omniture

Keek Melepasi Jumlah 45 Juta Pengguna; 24 Juta Pengguna Mendaftar dalam Masa 4 Bulan

Keek
2013-06-07 02:12 157

- LEDAKAN PENERIMAAN BESAR-BESARAN INI DIKAITKAN DENGAN POPULARITI SEDUNIA & KEANDALAN PERKHIDMATAN

TORONTO, 7 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Keek, rangkaian video sosial mudah alih, hari ini dengan rasminya mengumumkan bahawa komunitinya telah melepasi angka 45 juta orang pengguna, menjadikannya rangkaian video sosial mudah alih terbesar di dunia dengan penyertaan lebih 24 juta pengguna baharu dalam tempoh 4 bulan lepas.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130117/NY44000LOGO-b)

Keek mengaitkan letusan pertumbuhannya ini dengan kelajuan, kemudahan penggunaan dan keandalan perkhidmatan. Dengan kehadiran yang kukuh di AS, UK dan Timur Tengah, platform itu terus tersebar pantas di seluruh Eropah, Afrika dan Amerika Latin, dengan pertumbuhan pesat turut berlaku di Malaysia, Singapura dan rantau Asia yang lain.

"Sejak mula lagi, seluruh tumpuan produk kami adalah kepada komunikasi dan interaksi sosial melawan hiburan," kata Isaac Raichyk, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Keek. "Anda tidak perlu mempunyai sifat kreatif untuk berseronok menggunakan perkhidmatan ini. Kami komited terhadap pembinaan platform komunikasi berkesan yang boleh digunakan oleh semua orang."

Video Keek segar dan spontan; para pengguna tidak perlu menggunakan tapisan, gerak henti-henti atau suntingan bagi menghasilkan video. Hasil akhirnya adalah pengalaman peribadi yang asli dan lebih semerta.

Dalam tempoh 4 bulan lepas, Keek telah menjadi app rangkaian sosial No.1 dalam 45 buah negara dengan lebih daripada 667 juta lawatan. Pada masa ini platform itu telah mendapat 12 bilion kali tontonan halaman, pengeposan lebih 18 juta video Keek oleh para pengguna dan lebih 2.2 bilion video telah ditonton.

Sementara itu, platform tersebut terus berkembang dan meluas. Pada bulan lepas, Keek melancarkan ciri baharu penghantaran pesanan peribadi semerta yang membolehkan sehingga 36 pengguna bersembang dalam kumpulan peribadi menggunakan pesanan teks atau video.

Sila lawati http://www.keek.com/about untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Keek.

Mengenai Keek
Keek adalah rangkaian sosial baharu yang membenarkan pengguna mencipta video 36 saat (dikenali sebagai "keek") dan terus dikongsi dengan orang lain di seluruh dunia. Boleh didapati untuk Android, iPhone, BlackBerry dan komputer meja, Keek mudah digunakan, sangat pantas dan 100% percuma. App ini boleh didapati melalui App Store, Google Play dan BlackBerry World

http://www.keek.com

Hubungan Media:
Miranda McCurlie
P: +1-416-782-0200 samb. 252
M: +1-416-566-8919
Emel: press@keek.com

Source: Keek
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Multimedia/Online/Internet Social Media