omniture

Finny Award 2021 Memperakui Pendekatan Utamakan Digital SSG terhadap Permintaan Berdasarkan Kandungan

Selling Simplified Group, Inc
2021-07-29 22:10 94

Pertumbuhan syarikat yang tiada tandingan sepanjang pandemik COVID global ini adalah hasil daripada metodologi digital 100% oleh Selling Simplified

DENVER, 29 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Selling Simplified Group, Inc. (SSG) baru-baru ini telah membawa pulang anugerah  Finny Award 2021 untuk kategori Best Nurture Content (Kandungan Pemupuk Terbaik) pada B2B Marketing Exchange (Pertukaran Pemasaran B2B) tahunan ke-11 "Killer Content Awards" oleh Demand Gen Report. 

Digital nurture guide "COVID Killed the Cold Call" wins Finny Award for Selling Simplified at the 2021 Killer Content Awards.
Digital nurture guide "COVID Killed the Cold Call" wins Finny Award for Selling Simplified at the 2021 Killer Content Awards.

Kandungan yang memenangi anugerah tersebut iaitu COVID Killed the Cold Call (Covid Membunuh Pemasaran Secara Panggilan Telefon) membincangkan tentang nilai pemupukan digital dalam pemasaran B2B moden dan mencadangkan bahawa pemasaran secara panggilan telefon kurang berkesan untuk menjangkau pembeli dalam persekitaran yang mengutamakan digital pada masa kini.

"Cabaran utama yang perlu diatasi oleh para pemasar B2B semasa pandemik COVID ini ialah menyedari bahawa telepemasaran bukanlah alat pemupuk yang berdaya maju," kata Ketua Pegawai Pertumbuhan, Thomas Koletas. "Anugerah ini merupakan pengesahan bahawa penyelesaian pemupuk dan penjana minat (lead generation) digital organik 100% SSG merupakan cara terbaik untuk membolehkan pembeli berinteraksi dengan kandungan pemasaran B2B." 

Kategori Kandungan Pemupuk mengiktiraf bahan penjana minat bertaraf bintang dan pemahaman yang terbukti tentang taktik pemupukan bagi memperoleh kejayaan. Jabatan Pemasaran SSG telah menerima anugerah tersebut secara maya susulan pengumuman tidak rasmi di LinkedIn. 

Laporan sepanjang 12 halaman yang memenangi anugerah ini merupakan hasil daripada penyelidikan selama beberapa bulan yang menghasilkan suatu penulisan berwibawa yang menggariskan empat langkah bagi membantu para pemasar B2B dalam usaha memupuk digital dan merangkumi statistik menarik tentang kaedah ini yang terbukti kemampuannya dalam memberi manfaat. 

 Finny Award diperoleh tidak berapa lama setelah SSG mencapai lebih 20,000 orang pengikut di LinkedIn yang menjadi satu pencapaian penting ketika syarikat tersebut memantapkan lagi statusnya sebagai peneraju pasaran global. Bagi mengekalkan momentum pertumbuhan syarikat, SSG telah menambah eksekutif berprofil tinggi ke dalam pasukannya termasuk Dan Juanillo sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan Tom Koletas sebagai Ketua Pegawai Pertumbuhan. 

"Pasaran penjana permintaan (demand generation) B2B dipenuhi dengan syarikat-syarikat yang mempunyai kisah yang sama. Bagi para pemasar B2B, setiap syarikat penjana permintaan menggunakan kata-kata hebat yang sama. Di SSG, metodologi dipacu data kami telah terbukti hebat," kata Koletas. "Anugerah ini menunjukkan bahawa pendekatan digital kami meletakkan kami sebagai peneraju pasaran serta menonjolkan kewibawaan dan kepemimpinan kami dalam bidang digital ini." 

Menurut laman web B2B Marketing Exchange, anugerah Killer Content Awards "meraikan jenama B2B yang melewati batasan kreativiti dalam pemasaran kandungan mereka." Antara pemenang anugerah termasuk TATA Technologies, Blackline, Terminus, Forbes dan banyak lagi. SSG merupakan pemenang tunggal dalam kategori Kandungan Pemupuk.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1581690/finny_award_pr_banner.jpg?p=medium600 

 

 

Source: Selling Simplified Group, Inc
Keywords: Advertising Awards Survey, Polls & Research