omniture

Image Bridge Canon Merangsang Pertukaran antara Belia Asia

Canon
2013-06-07 12:21 153

BEIJING, 7 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Pada 31 Mei 2013, Canon (China) mengumumkan pelancaran projek "Image Bridge" baharu mereka di Yayasan Pembangunan Belia China di Beijing. Disasarkan untuk memberi sokongan lebih baik kepada kanak-kanak di Sekolah HOPE dan melangkaui sempadan bahasa dengan kuasa imej, Canon (China) menjemput para pelajar Sekolah HOPE China untuk menyertai komunikasi bersama kanak-kanak dari rantau Asia yang lain dengan bertukar-tukar gambar, yang menceritakan kisah kehidupan dan kebudayaan mereka. Di sini, gambar-gambar bertindak sebagai jambatan penghubung yang menghindarkan perselisihan faham, berkongsi pengalaman dan menjalin persahabatan.

 (Photo: http://www.prnasia.com/sa/2013/06/04/20130604130548188774.html)

"Image – Light of Hope" adalah sebuah projek kebajikan awam yang menumpukan kepada kesedaran pendidikan, dan merupakan bahagian penting strategi "CSR melalui teknologi pengimejan" Canon. Setelah saban tahun berusaha, sumbangan Canon telah berkembang daripada menyediakan sokongan prasarana asas kepada sumber-sumber pendidikan. Selain mengajar para pelajar untuk merakam kehidupan mereka dengan mengambil gambar, Canon juga menggalakkan perkongsian gambar-gambar itu dengan kanak-kanak yang tinggal di negara-negara asing bagi mempertingkatkan kesefahaman bersama. Berdasarkan pengalaman lepas, kanak-kanak dari negara-negara Asia lain telah menunjukkan minat yang kuat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai budaya dan persekitaran kehidupan rakan-rakan sebaya mereka dari China. Oleh itu kaedah komunikasi yang digunakan oleh Canon kali ini adalah peringkat terawal untuk projek "Canon Image Bridge". Wawasan masa hadapan Canon (China) adalah untuk menjalinkan lebih banyak persahabatan dan persefahaman di mana-mana tempat di dunia.

Tahun ini, Canon Image Bridge meneruskan kerjasamanya dengan Yayasan Pembangunan Belia China bagi mengadakan kelas-kelas fotografi dan aktiviti bertukar-tukar gambar. Gambar-gambar yang diambil oleh para pelajar China akan dipilih dan dihantar ke negara-negara Asia lain semasa kelas fotografi sementara gambar-gambar yang diambil oleh kanak-kanak di Asia akan dibawa ke Tanah Besar China dan menjelaskan latar belakang budaya, adat sosial oleh para sukarelawan kami semasa aktiviti bertukar-tukar gambar.

Yang Xiaoyu, naib setiausaha agung Yayasan Pembangunan Belia China berkata, "Orang selalu ingat para pelajar sekolah-sekolah HOPE lemah dan cuba 'memberi', namun apa yang mereka perlukan sebenarnya adalah layanan sama rata dan benarkan mereka menyumbang kepada masyarakat. Sebagai duta, mereka berkeyakinan dan mempunyai rasa tanggungjawab, ciri-ciri yang diharapkan daripada pendidikan. Lebih-lebih lagi, Projek Hope menjangkakan lebih banyak perniagaan dengan tanggungjawab sosial seperti Canon akan lebih melibatkan diri, agar dapat memperluaskan lagi pandangan kanak-kanak itu dan meningkatkan keyakinan diri mereka."

Mengenai Canon Group

Sejak penubuhannya pada tahun 1937, Canon sentiasa berusaha untuk mencipta dan memberi produk-produk bertaraf dunia; dan menjadi syarikat korporat global utama dengan menambahkan pelbagai cabang bidang perniagaan baharu di seluruh dunia dengan pematuhannya kepada "Kyosei", falsafah syarikat korporat itu. Menumpukan kepada teknologi optik, Canon menghasilkan peralatan pejabat, perkakasan pengimejan, sistem perindustrian dan produk-produk lain. Melalui hubungan rapat antara ibu pejabat globalnya di Tokyo dan ibu pejabat rantau di Amerika, Eropah, Asia dan Oceania, Canon menggabungkan operasi global dan tempatannya secara organik. Pada tahun 1996, Canon melancarkan Pelan Korporat Global Cemerlang, untuk menerapkan cara pemikiran dan perubahan pembangunan di bawah tema "pengoptimuman menyeluruh" dan "tumpuan kepada keuntungan" dengan giatnya, dengan matlamat untuk menyediakan teknologi canggih kepada masyarakat dan menjadi syarikat yang dihormati dan dipercayai di dunia. Kini ia berada di fasa keempat pelan itu, dengan hasil tahunan sebanyak $39.998 bilion pada tahun 2012 dan kehadiran global yang kukuh dengan 275 buah subsidiari di seluruh dunia, disokong oleh 196,968 orang kakitangan. (Setakat 30 Januari 2013)

Untuk maklumat lanjut, sila klik www.canon.com.cn.

SUMBER:  Canon

Source: Canon
Keywords: Art Computer Software Computer/Electronics Education Office Products Corporate Social Responsibility