omniture

42Gears Menyampaikan Pemahaman dipacu Data dengan VisibilityIQ™ Foresight pada Peranti Tangan Zebra

42Gears Mobility Systems
2021-07-29 13:34 31

FREMONT, California, 29 Julai 2021 /PRNewswire/ -- 42Gears, sebuah penyedia perisian pengurusan peranti terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa SureMDM, penyelesaian pengurusan titik akhir disatukan miliknya kini menyokong VisibilityIQ™ Foresight Zebra pada komputer mudah alih dan tablet tahan lasak Zebra Technologies. Ini akan membolehkan para pelanggan 42Gears memantau analisis dipacu data VisibilityIQ Foresight daripada konsol SureMDM utama yang membolehkan keputusan dibuat dengan lebih pintar. 42Gears ialah PartnerConnect (Rakan Hubungan) Rakan Perisian Bebas Zebra.

Penyepaduan SureMDM dengan VisibilityIQ Foresight memanfaatkan firma peruncitan, logistik dan pengangkutan yang memerlukan keputusan pantas dibuat untuk pekerja barisan hadapan. Dengan bantuan VisibillityIQ Foresight, pembuat keputusan boleh mengesan trend baharu dengan cepat, meramalkan cabaran masa hadapan dan membuat pilihan yang tepat untuk berkembang maju dalam industri yang berubah dengan pantas.

Manfaat perniagaan: 

Keputusan yang dibuat dengan pacuan data: VisibilityIQ Foresight menyediakan data masa nyata tentang mana-mana peranti Zebra milik firma, membolehkan pentadbir membuat pilihan yang pantas dan pintar untuk memaksimumkan kecekapan.

Pusat arahan utama yang lebih kukuh: VisibilityIQ Foresight menyertai set data yang kaya yang tersedia serta-merta kepada sesiapa sahaja yang menggunakan konsol dalam talian SureMDM. Kini, pentadbir boleh mencari lebih banyak data dan membuat keputusan yang lebih baik dalam satu konsol yang sama.

Kelebihan daya saing pada waktu tidak menentu: VisibilityIQ Foresight memanfaatkan pola masa lalu setiap perusahaan untuk meramalkan masa depan lalu membolehkan pengguna menghindari atau mengatasi masalah.

Tentang 42Gears 

42Gears ialah penyedia penyelesaian Pengurusan Titik Akhir Disatukan yang terkemuka, menawarkan penyelesaian Perisian sebagai Perkhidmatan(SaaS) dan di premis untuk menjamin, memantau dan menguruskan semua titik akhir perniagaan seperti tablet, telefon, peranti atas meja, peranti boleh dipakai dan set kepala VR. Produk 42Gears menyokong peranti milik syarikat serta milik pekerja yang dibina berasaskan platform Android, iOS, iPadOS, Windows, macOS, Wear OS, VR dan Linux. Produk 42Gears digunakan dalam pelbagai industri seperti penjagaan kesihatan, pembuatan, logistik, pendidikan dan peruncitan. Produk 42Gears dipercayai oleh lebih 18,000 pelanggan di lebih 115 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.42gears.com.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/517153/42Gears_Mobility_Systems_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: 42Gears Mobility Systems
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Data Analytics