurich 

Switzerland

8

9

Sydney 

Australia

9=

7

Paris 

Perancis

9=

6

Montreal 

Kanada

9=

13

Boston 

AS

© QS Quacquarelli Symonds 2004-2021 https://www.TopUniversities.com/ .  Semua hak cipta terpelihara. 

QS menyusun kedudukan bandar dengan populasi sekurang-kurangnya 250,000 dan dengan sekurang-kurangnya dua buah universiti yang menduduki tempat di dalam Kedudukan Universiti Dunia QS. Kedudukan tersebut memberikan gambaran yang kuat mengenai sentimen kedua-dua calon dan bekas pelajar, dengan lebih 95,000 respons tinjauan yang menyumbang kepada indeks Keinginan (calon pelajar) dan Pandangan Pelajar (bekas pelajar).

Metodologi: https://www.topuniversities.com/best-student-cities/methodology.

Kedudukan penuh: www.TopUniversities.com.


Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1503776/QS_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: QS Quacquarelli Symonds
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Survey, Polls & Research