omniture

LTI Memenangi Anugerah Partner Network PTC untuk Transformasi dalam Operasi Pembuatan

LTI
2021-07-29 20:16 54

- Anugerah ini mengiktiraf kepakaran LTI yang mendalam dalam penyelesaian Industri 4.0 

MUMBAI, India, 29 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Larsen & Toubro Infotech (BSE: 540005) (NSE: LTI), sebuah syarikat penyelesaian digital dan perundingan teknologi global telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Partner Network PTC (NASDAQ: PTC) atau Anugerah Rakan Rangkaian PTC bagi kategori Transformasi dalam Operasi Pembuatan. LTI juga muncul sebagai finalis dalam dua kategori tambahan iaitu Most Impact in Digital Transformation at Scale (Impak Tertinggi dalam Transformasi Digital Berskala Besar) dan Trailblazer/Innovation Project (Projek Perintis/Inovasi).

Anugerah ini mengiktiraf sumbangan rakan niaga yang cemerlang dalam membantu pelanggan PTC mencapai objektif transformasi digital mereka. LTI telah memberikan perkhidmatan kepada banyak syarikat perusahaan dengan memberikan panduan melalui pengalaman dan kejayaan mereka dengan transformasi digital lain di pasaran. Kepakaran LTI dengan seni bina, pilihan produk, reka bentuk penyelesaian dan penggunaan membantu meletakkan elemen asas yang diperlukan untuk merealisasikan transformasi pada skala besar.

Sanjay Jalona, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan LTI berkata, "Di LTI, kami melabur dalam mereka cipta dan menggunakan pendekatan komprehensif terhadap penyelesaian Industri 4.0 untuk merapatkan jurang antara dunia fizikal dan digital. Kami berbesar hati menerima pengiktirafan daripada PTC ini yang mengukuhkan lagi tekad kami untuk bersama-sama merealisasikan transformasi dalam domain Industri 4.0."

Cherie Gartner, Naib Presiden Kanan Strategi GTM dan Ketua Pakatan Strategik Global PTC berkata, "Adalah suatu penghormatan bagi saya untuk mengucapkan tahniah kepada LTI sebagai pemenang Anugerah Partner Network PTC bagi Transformasi dalam Operasi Pembuatan. LTI telah menyampaikan tiga kes penggunaan IoT utama yang sejajar dengan pelan hala tuju produk PTC yang boleh mempertingkat nilai dengan cepat di seluruh perusahaan serta mewujudkan asas yang kukuh untuk transformasi. Kami yakin bahawa LTI akan terus menyampaikan nilai transformasi sebenar kepada para pelanggan. Bagi pihak PTC, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah dengan setulus ikhlas."

Partner Network PTC membolehkan penyedia teknologi, penyedia penyelesaian dan penyepadu sistem berinovasi dengan teknologi terkemuka, bekerjasama dengan rakan kongsi dan pelanggan serta memanfaatkan peluang pasaran IoT. Pengiktirafan LTI adalah bagi kategori anugerah kualitatif yang dihakimi oleh ARC Advisors Group, sebuah firma penganalisis industri yang bebas. Maklumat tambahan tentang program anugerah ini tersedia di sini.

LTI dan PTC telah menginkubasi sebuah Pusat Kecemerlangan di Bengaluru yang berfungsi sebagai makmal inkubasi untuk menyampaikan inovasi cemerlang kepada pelanggan bersama.

Tentang LTI : 

LTI (NSE: LTI) ialah sebuah Syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global yang membantu lebih 435 pelanggan berjaya dalam dunia yang kian menumpu. Dengan operasi di 31 buah negara, kami berusaha keras untuk pelanggan kami dan mempercepat transformasi digital mereka dengan platform Mosaic LTI yang mendayakan perjalanan mudah alih, sosial, analitik, IoT dan awan mereka. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai anak syarikat Larsen & Toubro Limited, warisan unik kami memberi kami kepakaran dunia nyata yang tiada tandingan untuk menyelesaikan cabaran perniagaan yang paling kompleks meliputi semua industri. Setiap hari, pasukan kami yang terdiri daripada lebih 36,000 warga LTI membolehkan pelanggan kami meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan dan teknologi serta memberikan nilai kepada pelanggan, pekerja dan para pemegang saham mereka. Ikuti kami di @LTI_Global

Berhubung dengan LTI : 

Sila baca lebih lanjut : 

Tentang PTC (NASDAQ: PTC)

PTC membolehkan syarikat pembuatan global merealisasikan kesan dua digit dengan penyelesaian perisian yang membolehkan mereka mempercepat inovasi produk dan perkhidmatan, meningkatkan kecekapan operasi dan produktiviti tenaga kerja. Dengan gabungan sebuah rangkaian rakan kongsi yang luas, PTC memberikan fleksibiliti kepada pelanggan melalui cara teknologinya digunakan untuk memacu transformasi digital - di premis, di awan atau melalui platform Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) tulen miliknya. Di PTC, kami bukan hanya membayangkan dunia yang lebih baik, malah kami mendayakannya.

PTC dan logo PTC merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar PTC Inc. dan/atau anak syarikatnya di Amerika Syarikat dan negara lain.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1044154/LTI_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: LTI
Related Stocks:
Bombay:540005 Bombay:LTI.BO India:LTI India:LTI.NS
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Awards Data Analytics