SANTIAGO, Chile, 7 Jun 2013 /PRNewswire/ --
Platform baharu bagi pembinaan dan operasi projek-projek 600MW angin dan suria menjelang 2016
Pembangun angin dan suria global Mainstream Renewable Power hari ini telah mengumumkan sebuah usaha sama dengan pelabur pasaran baharu global Actis bagi melaksanakan pembinaan dan operasi projek-projek angin dan suria 600 megawatt di Chile menjelang awal tahun 2016. Usaha sama dengan 40% pemilikan Mainstream dan 60% Actis akan membeli projek-projek itu, yang telah dibangunkan sepenuhnya oleh Mainstream, di Financial Close. Mainstream akan terus menguruskan projek pembinaan dan menyokong operasi projek-projek tersebut bagi pihak usaha sama.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130606/618541 )
Sejak tahun 2008 Mainstream telah mendahului pasaran tenaga boleh diperbaharui Chile di mana pasukan tempatannya telah membangunkan sebuah portfolio canggih yang terdiri daripada projek-projek angin dan suria melebihi 3,500 megawatt. Di seluruh dunia, Mainstream mempunyai projek-projek melebihi 17,000 megawatt yang sedang dalam pembangunan di empat benua dan kini sedang membina projek-projek angin dan suria di Ireland, Afrika Selatan, Chile dan Kanada.
Ini adalah kolaborasi kedua Mainstream bersama Actis. Dalam tahun 2012 Mainstream berjaya membida dan memenangi tiga tender kerajaan di Afrika Selatan untuk projek-projek angin dan suria sebanyak 238MW yang kini sedang dalam pembinaan. Actis melaburkan $100 juta dalam projek-projek itu yang dijangka akan beroperasi pada awal tahun 2014.
Mengulas mengenai perjanjian itu, Ketua Eksekutif Mainstream Renewable Power Eddie O'Connor berkata: "Mainstream berbesar hati kerana dapat bekerja dengan rakan kongsi yang begitu berpengalaman luas dan berfikiran ke hadapan seperti Actis untuk melaksanakan fasa pertama aset operasi kami di Chile. Bagi Mainstream, ini adalah platform yang ideal untuk mempercepatkan pelaksanaan projek-projek 3,500 megawatt kami di Chile pada skala yang besar."
"Mainstream mempunyai projek-projek angin dan suria melebihi 17,000 megawatt yang sedang dalam pelaksanaan di seluruh dunia merentasi empat benua dan ini adalah suatu pencapaian yang kami hajati dalam pasaran-pasaran kami yang lain."
Beliau menyambung lagi: "Platform ini akan memenuhi keperluan pembeli produk berkontrak terutamanya untuk pengguna perindustrian berskala besar di Chile yang memerlukan projek-projek berkualiti tinggi dan harga tenaga elektrik yang berdaya saing. Pasaran ini sedang mencari penghasil tenaga bebas dengan sokongan kewangan yang kukuh, kepakaran pengetahuan dan pengalaman tempatan dalam menyediakan aset beroperasi. Usaha sama ini dapat memenuhi kesemua keperluan itu."
Paul Fletcher, Rakan Kongsi Kanan Actis berkata. "Actis sangat gembira dapat membuat pelaburan besar pertama kami di Chile. Kami mempunyai rekod pencapaian cemerlang dalam menyediakan tenaga konvensional dan boleh diperbaharui dalam pasaran baharu. Komitmen kami terhadap Amerika Latin, dengan kejayaan pelaburan dalam sektor pendidikan, perkhidmatan kewangan dan peruncitan, mencerminkan keyakinan dan aspirasi kami terhadap pasaran-pasaran dinamik ini. Mainstream adalah sebuah rakan kongsi yang dipercayai dan dihormati jadi kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama sekali lagi."
Hubungi: Emmet Curley, Ketua Komunikasi, Mainstream Renewable Power, Tel: +353-85-734-9946
Sumber: Mainstream Renewable Power