omniture

Saint Kitts dan Nevis Beroleh Kedudukan sebagai Pasport Paling Berkuasa Antara Negara-Negara Caribbean Yang Menawarkan Kewarganegaraan Melalui Pelaburan

CS Global Partners
2021-07-29 21:00 2409

LONDON, 29 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Untuk tahun kelima berturut-turut, Saint Kitts dan Nevis telah menduduki tempat teratas bagi pasport yang paling berkuasa antara kesemua negara-negara Caribbean yang menawarkan Program Kewarganegaraan melalui Pelaburan (CBI). Menurut data daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, para pemegang pasport Saint Kitts dan Nevis boleh melakukan perjalanan ke 157 buah negara. Walaupun berlakunya pandemik, warganegara negara dwipulau ini boleh melakukan perjalanan ke lebih banyak negara berbanding tahun lepas.

Selain menawarkan pasport CBI Caribbean yang paling berkuasa, Saint Kitts dan Nevis juga mengungguli negara-negara lain yang menawarkan program ini termasuk Montenegro, Turki dan Vanuatu. Di peringkat global, Saint Kitts dan Nevis diklasifikasikan sebagai pasport yang ke-24 paling berkuasa di dunia mengatasi negara-negara yang lebih besar dan lebih maju.

"Kami berbangga dapat menggondol kedudukan sebagai pasport kewarganegaraan melalui pelaburan yang paling berkuasa di Caribbean untuk tahun kelima berturut-turut," kata Les Khan, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Kewarganegaraan melalui Pelaburan Saint Kitts dan Nevis. "Ia sekali lagi menandakan tawaran kukuh yang diberikan oleh program Kewarganegaraan melalui Pelaburan dan pasport Saint Kitts dan Nevis serta mengiktiraf keupayaan kami dalam menjadi tangkas dan menyesuaikan serta berinovasi. Pada tahun ini, sebagai contohnya, kami telah memperkenalkan pilihan pelaburan alternatif baharu, pendigitalan permohonan semasa pandemik COVID-19 ini dan memperkenalkan tawaran masa yang terhad sambil terus menerapkan standard usaha wajar yang tertinggi."

Saint Kitts dan Nevis telah menjadi destinasi popular bagi para pelabur Asia yang bijak yang mencari keselamatan dan perlindungan terutamanya semasa pandemik ini. Disebabkan ramai yang terperangkap di negara yang mempunyai peluang terhad, keperluan untuk dapat bergerak pantas sekiranya berlaku sekatan pergerakan lagi telah menjadi amat penting. Negara-negara seperti Vietnam dan Kemboja cuma dapat memberikan warganegara mereka akses ke 54 buah destinasi tanpa visa manakala Thailand menawarkan akses ke 79 buah negara.

"Walaupun pengakhiran pandemik ini kelihatan sudah hampir berlaku, 18 bulan yang lalu telah membuktikan keperluan untuk rancangan sandaran pada masa ketidaktentuan," kata Micha Emmett, Ketua Pegawai Eksekutif CS Global Partners. "Memiliki kewarganegaraan kedua memberikan jaminan bahawa sekiranya berlaku sekatan pergerakan lagi, anda dan keluarga anda masih boleh bergerak merentasi sempadan dan keselamatan anda tidak terjejas."

Mereka yang memilih untuk melabur dalam Program CBI Saint Kitts dan Nevis boleh kekal yakin bahawa negara dwipulau ini menawarkan suasana yang permai dengan komitmen yang kukuh terhadap kedaulatan undang-undang dan kadar jenayah yang rendah. Ditubuhkan pada tahun 1984, program ini merupakan jenama "Standard Platinum" yang paling lama di dunia dan terkenal di peringkat antarabangsa. Mereka yang membuat pelaburan yang layak ke dalam Dana Pertumbuhan Lestari program ini dan lulus pemeriksaan keselamatan yang diperlukan akan mendapat hak untuk tinggal, bekerja dan belajar di negara ini berserta peningkatan mobiliti global. Selain itu, mereka juga memperoleh akses kepada institusi pendidikan terkemuka dan keupayaan untuk mewariskan kewarganegaraan kepada keturunan seterusnya.

Sila hubungi: 
+44 (0)7867 942505 
pr@csglobalpartners.com 
www.csglobalpartners.com

 

Source: CS Global Partners
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Publishing/Information Service Real Estate Travel Survey, Polls & Research Legal Services