- Pengamal, profesional M&R, perunding dan pemimpin perniagaan berkumpul untuk membincangkan isu-isu penting dalam M&R masa kini
INDIANAPOLIS, 7 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Pendaftaran sudah dibuka untuk Persidangan Tahunan 2013 yang bakal diadakan dari 14-16 Oktober 2013 di Indianapolis, Indiana, umum Persatuan Profesional Penyenggaraan dan Keandalan (SMRP) hari ini. Persidangan Tahunan SMRP mempertemukan para profesional M&R (Penyenggaraan & Keandalan) terkemuka dan para pemimpin perniagaan untuk membincangkan kes-kes kajian, amalan-amalan terbaik dan trend-trend baharu.
"Kami sangat teruja dengan semangat para penceramah, penaja, pempamer dan pengunjung yang berkobar-kobar untuk melibatkan diri dalam persidangan tahun ini," kata Gina Hutto Kittle, CMRP, Pengerusi dan Pengurus Program Persidangan Tahunan 2013 SMRP di The Timken Company. "Kami tidak sabar-sabar lagi mahu mendengar topik-topik baharu dan yang makin menjadi sebutan yang bakal memberi peluang kepada para peserta untuk menajamkan kemahiran dan pengetahuan bagi mempertingkatkan kepakaran mereka."
Persidangan itu bakal menjadi tuan rumah bagi lebih 50 orang penceramah dan ketua bengkel yang disegani, termasuk para pengamal, profesional M&R, perunding dan ketua perniagaan. Penyampai ucapan dasar termasuklah Leftenan Kolonel Rob "Waldo" Waldman, bekas juruterbang tempur dan profesional perniagaan; serta Ron Moore, pakar penyenggaraan dan keandalan yang terkemuka dan penulis lebih 50 buah artikel jurnal dan dua buah buku.
Beberapa sorotan penting daripada Persidangan Tahunan 2013 SMRP termasuklah:
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran untuk persidangan sila lawati: www.smrp.org/annualconference.
Mengenai Persatuan Profesional Penyenggaraan dan Keandalan
Persatuan Pakar Penyenggaraan dan Keandalan (SMRP) adalah sebuah persatuan profesional tanpa keuntungan yang dibentuk oleh para pengamal bagi berkhidmat kepada para pemimpin dan memajukan Pengurusan Keandalan dan Aset Fizikal. SMRP memberikan nilai kepada pengamal individu dan syarikat yang mengamalkan dan memampankan amalan Penyenggaraan dan Keandalan (M&R) terbaik. Dengan hampir 4,000 ahli seluruh dunia, komuniti SMRP berdedikasi untuk memberikan pelbagai faedah, termasuk penggabungan antarabangsa, hubungan kerjasama awam dan swasta domestik, peluang pendidikan, sumber Badan Pengetahuan M&R, pensijilan akreditasi ANSI, kumpulan-kumpulan dengan minat yang sama, dan banyak acara perhubungan tempatan dan global. Untuk maklumat lanjut mengenai SMRP, sila lawati www.smrp.org.