SINGAPURA, 7 Jun 2013 /PRNewswire/ -- "Ramalan awal jualan global untuk tahun 2012 hanya melebihi $49 bilion - hampir kepada angka ajaib $50 bilion yang telah dibincangkan bertahun-tahun dahulu sebagai satu jumlah yang mungkin tercapai, namun masih jauh sedikit daripada jumlah unjuran $64 bilion menjelang 2015.Hasil pada tahun 2012 adalah 7.5% peningkatan dari tahun 2011, namun begitu, rantau Asia Pasifik menguasai pertumbuhan ini,"kata Erik Erik Juul-Mortensen, Presiden TFWA.
Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila layari:
http://www.multivu.com/mnr/60631-tfwa
Juul-Mortensen berucap di majlis pembukaan Persidangan dan Pameran TFWA Asia Pasifik pada hari Isnin 13 Mei bertempat di Pusat Ekspo & Konvensyen Marina Bay Sands di Singapura.
Limpahan jenama mewah berprestij di Persidangan dan Pameran TFWA Asia Pasifik
Para pempamer yang terlibat ialah pemilik-pemilik pelbagai jenama mewah berprestij di dunia bersama para pesaing yang lebih kecil, berkongsi satu cita-cita : untuk memperluaskan perdagangan mereka di China, India, Taiwan, Vietnam dan negara-negara lain yang berkembang pesat di Asia selain daripada pasaran runcit bebas cukai dan pelancongan sedia ada yang mantap seperti Singapura, Malaysia, Jepun dan Australia.
Para pembeli,tuan tanah, pengedar dan ajen daripada lapangan –lapangan terbang, syarikat penerbangan, marina dan outlet bebas cukai dari pusat Bandar dan outlet-outlet pelancongan seluruh Asia dan rantau Pasifik memenuhi ruang masuk dan sehingga pukul 5 petang pada hari Khamis 16 Mei, sejumlah 2,452 orang telah mengunjungi pameran tersebut, 13% lebih tinggi berbanding tahun 2012.
Tahun depan yang lebih sibuk
Acara utama seterusnya dalam kalendar industri peruncitan bebas cukai dan pelancongan dunia ialah Pameran Dunia TFWA yang ke 29 bertempat di Palais des Festivals di Cannes, Perancis, dari 20 hingga 25 Oktober. Dengan ribuan produk berinovasi yang akan dipaparkan daripada syarikat-syarikat jenama paling berprestij dan terkini di dunia, acara ini akan menjadi tumpuan utama bagi setiap pemegang saham dalam industri yang berkembang ini.
TWFA di bawah moto 'by the trade, for the trade'(Oleh perdagangan, untuk perdagangan) sentiasa menyokong usaha-usaha untuk membangunkan dan melindungi industri peruncitan bebas cukai dan pelancongan. Dalam hal ini, ia sedang memulakan Majlis Peruncitan Pelancongan Dunia yang mempunyai misi untuk mewakili, melindungi dan membantu membina industri peruncitan bebas cukai dan pelancongan melalui sokongan kepada semua persatuan industri serantau.
Untuk maklumat lanjut mengenai pameran, persidangan, penyelidikan dan aktiviti-aktiviti TWFA lain sila rujuk
Untuk maklumat lanjut sila hubungi, TFWA Press Office - Kate Teagle, Tel: +44-1784-434-666, http://www.tfwa.com, Emel: press@tfwa.com. Cecile Lamotte, Untuk dihubungi: Jawatan: Pengarah Pemasaran, Telefon: +33(0)1-40-74-09-86, Emel: c.lamotte@tfwa.com.
SUMBER TFWA