omniture

Sonata Software mengumumkan Pengambilalihan Encore Software Services yang Beribu Pejabat di San Jose, AS, mengukuhkan strategi dipacu ISV dan Microsoft dan memasuki vertikal baharu dalam penjagaan kesihatan dan logistik

Sonata Software
2021-07-28 18:29 19

BANGALORE, India, 28 Julai 2021 /PRNewswire/-- Sonata Software hari ini mengumumkan penandatanganan perjanjian muktamad untuk mengambil alih Encore Software Services, Syarikat Perkhidmatan IT yang berpangkalan di Silicon Valley yang memberikan perkhidmatan pengalaman Pengguna, Pemahaman Data dan kerjasama masa nyata kepada pelanggan dalam industri Penjagaan Kesihatan, Rantaian Bekalan / Logistik dan ISV.

Encore Software Services yang diasaskan pada tahun 1998 dan beribu pejabat di San Jose dengan pusat pembangunan di Chennai telah memantapkan kedudukannya sebagai penyedia perkhidmatan pembangunan Aplikasi Awan, Infrastruktur Awan, Operasi Pembangunan (DevOps), Pengujian dan Penyelenggaraan.

Dengan pengambilalihan ini, Sonata mengukuhkan lagi kewujudan geografinya di AS dengan pasukan kepemimpinan yang sangat berpengalaman yang berpusat di AS. Ia menambah keupayaan yang signifikan untuk meningkatkan strategi transformasi digital yang didorong Platformation™ Sonata dengan memperkukuh perkhidmatan transformasi Awan dan perkhidmatan automasi pengujian digital dipacu Microsoft serta membuka peluang menceburi bidang baharu seperti penjagaan kesihatan dan logistik, selain mengukuhkan perniagaan ISV dan awan dipacu Microsoft. Mengulas tentang pengambilalihan ini, Srikar Reddy, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif, Sonata Software berkata, "Ini adalah kesinambungan strategi M&A kami yang memberi tumpuan kepada pengambilalihan strategik, sejajar dengan strategi transformasi digital yang didorong Platformation™, akses kepada bakat kepemimpinan tempatan yang berpengalaman dan kemasukan ke dalam pelbagai vertikal industri baharu. Kami teruja mengalu-alukan pasukan Encore ke dalam keluarga Sonata dan komited terhadap pelanggan Encore dengan perkhidmatan berkualiti tinggi yang berterusan di samping keupayaan Sonata yang lain untuk mendorong hubungan yang lebih luas dan lebih mendalam." 

Radhakrishnan, Presiden dan Muralee, Ketua Pegawai Eksekutif yang kedua-duanya merupakan pengasas bersama Encore berkata, "Kami teruja untuk menyertai keluarga Sonata kerana kami melihat sinergi yang hebat yang akan membantu meningkatkan tawaran perniagaan kami melalui perkhidmatan digital baharu & membuka peluang kepada kakitangan kami. Strategi Platformation™ Sonata akan membolehkan kami menjadi lebih strategik kepada para pelanggan kami dan membolehkan kami memberikan perkhidmatan kepada mereka dengan keupayaan dan tawaran yang lebih hebat."

Tentang Encore Software Services

Tentang Sonata Software

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/689012/Sonata_Software_Logo.jpg?p=medium600  

 

 

Source: Sonata Software
Related Stocks:
Bombay:532221 Bombay:SONATSOFTW.BO India:EQSONATSOFTW India:SONATSOFTW.NS
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers