omniture

Laporan EDM Council Mendedahkan Evolusi Utama dalam Amalan Pengurusan Data Farmaseutikal / Sains Hayat

EDM Council
2021-07-30 19:33 76

Laporan penanda aras terkini daripada EDMC, OSTHUS, PwC Strategy& termasuk 7 daripada 10 syarikat Farmaseutikal terbaik di seluruh dunia 

NEW YORK dan AACHEN, Jerman, 30 Julai 2021 /PRNewswire/ -- EDM Council, sebuah persatuan perdagangan silang industri dalam pengurusan dan analisis data, bersama-sama dengan OSTHUS dan Strategy& iaitu perniagaan perundingan strategi global PwC telah mengeluarkan Tinjauan Penanda Aras Pengurusan Data Global 2021 EDM Council untuk industri Farmaseutikal / Sains Hayat. Lebih 20 buah syarikat Farmaseutikal / Sains Hayat mengambil bahagian dalam tinjauan ini termasuk 7 daripada 10 syarikat farmaseutikal terbaik di dunia.

Keputusan tinjauan ini akan memberikan pemahaman yang berharga dalam membantu firma memahami keupayaan pengurusan data mereka untuk mendorong inisiatif yang berjaya yang merangkumi analisis lanjutan, kecerdasan buatan, etika data, privasi data, transformasi digital, pembelajaran mesin dan pematuhan peraturan. Industri Farmaseutikal / Sains Hayat telah berkembang pesat dalam amalan pengurusan datanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan tinjauan penanda aras tahun ini memfokuskan kepada perkembangan terkini. Ia mendapati 85% daripada syarikat-syarikat yang ditinjau mempunyai program analisis dengan skop global dan 66% daripadanya telah dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

Sebagaimana kajian penanda aras terdahulu iaitu Laporan Penanda Aras Pengurusan Data Global 2020 yang terkini, tinjauan tersebut dijalankan menggunakan DCAM©—Data Management Capability Assessment Model (Model Penilaian Keupayaan Pengurusan Data)—oleh EDM Council yang menyediakan dimensi utama bagi membangun dan menilai Program Pengurusan Data firma. DCAM telah menambah komponen Analisis Data baharu pada tahun 2020 yang memberi panduan dan menilai cara yang diperlukan oleh organisasi untuk menyokong program analisis data, AI dan ML mereka.

Secara keseluruhan, laporan ini mendedahkan cara industri Farmaseutikal / Sains Hayat meningkatkan bidang pengurusan datanya dengan:

  • Mewujudkan fungsi CDO (Ketua Pegawai Data) untuk memperoleh nilai perniagaan daripada data: 75% daripada syarikat ini telah mewujudkan fungsi tersebut namun kebanyakannya hanya melaksanakannya pada tahun lepas dan melapor kepada CIO, COO atau Barisan Perniagaan (LOB)
  • Menggunakan analisis untuk melaksanakan strategi perniagaan mereka: 70% daripada syarikat Farmaseutikal / Sains Hayat menyatakan tanggungjawab analisis terletak secara langsung pada Barisan Perniagaan dan bukannya CDO
  • Melabur bagi memperluas kemampuan mereka untuk memanfaatkan data dan analisis: 45% daripada responden meramalkan bahawa data dan analisis akan mempunyai peluang terbesar untuk menambah nilai kepada Penyelidikan dan Pembangunan

"Kemajuan dalam analisis data, AI dan pembelajaran mesin telah memainkan peranan penting dalam evolusi sektor Farmaseutikal / Sains Hayat," kata John Bottega, Presiden EDM Council. "Laporan terkini ini menunjukkan bahawa industri ini telah menjadi canggih dalam penggunaan sumber-sumber ini serta peluang-peluang yang terbentang bagi meningkatkan lagi keupayaan pengurusan data."

"Walaupun kebanyakan amalan pengurusan data moden pada sektor Farmaseutikal / Sains Hayat masih dalam peringkat permulaan, laporan ini telah menunjukkan bahawa industri ini telah melakukan langkah-langkah utama dan bahagian yang boleh dipertingkatkan," kata Abhishek Prasad, Perunding Kanan - Strategi & Tadbir Urus Data OSTHUS.

"Syarikat memberi penekanan yang lebih tinggi bagi mendidik pekerja tentang pemahaman data, CDO memainkan peranan yang lebih besar dalam organisasi dan garis pelaporan tugas menjadi lebih jelas. Amalan terbaik pengurusan data pada sektor Farmaseutikal / Sains Hayat mempunyai prospek yang amat baik," kata Ralf Schoenfeld, Pengarah Strategy&, Jerman.

Untuk maklumat lanjut dan memuat turun laporan penuh tersebut, sila kunjungi https://edmcouncil.org/page/industrybenchmark  

Tentang EDM Council
EDM Council ialah persatuan global yang diwujudkan untuk meningkatkan amalan pengurusan dan analisis data sebagai keutamaan perniagaan dan operasi. EDM Council merupakan penyokong global terkemuka dalam pembangunan dan pelaksanaan standard, amalan terbaik data serta program latihan dan pensijilan yang komprehensif. Dengan lebih 250 ahli dari organisasi di seluruh dunia dari Amerika, EMEA dan Asia serta lebih 10,000 orang profesional pengurusan data sebagai ahli, EDM Council menyediakan tempat kepada profesional data untuk berinteraksi, berkomunikasi dan bekerjasama menghadapi cabaran dan kemajuan dalam pengurusan serta analisis data sebagai fungsi organisasi yang penting. Untuk maklumat lanjut, sila layari edmcouncil.org serta ikuti kami di LinkedIn dan Twitter

Tentang OSTHUS
OSTHUS ialah sebuah syarikat perundingan R&D digital multinasional yang beribu pejabat di Aachen, Jerman. Selama lebih dua dekad, kami telah bekerjasama dengan pasukan eksekutif dalam industri sains hayat bagi memperkenalkan budaya inovasi yang mendorong nilai perusahaan. Dengan rangka kerja inovasi data yang digunakan di 16 daripada 20 buah syarikat farmaseutikal utama di dunia, kami menawarkan rekod prestasi yang kukuh dalam mengurangkan kos sambil menyingkatkan masa ke pasaran bagi inisiatif data yang kompleks. Kami menawarkan metodologi pragmatik untuk syarikat-syarikat yang ingin memanfaatkan pendekatan agnostik vendor dalam usaha mencapai strategi data dan IT, tadbir urus data dan analisis lanjutan yang berjaya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di osthus.com/ serta ikuti kami di LinkedIn dan Twitter

Tentang PwC Strategy&
Strategy& ialah sebuah perniagaan perundingan strategi global yang berada pada kedudukan unik untuk membantu menyampaikan masa depan terbaik anda: sesuatu yang dibina berdasarkan pembezaan dalam ke luar dan disesuaikan secara tepat untuk anda. Sebagai sebahagian daripada PwC, setiap hari kami membina sistem menang yang merupakan teras kepada pertumbuhan. Kami menggabungkan pandangan jauh yang hebat dengan pengetahuan, teknologi dan skala yang nyata ini untuk membantu anda mencipta strategi yang lebih baik dan lebih transformasi sejak hari pertama. Sebagai satu-satunya perniagaan strategi berskala yang merupakan sebahagian daripada rangkaian perkhidmatan profesional global, kami memupuk keupayaan strategi kami pada pasukan barisan hadapan di seluruh PwC untuk menunjukkan kepada anda hala tuju anda, pilihan yang perlu anda lakukan untuk mencapainya dan cara untuk melakukannya dengan betul. Hasilnya ialah suatu proses strategi tulen yang cukup hebat untuk merebut peluang dan cukup pragmatik bagi memastikan penyampaian yang berkesan. Ia merupakan strategi yang membolehkan organisasi melalui perubahan masa kini dan memacu keputusan yang mentakrifkan semula masa hadapan. Ia merupakan strategi yang mengubah visi menjadi realiti. Ia ialah strategi yang menjadikan kenyataan. Untuk maklumat lanjut, sila layari strategyand.pwc.com/de/en.html serta ikuti kami di LinkedIn dan Twitter.

 

 

Source: EDM Council
Keywords: Computer/Electronics Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Survey, Polls & Research Data Analytics