omniture

VeChain Mengumumkan Pencapaian Baharu PoA 2.0: Kejayaan Testnet VIP-193

VeChain
2021-07-28 20:55 56

SHANGHAI, 28 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Dengan kejayaan penyampaian perusahaan yang dicapainya selama bertahun-tahun, VeChain telah memantapkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian rantaian blok awam terbaik di dunia.

PoA 2.0 Roadmap
PoA 2.0 Roadmap

Dalam mengejar visi kami untuk mendayakan penerimagunaan teknologi rantaian blok awam besar-besaran secara global dan boleh diskala, pasukan Penyelidikan dan Pembangunan VeChain telah membangunkan SURFACE (PoA 2.0) yang tersedia untuk Lanjutan Rantaian yang Selamat, mudah disesuaikan dengan Kes Penggunaan serta menggunakan Pendekatan bebas-Cabang.

Mekanisme konsensus baharu ini dibina untuk menghapuskan kelemahan dan memperoleh manfaat daripada dua jenis konsensus utama; Nakamoto Consensus dan Byzantine Fault Tolerance (BFT). Dengan mekanisme baharu ini, rantaian blok VeChainThor mampu memaksimumkan keupayaan daya pemprosesan yang tinggi sambil memastikan data yang muktamad. Dari segi praktikal, ini bermakna bahawa kes penggunaan dalam jumlah yang sangat tinggi mungkin wujud pada rantaian dengan tahap keselamatan data tertinggi yang tidak didapati dalam mana-mana platform rantaian blok yang lain.

Dengan kemas kini besar-besaran terhadap model teknikal kami ini, VeChainThor menjadi platform sumber terbuka yang ideal untuk perusahaan, kerajaan atau sesiapa sahaja yang ingin membangunkan aplikasi mereka secara selamat dengan kos yang rendah, tidak boleh diubah serta menampilkan rantaian blok awam sepenuhnya.

Hari ini, VeChain Foundation dengan bangganya melancarkan testnet awam baharu kami dengan VIP-193 yang telah dilaksanakan sepenuhnya. Pencapaian bersejarah ini membuka jalan ke arah pelaksanaan penuh PoA 2.0 pada jaringan utama.

Diterangkan dalam kertas kerja bertajuk SURFACE: A Practical Blockchain Consensus Algorithm for Real-World Networks,konsensus algoritma PoA 2.0 mengandungi tiga komponen utama:

  • Kerawakan sumber berasaskan VRF,
  • Proses penghasilan blok berasaskan jawatankuasa dan
  • Proses pengesahan muktamad blok pasif.

Algoritma ini dicadangkan melalui dua VIP (VeChain Improvement Proposal atau Cadangan Penambahbaikan VeChain): VIP-193 dan VIP-200. VIP-193 memberi tumpuan kepada dua komponen pertama manakala VIP-200 menerangkan tentang komponen terakhir.

Sebagaimana yang diterangkan oleh pelan hala tuju kami di bawah, realisasi VIP-193 pada testnet awam telah meningkatkan keyakinan kami terhadap pelaksanaan naik taraf yang penting ke atas rangkaian teknikal kami.

PoA 2.0: Asas Pendigitan Ekonomi

PoA 2.0 membuka laluan kepada penerimagunaan rantaian blok awam berskala besar dengan menangani kelemahan kritikal mekanisme kontemporari yang didapati pada rantaian blok lain. Ciri-ciri utamanya merangkumi:

Kerawakan sumber berasaskan VRF: Suatu fungsi yang mengimbangi jadual cadangan blok yang saksama dan tidak dapat diramalkan untuk memastikan tahap keselamatan data tertinggi. Sebagai contoh - penentang dalam model ini tidak dapat memanipulasi sama ada proses pemilihan pemimpin untuk mengawal beberapa pencadang blok berturutan mahupun meramalkan serta merosakkan beberapa pencadang blok berturutan lebih awal.

Penghasilan blok yang disahkan oleh jawatankuasa: Suatu proses yang mengurangkan kemungkinan percabangan secara signifikan dan mengurangkan kelewatan pengesahan serta meningkatkan daya pemprosesan (TPS).

Mekanisme kemuktamadan: Ciri ini menyediakan kemuktamadan blok iaitu prestasi, walaupun berada dalam keadaan tidak segerak dan dengan konsistensi yang kukuh. Hasilnya, satu blok di dalam PoA 2.0 akan pertama sekali disahkan secara kebarangkalian dengan kependaman yang sangat rendah sebelum dimuktamadkan dalam tempoh yang lebih lama. Ini bermakna blok yang dimuktamadkan (serta semua urus niaga yang memenuhi blok tersebut) boleh dibuktikan secara teori bahawa ia tidak berubah walau dalam apa jua keadaan.

Masa Depan yang Pasti

PoA 2.0 dibangunkan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap prestasi yang lebih baik dan keselamatan yang lebih tinggi daripada pelanggan perusahaan dan perniagaan yang membangunkan penyelesaian menggunakan set peralatan kami. Dengan penglibatan pakar rantaian blok daripada rakan niaga VeResearch peringkat tertinggi yang memberi sumbangan, PoA 2.0 merupakan suatu pencapaian penting dalam keseluruhan industri rantaian blok.

Dengan VIP-193 yang kini disiarkan kepada umum, VeChainThor meneruskan misinya untuk menyediakan protokol tahap infrastruktur yang selamat, boleh diskala, boleh dipercayai dan menjimatkan kos dengan jangkaan gelombang pendigitan global yang semakin menghampiri.

T entang VeChain Foundation

VeChain Foundation telah berusaha dengan gigih untuk menghubungkan teknologi rantaian blok dengan dunia sebenar. Evolusi VeChainThor terus berkembang pesat dengan beralih daripada rangkaian konsortium kepada platform rantaian blok awam terbaik yang menggunakan konsensus Proof of Authority (Pembuktian Kuasa) dengan menampilkan ciri teknikal, struktur tadbir urus dan model ekonomi yang canggih.

Sebagai penggerak ekosistem, misi VeChain Foundation adalah untuk memperkasakan para pembangun dan penginovasi dengan membangunkan alat yang menghapuskan rintangan penerimagunaan secara sistematik. Melalui pembangunan set alatan inovatif seperti urus niaga berbilang tugas, penugasan yuran dan VeChain ToolChain™️, VeChain telah berjaya mengurangkan halangan masuk perniagaan dan pembangun secara signifikan.

Di samping rakan strategik utama PwC dan DNV, VeChain turut bekerjasama dengan syarikat perusahaan terkemuka di dunia termasuk Walmart China, Bayer China, BMW Group, BYD Auto, PICC, Shanghai Gas, LVMH, D.I.G, ASI Group dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, termasuk alat pembangun/dokumen dan geran yayasan, sila layari: www.vechain.org

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1582106/vechain.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/738221/VeChain_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: VeChain
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics New products/services Blockchain Financial Technology