omniture

Tejas Networks mengumumkan pelaburan strategik daripada Panatone Finvest Limited iaitu anak syarikat Tata Sons Private Limited untuk mengawal kepentingan dalam syarikat

Tejas Networks Limited
2021-07-30 14:33 24

- Panatone Finvest Limited akan membuat tawaran terbuka untuk memperoleh saham hingga 26.0% mengikut Peraturan Pengambilalihan SEBI 

BENGALURU, India, 30 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Tejas Networks (BSE: 540595) (NSE: TEJASNET) hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian muktamad dengan Panatone Finvest Limited ("Panatone") iaitu anak syarikat Tata Private Sons Limited ("TATA") yang akan melibatkan:

a)  Peruntukan keutamaan 1.94 saham ekuiti crore pada harga setiap saham ekuiti INR 258 sesaham yang dikumpulkan hingga INR 500 crore;

b)  Peruntukan keutamaan waran 3.68 crore, setiap satunya berhak melanggan 1 (satu) saham ekuiti pada harga pelaksanaan INR 258 bagi setiap saham ekuiti yang dikumpulkan hingga INR 950 crore, yang boleh dilaksanakan oleh Panatone dalam satu atau lebih tranche dalam tempoh yang bermula dari tarikh peruntukan waran hingga luput 11 (sebelas) bulan dari tarikh peruntukan waran;

c)  Peruntukan keutamaan waran 1.55 crore, setiap satunya berhak melanggan 1 (satu) saham ekuiti pada harga pelaksanaan INR 258 bagi setiap saham ekuiti yang dikumpulkan hingga INR 400 crore, yang boleh dilaksanakan oleh Panatone dalam satu atau lebih tranche dalam tempoh yang bermula dari luput 12 (dua belas) bulan dari tarikh peruntukan waran hingga luput 18 (lapan belas) bulan dari tarikh peruntukan waran;

d)  Pengambilalihan hingga 13 lakh saham ekuiti Tejas Networks daripada kakitangan tertentu dalam pengurusan, pada harga yang tidak melebihi INR 258 bagi setiap saham ekuiti yang dikumpulkan hingga INR 34 crore, tertakluk kepada terma dan syarat yang dipersetujui bersama antara semua pihak;

Panatone dan lain-lain syarikat tertentu kumpulan Tata akan membuat Pengumuman Awam untuk memperoleh hingga 4.03 crore saham ekuiti Tejas Networks yang mewakili 26.0% daripada modal undian baru muncul mengikut Peraturan Pengambilalihan SEBI.

Bercakap tentang urus niaga ini, Tuan Saurabh Agrawal, Pengarah Eksekutif Tata Sons Private Limited berkata, "Kami teruja dapat bekerjasama dengan Tejas Networks, sebuah syarikat telekomunikasi dan rangkaian terkemuka di India yang mempunyai DNA R&D yang kukuh. Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan pasukan pengurusan Tejas Network yang sangat berpengalaman dan mencipta pelbagai produk berwayar dan tanpa wayar yang berdaya saing di peringkat global."

Tuan V Balakrishnan, Pengerusi Tejas Networks berkata, "Kami gembira dengan penyatuan kami bersama kumpulan Tata yang mempunyai sejarah yang panjang dalam membina perniagaan berskala global yang sangat berjaya. Penyatuan ini menyediakan kami dengan sumber kewangan, hubungan global dan ekosistem yang kukuh untuk berinovasi dan mengembangkan perniagaan kami."

Tuan Sanjay Nayak, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Tejas Networks berkata , "Kami berasa sukacita menjadi sebahagian daripada kumpulan Tata yang mempunyai warisan yang kaya sebagai jenama perniagaan paling menyerlah dan dipercayai di India. Tejas Networks telah dimulakan dengan wawasan untuk mewujudkan sebuah syarikat peralatan telekomunikasi global terbaik dari India. Penyatuan dengan kumpulan Tata akan mempercepat pelaksanaan visi ini dan membolehkan kami menangani peluang besar dalam pasaran yang tersedia untuk kami bagi membangunkan sebuah syarikat global yang kukuh dari segi kewangan dengan sokongan jenama yang dipercayai. Saya komited sepenuhnya untuk menjayakan hasrat ini dan teruja dengan fasa perjalanan kami seterusnya."

Sanjay Nayak akan terus memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif untuk memimpin Tejas Networks bersama-sama pasukan pengurusan sedia ada melalui fasa pertumbuhan seterusnya.

Peruntukan keutamaan saham ekuiti dan waran telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah Tejas Networks dan urus niaga ini tertakluk kepada kelulusan pemegang saham dan kelulusan serta syarat penutupan lazim yang lain.

Kotak Mahindra Capital Company Limited bertindak sebagai pengurus tawaran terbuka ini dan Khaitan & Co bertindak sebagai penasihat undang-undang urus niaga ini.

Hubungan Penting:  

Untuk maklumat lanjut, sila layari Tejas Networks di http://www.tejasnetworks.com atau hubungi Perhubungan Pelabur: ir@india.tejasnetworks.com 

Encik Santosh Kesavan
skeshavan@india.tejasnetworks.com  
Telefon: +91 80 41794600

Panatone:

Harsha Ramachandra,
harsha.r@tata.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/826177/Tejas_Networks_Logo.jpg?p=medium600  

Source: Tejas Networks Limited
Related Stocks:
Bombay:540595 Bombay:TEJASNET.BO India:EQTEJASNET India:TEJASNET.NS
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Financing agreements