omniture

OPEC Fund Mendapat Penarafan Kredit AA+ Sulung Daripada Fitch Ratings

OPEC Fund for International Development
2021-07-30 15:33 30

VIENNA, 30 Julai 2021 /PRNewswire/ -- OPEC Fund for International Development (OPEC Fund) telah mendapat penarafan kredit sulung AA+, dengan pandangan yang stabil daripada Fitch Ratings.

Fitch memetik bahawa pemodalan, tahap kecairan dan kualiti aset OPEC Fund yang cemerlang menjadi kekuatan bagi penarafan penting tersebut. Buku peminjaman OPEC Fund yang pelbagai dan status pemiutang pilihan, dasar pengurusan risiko yang kukuh serta kepakaran pengurusan pada tahap yang sangat tinggi juga telah menjadi asas maklumat bagi penilaian Fitch.

Ketua Pengarah OPEC Fund, Abdulhamid Alkhalifa mengalu-alukan pengumuman penarafan Fitch, yang membuktikan rekod prestasi terbaik OPEC Fund selama 45 tahun dalam menyampaikan hasil pembangunan yang berjaya, selaras dengan mandat Selatan-Selatan organisasi itu yang unik.

Alkhalifa berkata: "Hasil positif ini muncul pada saat pendekatan inovatif dan bersepadu terhadap pembiayaan pembangunan global sangat diperlukan. Sokongan negara-negara anggota kami yang tidak berbelah bahagi selama lebih 45 tahun telah membolehkan kami agar terus memenuhi keperluan negara-negara rakan kongsi kami yang sedang berkembang. Hasil daripada penilaian ini, OPEC Fund berada pada kedudukan yang lebih baik untuk memajukan Matlamat Pembangunan Lestari Global (SDG) dan menyediakan sokongan pembangunan jangka panjang yang cekap kepada berjuta-juta orang yang sedang memerlukan penyelesaian yang positif pada masa ini."

Penolong Ketua Pengarah Operasi Kewangan OPEC Funds, Tarek Sherlala berkata: "Penarafan yang kukuh ini akan menyediakan fleksibiliti kewangan OPEC yang tinggi, membolehkan Kami menjana nilai yang lebih besar untuk negara-negara anggota dan negara-negara rakan kongsi kami, dan seterusnya meningkatkan kesan pembangunan dan rekod prestasi kami dalam memajukan SDG di seluruh dunia."

Tentang OPEC Fund

OPEC Fund for International Development (OPEC Fund) merupakan satu-satunya institusi pembangunan yang dimandatkan secara global yang menyediakan pembiayaan daripada negara anggota kepada negara bukan anggota secara eksklusif. Organisasi ini bekerjasama dengan rakan negara membangun dan komuniti pembangunan antarabangsa untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial di negara berpendapatan rendah dan sederhana di seluruh dunia. OPEC Fund telah ditubuhkan oleh negara-negara anggota OPEC pada tahun 1976 dengan tujuan yang penting: untuk memacu pembangunan, mengukuhkan komuniti dan memperkasakan orang ramai. Usaha kami adalah berpusatkan manusia dengan fokus kepada pembiayaan projek yang memenuhi keperluan penting seperti makanan, tenaga, infrastruktur, pekerjaan (terutama yang berkaitan dengan MSME), air bersih dan sanitasi, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Setakat ini, OPEC Fund telah komited untuk pembiayaan bernilai lebih AS$22 bilion bagi projek pembangunan di lebih 125 buah negara dengan jumlah anggaran kos projek sebanyak AS$187 bilion. Visi kami adalah untuk mewujudkan sebuah dunia yang menjadikan pembangunan lestari sebagai suatu realiti bagi semua orang.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1584526/OPEC_Fund_Logo.jpg?p=medium600

Source: OPEC Fund for International Development
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Bond/stock ratings Not for profit