omniture

Craig Butterworth Menyertai Droit sebagai Ketua Pegawai Komersial

Droit
2021-07-29 18:00 22

NEW YORK, LONDON dan SYDNEY, 29 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Droit, sebuah firma teknologi yang berpangkalan di New York, London dan Sydney dan menerajui undang-undang pengkomputeran, mengumumkan pelantikan Craig Butterworth sebagai Ketua Pegawai Komersial. 

Craig menyertai pasukan eksekutif Droit untuk memimpin aktiviti komersial firma tersebut dan melapor kepada Brock Arnason, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif. Berpangkalan di London dengan tanggungjawab global, Encik Butterworth akan memainkan peranan penting dalam mempercepat pertumbuhan Droit dengan meningkatkan perkongsian strategik, memperluas hubungan pelanggan dan memperhebat kesedaran jenama. 

"Kami gembira mengalu-alukan kedatangan Craig ke Droit," kata Brock Arnason. "Kedudukan unik kami yang terkemuka di pasaran akan memperoleh banyak manfaat daripada visi, inisiatif komersial dan minat Craig terhadap transformasi digital. Droit menyediakan platform yang sempurna bagi memanfaatkan pengalaman industri dan teknologi Craig yang mendalam untuk mengembangkan perniagaan kami."

Craig menyertai Droit setelah berkhidmat di Symphony sebagai Ketua Jualan dan Pengurusan Akaun Global. Craig membawa bersama pengalaman selama lebih 20 tahun dalam pasaran modal dengan jawatannya sebagai Ketua Bahagian Jualan di RBS, State Street dan RBC sebelum ini. Selain itu, ketika di Nomura, Craig telah melancarkan dan bertanggungjawab di peringkat global bagi program Ekosistem Pelanggan mereka iaitu suatu inisiatif transformasi digital keseluruhan yang merangkumi perniagaan Pasaran Global mereka. Craig memulakan kerjayanya di Goldman Sachs setelah memperoleh BSc (Hons) dalam bidang Ekonomi dari University of Warwick. 

Butterworth mengulas, "Mana-mana strategi transformasi digital yang berjaya memerlukan teknologi yang menjadikan tindakan membuat keputusan kawal selia benar-benar mudah, pintar, pantas, boleh diulang, boleh diaudit dan automatik sepenuhnya. Keupayaan Droit dalam menyediakan kemampuan membuat keputusan yang terkemuka di pasaran akan menjadi semakin penting bagi firma untuk menyediakan tahap perkhidmatan pelanggan yang tertinggi sambil kekal mematuhi peraturan. Saya amat yakin bahawa Droit ialah firma yang tepat pada masa yang tepat dan atas sebab itulah saya amat gembira dapat menyertai Droit dalam fasa pertumbuhan syarikat seterusnya ini."

Tentang Droit  

Droit ialah sebuah firma teknologi yang berpangkalan di New York, London dan Sydney yang menerajui undang-undang dan peraturan pengkomputeran dalam kewangan dan domain lain.

Ditubuhkan pada akhir tahun 2012, Droit mempunyai sejumlah besar institusi kewangan terbesar di dunia sebagai pelanggannya. Platform Adept miliknya yang memenangi anugerah dan dipatenkan telah beroperasi sejak bulan Februari 2014 dengan memproses puluhan juta pertanyaan sehari, membuat keputusan dalam masa nyata bagi interaksi yang dibenarkan secara sah di seluruh dunia. Adept digunakan oleh institusi untuk menilai implikasi kawal selia penuh bagi sebarang interaksi tertentu dalam infrastruktur urus niaga mereka, dengan kependaman sub-milisaat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari droit.tech. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk Droit, sila hubungi sales@droit.tech

Hubungan Media: 
Sarah Colgrove
Pengurus Pemasaran dan Komunikasi
sarah.colgrove@droitfintech.com 
+1-646-504-9739

Source: Droit
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Personnel announcements Legal Services